DIY - WALL FOLDING BRACKET

Monday, September 30, 2013
Korang dok sini diam² ye.. jap lagi siapla rumah baru uoals... 
Baru² ni ada entry pasal saya angkut 4 tray IKEA (dan juga lain² barang pastinya) walhal kami ke sana nak cari satu benda penting.  Saya pun tak tau macam mana rupa bentuk barang tu sbb yg ni hasil idea suami sepenuhnya.  Takleh nak claim idea bersama, kang dia majuk lak.... (eelelelele... ). Agak merata jugak le kami mencari barang ni.  Tapi frust jugak lah sbb IKEA pun takde jual.

Then teringat AceHardware MidValley yang teramat besau tu.  Saya suruh hubby try cari kat sana je lepas dia habis jaga Kina Cafe.  Saya tak ikut, kang banyak plak idea merepek timbul, banyak pulak bil yang kitaorang kena bayar... hehehehe... Syukur.. setelah sekian lama, barang dicari tu ada!  Maka projek kami akhirnya terlaksana juga!!

Mehh kita tengok proses pembuatan storage yang teramat simple & amat sesuai untuk ruang sempit!
Ini ruang yang dimaksudkan.. kat atas balkoni rumah kami.  Tecik aje ruangnya kan.. apapon tak bley.. hehehe.. (p/s: sila ignore segala sawang mawang yang ada tu ye.. hehehe)...


Aaauuwww... Maluu plak dia.. hehehehe.. (haa... sapa suh cabar Mama letak gambar ni dalam blog?... hahahaha..)

Bracket ni boleh dilipat & akan lock bila ditolak ke atas

Turunkan semua bracket sebelum naikkan barang (ni baru pasang 2) 

Bila barang dah ada, tolak ke atas satu persatu untuk bracket tu lock & stay diam² kat situ

Haaa.. dah siap!!
Dan satu lagi...
Dah siap ni.. rasa lega sangat.  Dah lama kami fikirkan cara nak simpan khemah berniaga kami ni (digunakan masa bulan Ramadhan aje pon).  Jadi sepanjang tahun menyemak aje kat rumah.  Pernah kami try pasang di tepi cafe, tak sampai beberapa hari.. bumbungnya dah selamat dicuri!!  Sebelum dengan rangkanya sekali kena angkut, baik kami angkut simpan kat rumah.

Sebelum ni kami letak di tepi balkoni rumah aje, mmg sakit mata lah sikit.  Tapi terpaksalah pejam mata buat² tak nampak dulu.  Since dah ada stor special kat diorang ni, fuuhh!! Lega sungguh rasanya.

Eerrr.. korang rasa menyemak tak tali penyidai tu??  Dah lama saya geram tau.. tapi buat sementara ni pakai aje la sbb memang dah sedia ada sejak kami pindah masuk. Dah lama Suami bagi idea macam mana nak get rid of tali ni, pastinya saya sangat teruja dengan idea tu! Tapi kes yang sama, barangnya belum kami jumpa!!.  Nanti kalau jumpa barang yang kami cari² tu, kita tengok macam mana rupa balkoni tanpa penyidai yang bergantungan lagi.

Banyak lagi projek kami tau.. tapi saya letak yang mana saya terajin je la.. heheheheh...

0 comments:

Post a Comment