MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE

Monday, September 23, 2013


Untuk Birthday Tiha kali ni saya memerlukan 3 biji kek.  Dia request kek coklat (agak pelik la sbb dia kurang suka kek coklat..).  Jadi saya pun selongkar Bookmark.... Mak Aiii.. rasanya berpuluh resepi kek coklat ada dalam tu.. fenin..fenin... semua nampak sedap.

Lepas sekian lama membelek resepi, saya nekad memilih kek coklat yang menggunakan sour cream ni.  Saya pernah terbaca kek yang menggunakan sour cream amat moist.  Since tak pernah cuba, syok juga dapat belajar & taste something new kan...

Saya jumpa sour cream kat Bagus (lupa plak harganya) 250gram sepeket.  Saya gunakan semuanya.. malas nak simpan² lagi dah... resepinya seperti di bawah... sumber asalnya dari Allrecipe, tapi saya copy version BM dari blog AlongRoz..

By: Roz@HomeKreation
Sumber-kek: AllRecipes (di alih bahasa oleh HomeKreation)
Sumber-Chocolate Ganache: HomeKreation
Saiz: 9" bulat
BAHAN2:
1 cwn Serbuk Koko
1 cwn Air Panas
1 cwn Mentega - di lembutkan

2½ cwn Gula
4 bj Telur
2 st Esen Vanilla
3 cwn Tepung Kek*
2 st Baking Soda*
1 st Baking Powder*
½ st Garam* (* ayak sekali)
1 cwn / 8 oz Sour Cream (Along guna peket 200g mcm gambar)

CARA2:
1. Campurkan koko & air panas. Ketepikan.
2. Pukul mentega & gula sehingga gebu.
Masukkan EV & telur sebiji2 sambil di pukul rata.
Gaulkan tepung & sour cream berselang-seli sehingga habis & sebati.
Akhir sekali, gaulkan bancuhan koko tadi.
3. Bakar 170C selama 1 jam sehingga masak (test dgn lidi).
(Along punya masak selepas 1½ jam, test setiap 10 min selepas 1 jam)
4. Keluarkan dari acuan selepas 10min dan sejukkan.
Potong kek kpd 2 atau 3 lapisan.
Lapiskan/di sapukan dgn chocolate ganache.


CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream
- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.

- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


SOAL JAWAB:

Soalan 1: Bagaimana cara nak sapu topping supaya licin.

Jwpn1: Tuang ganache kat tengah2 kek sehingga merebak sendiri menyelaputi seluruh permukaan atas kek - tak payah guna sudip sebab nanti permukaan tak licin. Ganache yg di biarkan terlalu lama di suhu bilik akan membeku sedikit & ini akan menyulitkan proses menuang, jadi jangan tunggu2 ok.
Untuk bahagian tepi, biar ganache beku sedikit & sapu bahagian tepi kek menggunakan bahagian belakang sudu. Selepas tu, boleh lah di garu menggunakan scraper untuk mendapatkan pattern spt dlm gambar di atas.
Paipkan pettern rosette kecil untuk menutupi tepi keliling atas kek.

Saya bahagikan pada 2 bahagian sbb loyang saya pakai ni cetek aje.. jadi dapatle 2 biji kek terus.. hehehe... Kalau perasan, sebiji tuh dah masak, sedang disejukkan atas redai

Kek ni memang sedap. Memang boleh buat lagi... tapi saya tak berani nak trim bagai sbb lembab sgt, bimbang hancur!! Nanti kita tengok apa jadinya kek ni lepas di deco. Sebelum tu saya akan share dulu resepi kek yang kedua plak... Ye la.. kan nak kena ada 3 biji kek.. yg ni baru cukup 2 pieces.. :)

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: September 24, 2013 at 9:30 AM said...

ni yang kagum dengan kina ni...macam2 yang tahu buat...

{ Kina } at: September 24, 2013 at 2:48 PM said...

takde la Aisy... banding dgn blogger lain yg hebat² tu segan sungguh rasanya... buat semua ni suka² as hobby & practice utk lebih cekap..

Post a Comment