Percutian Penutup Day 3

Tuesday, January 22, 2013
Hari ni baru ada masa sikit nak update blog.  Banyak sangat entry tergendala.  Still coping dengan timetable baru, ye la baru first time anak masuk sekolah jadi banyak lagi benda nak kena arrange.  Tetambah Mayesha still need special attention lagi, bukannya boleh main sorg lama-lama, kejap-kejap mencari mamanya la.  The only time paling selamat, kalau dia membuta.. mcm sekarang ni la.  Malam lak sekarang ni dia bukan main susah nak tido.  Selagi saya tak tido, dia takkan tido jugak.  Jadi terpaksa la pura-pura tido sebelah dia, last-last langsung lelap (kalau dah pura-pura tido lebih dari sejam, mana nak tahan).  Sekarang ni tak berpeluang jadi batgirl macam dulu-dulu dah le.  

Third day yang tak dirancang ni kami hanya plan nak ke Kellie's Castle, pusing-pusing jap then baik KL.  Inipun teringat Tiha dok mention dia tak pernah sampai sini tiapkali tengok gambar honeymoon Baba & Mamanya dulu.  Jadi alang-alang dah kat area Perak, bolehlah bawak budak-budak ni ke sana.  

Time we all sampai cuaca agak panas terik.  Banyak juga kereta kat tempat parking, environment jauh bezanya dari last time we all datang.  Nampak banyak yang dah diubahsuai.  Macam baru siap aje.  Berkobar-kobar nak masuk ni.  Tiket RM4 seorang, kanak-kanak RM3 rasanya.. lupa plak.. hehehe..

Wahh.. makin cantiklah rupa Kellie's Castle sekarang ni..

Terasa dahaga, beli air dekat kaunter tiket.  Budak-budak ni sibuk skodeng aiskrim, Mama & Baba buat-buat tak nampak je.. hehehe
Dah isi minyak, bolehlah start berjalan.  Seperti biasa Mama dok belakang, nak ambik gambar.  Kalo dok depan tak de plak gambar family dalam picture.  Mama snap diri sendiri je kang, marah plak.. 

Castle ni  berusia lebih dari 100 tahun tau.  Owner Castle ni, Mr Kellie bina castle ni demi isterinya yang tak nak tinggal di Malaya atas pelbagai faktor antaranya cuaca.  Ye la cuaca kita kan panas, minah salleh ni jenis manja la sikit kot tu yang takleh nak adapt.  Jadi husband nya import la batu-bata dari India siap dengan 70 orang buruh untuk siapkan castle ni.   Batu-bata ini boleh menurunkan suhu dalam castle. Castle ni tak juga siap-siap sebab banyak jugaklah kes terjadi masa pembuatannya, pekerja-pekerja pembinaan pun banyak yang meninggal sebab penyakit misteri.  End up dia, Kellie pula jatuh sakit & meninggal di negara dia (Scotland i think).  Jadi tanpa berlengah lagi, si isteri pun angkut anak-anak semua balik kampung & tinggalkan castle yang separa siap ni begitu aje.  Castle ni kalau siap memang grand le, tambah-tambah untuk zaman tu.  Binaannya pun sangat kukuh, tu yang sampai sekarang pun langsung tak terjejas.
Kena paksa bergambar kat pintu masuk jap
Tiha asyik tanya.. "Kenapa castle ni buruk Baba?".. Mana taknya, dia asyik imagine castle mestilah grand macam dalam fairy tale tu.  Dia ni memang fanatik fairy tales, asyik berangan nak jadi princess aje... 
Laieqa plak.. berjalan tanpa hala tuju... langsung tak ambil pot.. hehehe... Entah faham ke tak tiapkali Mama & Baba cerita asal usul castle ni.  
Half way exploring, husband nak memerut lak.  Ieqa pun cakap nak shi-shi.. iisshh.. last-last Mama carry baby & bawak Tiha pusing castle.  Tinggallah Mama, Tiha & baby aje pusing-pusing dalam castle.  Tiha sibuk ajak panjat kat atas castle.  Ada 3 tingkat semuanya & tangganya agak curam tanpa penghadang.  Agak seriau juga sebab saya bawa baby.  Nasib baik Tiha boleh panjat sendiri, kalau tak susah juga.  Tapi tak henti-henti saya pesan dia careful.  

Atas bumbung castle.  
Dah habis explore bahagian dalam, ni bahagian belakang.  Kat luar ni ada macam taman sikit tapi cuaca panas sangat jadi saya & Tiha decided untuk turun aje. 

Bergambar sebelum balik...  
Tercapai lah hasrat sekian lama nak bawa Tiha & adik-adiknya ke Kellie's Castle.  Tapi kami agak terkilan dengan keadaan dalam castle yang langsung tak terurus.  Lalat berterbangan, bau hancing & juga najis burung merata-rata hinggakan jijik nak pijak lantai.  Saya buat-buat tak nampak aje tiapkali lalu kawasan yang penuh najis burung (siap bertimbun lagi setiap longgok, nampak sangat langsung tak dicuci).  Sedih tengok tempat yang cantik macam ni dibiarkan begitu aje.  Untuk apa tiket dikutip kalau tidak dijaga?  Kenapa tempat peranginan negara kita terlalu lemah dari sudut penyelanggaraan?  Kalau baru dibuka, memang cantik habis, datang 5 - 6 years after that, tengoklah apa jadi...

Boleh kata rasa spoil habis mood nak jalan-jalan hari ni.  Tapi tak nak le rosakkan mood budak-budak yang tengah excited ni.  Lagipun dah janji dengan adik kejap lagi jumpa dia somewhere once dia dah balik dari wedding. Tak sabar juga nak tau dia nak bawak ke mana, dari 1st day lagi dia sibuk mention pasal nak ajak ke sini.  Sementara tu jom kita isi perut dulu.  Sebelum isi perut, apa kata kita isi minyak kereta dulu,  minyak dah nak kering tu!!!! Alamakkk... kat mana stesen minyak ni????

0 comments:

Post a Comment