PUCUK PAKU

Sunday, September 29, 2013
Sapa suka pucuk paku??  Best sangat kan kalau matchingkan dengan udang & dimasak lemak cili api.  Cuma yang tak bestnya pucuk paku ni cepat sangat layunya.  Mostly kalau hari panas terik... by the time nak masak dah lebih layu dari sayur yang dah masak.

Saya plak beli stok seminggu sekali.  Tu pon kadang² tak termakan, jadi terperam dulu dalam peti.  Tapi untuk pucuk paku, saya kena masak cepat² nanti hitam & lembik!  Yang lagi tension tu, bila sampai kat rumah aje dah layu teruk.  Ye la.. my husband pegi pasar jam 3.00 pagi... seharian dok cafe then only sampai rumah at 3.30pm to 4.00pm.  Jadi memang takde rupa sayur dah le jadinya.  Tapii... penyelesaian telah ditemui... 

Jangan tak caya.. rupa pucuk paku selepas diperam lebih dari seminggu dalam peti.  Dahla 'dilayur' panas kat dapur cafe sepanjang tengahari...

Still segar bugar macam baru dipetik... ssuuukkaaaa!!!
Alahh.. taktiknya simple aje... siram pucuk paku dengan air paip & bungkuskan dengan beberapa helai surat khabar (tak perlu basahkan surat khabar tu tau)... Bungkus plak mesti menutupi semuanya terutamanya bahagian pucuk yang sensitif tu.

Lepas ni no more prob untuk simpan sayuran hijau!!  Boleh lah mintak suami borong sayur banyak²!!!  Yaaahhooo.... (habis semakla peti dengan sayur nanti)... hehehehe...

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: September 29, 2013 at 9:01 PM said...

Bagusnya petua ni.. baru tahan lama pucuk paku tu kan? Saya suka juga kwlau buat kerabu dan tambah kerang...sedap.... kina masak apa?

{ Kina } at: September 30, 2013 at 12:25 AM said...

waahh.. sedapnya kerabu!! bolehlah saya cuba nanti². sebelum ni asyik buat masak lemak cili padi aje sbb fav suami.

Post a Comment