Banyaknya kerbau.. dengan bangaunya... Susah dah nak jumpa benda-benda macam ni sekarang kan? |
Sambung balik pasal aktiviti selepas habis pusing Kellie's Castle last entry. Time ni baru teringat minyak kereta dah di tahap kritikal. Sebelum masuk simpang ke Kelli's Castle lagi minyak dah tunding dekat E. Tapi kebetulan tak de stesen minyak plak sepanjang jalan, jadi kami pergi merayap dalam castle dulu. Dah keluar tu kami patah balik ikut jalan masuk, singgah sebuah kedai tanya stesen minyak, sekali dia ckp.. ni kat kedai sebelah ada minyak... sambil tunding kat kedai motor. Terus tak jadi nak bertanya lanjut, blah cepat-cepat.. lain macam je minah ni.. Nasib baik dia tak offer minyak masak kat kedai runcit yg dia jaga tu.. heheheh. Kami tukar plan, patah balik ke Kellie's Castle & menuju ke Batu Gajah. Setahu saya Batu Gajah ni ada bandar, mestilah ada stesen minyak kan.
Sampai di area Batu Gajah, tak disangka-sangka agak besar bandarnya. Confirm la ada stesen minyak. Lepas isi minyak kereta, kami pusing-pusing untuk isi perut pulak. Last-last singgah macam dekat area foodcourt, ada jual cucur udang panas-panas. Habis 3 ketoi kena telan.. heheh.. Saya try mee rebus & Tiha nak megi goreng.. suami & Ieqa tak nak makan. Tengah makan, sekali adik datang. Rupanya dah jenuh dia try reach kami dari tadi. Clue terakhir dia dpt, kami nak pegi Batu Gajah. Pandai pulak dia cari.. hehehehe...
Okeh.. ni baru nak masuk bab kerbau (ye la.. gambar kerbau, tapi cerita pasal minyakla, makan la.. confius betul la kan...). Okes, sebelum masuk ke pekan Batu Gajah kami ternampak lorong kecil melalui tepi sungai just right before jambatan ke bandar Batu Gajah. Somehow lorong tu menarik perhatian saya sebab pastinya boleh menikmati pemandangan sungai, which is saya sangaatt sukkaa.. Jadi lepas pusing-pusing sekitar bandar Batu Gajah yg unik ni (mostly Majlis Bandaran, hospital & pejabat posnya yg masih kekal bangunan sebelum merdeka), saya ajak suami masuk ke situ. Masuk aje nampak banyak sgt group kerbau dan sahabat baiknya sang bangau tengah lepak-lepak sambil makan rumput. Mereka hidup aman damai di sini.. ececeh.. anak-anak excited tak terkata la. Tiapkali ada group kerbau we all berenti kejap. Kalau ada kerbau yg stare aje kat kami, saya pesan kat suami siap-siap, kalau nampak mcm nak serbu kami je, pecut cepat-cepat.. hahaha.. tau takut eekk... Ye la.. besar-besar & gemuk kerbaunya pastu banyak lak tu.
Adik saya pulak terlajak entah ke mana (dia leading tapi kami melencong), terpaksa berpatah balik mengikut kami..hehehe.. Kalau sapa-sapa biasa konvoi dengan kami pasti tahu tabiat kami yg suka masuk mana-mana jalan yang kami berkenan. Jadi kalau tak sanggup, jangan itut!!.. hehehe...
Lepas tu kami ingat nak melilau masuk lorong lain pulak (ada lagi satu lorong yg nampak best). Tapi adik push kami cepat sikit sebab dia cakap tempat kami tuju ni masih jauh. Bimbang tak sempat nak main sungai plak nanti. Tambah-tambah tempat tu nun di puncak gunung.. Huuiisshh.. ye ke? Macam best aje bunyinya. Jommmmm kita serbuuu!!!!
Kami pun cepat-cepat pecut ke bandar Gopeng. Sampail di bandar Gopeng, adik belok masuk ke simpang sebelah kiri di celah-celah bangunan lama bandar ni. Saya ada nampak a few resorts meletakkan tanda arah masing-masing. Kami pun ikut aje singnboard tu semua. Melalui perjalanan kampung-kampung dan kemudiannya bertukar ke hutan pula. Next entry saya try sertakan info jelas tentang resort ini ye.
Perjalanan ke resort... selepas merentasi kawasan kampung, kami merentasi kawasan hutan pula.. |
Awal perjalanan ni banyak gunung ganang yang kelihatan... |
Cantik!! |
Okaylah.. nak sambung buat keje rumah lak, untuk tengok resort yg dimaksudkan kita tunggu next entry... tadaaa!!!!!!
0 comments:
Post a Comment