Sejak memberanikan diri meroti ni, pelbagai resepi dah saya cuba. Namun teknik water roux yang dikatakan boleh menghasilkan roti yang gebu ni belum lagi saya test. Mudah aje nak buat water roux ni... takat kacau tepung gandum & air sampai pekat aje... Hasilnya donut ku memang super duper sedap! 2 hari berturut² budak² ni request Mama goreng. Alaa... tinggal sedikit je lagi dalam freezer... Padahal saya gandakan resepinya dah tu!
Water roux yang dah siap.... |
Haaa.. sekelip mata, ini je tinggal.. Tu pon Mama jerit... "Kejap² Mama nak ambik gambar!". Elok je Mama snap, habis semuanya!... Laris betul donut ni ye... |
Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb
Bahan :
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50 gm gula
2 sudu besar water roux
50 - 60 ml air dari peti sejuk
50 ml minyak masak
Sedikit garam
Caranya :
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.
WATER ROUX
1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.
2 comments:
thanks for sharing... ni yg tergoda nk try guna water roux plak lepas ni..
sama².. try... memang sedap!
Post a Comment