Percutian Penutup - Day 2

Friday, January 18, 2013
Pagi ni adik ajak ke Lata Kekabu main air.  Sebelum tu bermalas-malasan sekitar rumah dia dulu.  Rumah adik ni special sikit... sebabnya di bina zaman penjajah dulu.. hehehe.. rumah utk staf TNB.  Yang kelakar tu rumah dia aje sebijik kat situ, siap ada jaga lagi kat depan tu.  Lokasi rumah tu dekat sgt dengan bandar Kuala Kangsar (walking distance) & di belakangnya pula Sungai Perak.  

Pemandangan belakang rumah.. 
Since rumahnya dekat dengan sungai, tiapkali balik Jengka belambak² pucuk paku diangkutnya.  Saiznya Mak aiii besar gedabak.  Memang gemuk sungguh!! Baja apa le tu ye.. hehehehe.  Dia cakap siput sedut pun banyak, tapi dia geli nak makan.. hehehehe..

Sarapan pagi ni kami ke Lenggong aje.  Adik bawak ke gerai yg terkenal dengan Nasi Lemak & Roti Canai.  Tapi kami sampai dah agak lewat, jadi nasi lemak dah licin.. boo liauu... so makan je la roti canai.  Kuahnya agak sedap.  Dah tu terus ke Lata Kekabu. Agak best Lata Kekabu ni, bolehlah jadi pilihan kami utk main air kalau kami datang area ni.  Kawasannya pun terjaga bersih.  Ada tempat untuk BBQ jugak.  Best kan?  Since masa turun dr kereta we all dah tertinggal semua brg kecuali pakaian mandi dlm kereta, maka takde le gambar.... (sowiiee...)

Lepas mandi-manda sepuas hati, adik ajak ke kenduri.  Saya tanak le pegi sbb kenduri rumah membe dia.  jadi we all bungkus nasi dekat Restoran Tasik Raban (pon dekat area Tasik Raban, Lenggong) & balik ke rumah.  Lepas makan ingat nak pusing-pusing sekitar Kuala Kangsar.  Ada dua muzium dekat area rumah adik kami nak pergi.  Malangnya elektrik pula takde.. isshh.. rosak plan.

Jadi kami melencong aje ke taman kat seberang jalan nun & pusing-pusing sekitar.  Tiha nampak bot, apa lagi, laju je dia lari ushar bot.  Rupanya ada pakej juga naik bot ni, tapi hari dah makin lewat jadi tak sempat le nak try.  We all naik aje bot ke seberang, Dataran Sayong.  Nampak dari jauh macam cantik aje, nak tengok apa yg ada kat sana.. Botnya RM1 aje.
Sungai Perak, kabus tebal di petang hari.  Dataran Sayong di seberang tu je

Tak sabar-sabar nak naik bot



Tak habis lagi menyengihnya..
Kejap aje dah sampai.  Ala.. saja nak layan budak-budak ni naik bot.
"Nampak tak rumah Mak Ndak, yg warna pink terselit celah pokok tu.."...

Tiha tengah mencari rumah Mak Ndak...

Kalau perasan boleh nampak Istana Iskandariah kat dalam kabus-kabus tu.  Istana Iskandariah  ni dekat aje dengan Masjid Ubudiah dan Istana Tanpa Paku dan satu lagi muzium. 

Lepas berlegar-legar, takde apa pun kat seberang sini.  Tempatnya cantik tapi tandas dia mak aaiii, macam hapa jee!!!  Kedai-kedai semua dah tak beroperasi.. Dahle bot tu macam tak de cadangan nak dtg ambik kami.. hehhehe.. sudahla.. mcm mana nak ke seberang sana balik ni??

Lama jugakle kami berlegar tak tau nak buat apa & berharap bot datang, tapi tak juga muncul.  Agaknya they all ingat we all memang nak ke seberang sini kot.. heheheh.. Tapi ikut kata adik bot ni akan ke sini semula kalau ada penumpang.  Masalahnya dah 2x bot lalu, tapi tak singgah pon.  Plus seberang sana dah takde orang pun.. Aiiyaakk...

Kebetulan adik nak mengajak kami makan laksa, jadi kami suruh dia datang ambik kami kat sini aje la. Frust je budak-budak ni takleh naik bot semula.

Itu je le perjalanan arini, takde apa yg menarik sangat.  Oleh kerana tak puashati tak dapat berjalan sangat hari ni, jadi kami menyambung vacation lagi sehari.  Nasib baik saya pack baju extra.  Adik pun beria-ia ajak kami ke satu tempat ni (dia pun kaki jalan jugak.. ambik kesempatan nak cari geng la ni).  Kami pun okay aje, lepas ni Tiha dah nak sekolah pun... huk huk.. (takleh merayap tak tentu hala lagi dahh!!)...

0 comments:

Post a Comment