HOME SWEET HOME

Friday, May 29, 2015 0 comments
Sementara menunggu roti benggali ku naik, bolehlah daku melayan blog kejap.  Saya tengah frust ni.  Nampak gayanya agar-agar Milo dan Oreo tak membeku dengan cantik... huhuuu... Tak syoknya nak bagi kat budak-budak sekolah Ieqa makan esok.  Rasanya tak terjejas, cuma bahagian bawahnya tu hancur-hancur (saya agak) coz masa saya tuang lapisan kedua boleh nampak keladak coklat timbul sekali... Uuuwwaaaa... Agaknya agar-agar belum betul-betul larut lagi lah tu.  Nak buat another batch, Biskut Oreo dah habis pulak.  

Moga-moga tak buruk sangatlah rupanya time dipotong nanti.  Memang jadi tradisi Kindergarten anak-anak akan buat party sebelum mid semester break.  Teacher nya mesti tertunggu-tunggu apa yang Mama bakal masak... Nak buat macam mana kan... :(

Sebelum saya layan CandyCrush.. meh saya belanja gambar-gambar sikit.  Agak-agak kat mana tempatnya ni?  Semua gambar diambil dengan handphone aje... Jurufoto nya pun takde skil ambik gambar.  Kalau tak sure lagi gempak hasilnya....

Di suatu pagi yang hening... Jam sudah pun 8.00 lebih, tapi kabus tebal masih melitupi bukit... Nyamannya...

Ini pula di kala hujan... sungai yang mengalir keruh (jika dulu airnya lebih besar & jernih).  Foto dari dalam bilik tidur... heheheh...

Masjid & bukit bukau.. (yang ni bukit tabur, sebelah aje dengan bukit/gunung tadi).  Ada lagi satu area bukit kat seberang sana, saya tak ambil gambar. 
Di sekitar jalan ke apartment saya memang banyak sangat bukit / gunung ganang.  Cantikkk... Tapi saya tak berapa pandai nak abadikan dalam gambar.  Ini antara yang mampu saya snap.  Masih banyak angle yang belum saya try ni tau.  Bukit yang berkabus tu boleh nampak dari balkoni & bilik rumah... Kalau nak tau tengah jerubu ke tak, haaa... tengok aje bukit tu.  Kalau hilang dari pandangan, tinggi lah bacaan jerebu nya tu.

Dan lagi....
Inilah antara panorama di persekitaran rumah saya.  Betul, ini dikira KL, tapi masih ternampak hijaunya.  Saya memang seronok memerhati kehijauan sekitar kawasan tempat tinggal kami.  Actually saya tak begitu appreciate dengan kehijauan kawasan rumah ku... Until lah pengunjung-pengunjung yang bertandang ke rumah tegur... "Banyaknya pokok kat rumah ko Kina... "... Ada juga yang kata " Ehh... macam hutan la kawasan ni... Patutlah Kina duduk sini... "... Hahahaha... Betullah kawan-kawan ku ini faham benar kecintaan saya dengan alam.  Cuma selama ni aje saya tak sedar yang rumah saya di kelilingi pepohon hijau, sungai & bukit bukau!
Home sweet home!


JAPANESE SOUFFLE CAKE

Wednesday, May 27, 2015 4 comments
Bila banyak hari tak mengadap blog, mulalah rasa malas pun bertandang.  Khamis lepas saya demam, tu yang pendek aje entry Khamis malam Jumaat haritu.  Tu pun larat bangun lepas telan Panadol Actifast dua biji.   Since saya ni spesis jarang demam (setahun sekali pun mungkin tak), jadi badan saya ni memang jarang terima ubat. ( Kalau dulu-duu memang saya tahankan saja demam tu sebab saya memang tak suka makan ubat.. hehehe...) So... setengah jam lepas telan ubat, terus rasa seram sejuk hilang... kepala pun tak berat lagi dah... Alhamdulillah.. Takdelah Mama susah hati larat ke nak mengusung Ila naik turun apartment nak menghantar Kakak-Kakak ke sekolah.  Kalau hari lain boleh lagi mintak Baba ponteng cafe, but Friday memang no no lah... pukul 3 lagi Baba dah ke pasar.  Belum lagi tempahan Nasi Lemak 100 bungkus menanti.  

Kali ni nak share kek kegemaran sekeluarga. Bila ada lebihan  cheese, kek ni pasti lah yang terlintas dalam kepala.  Kali ni kek saya terhangus sikit bahagian atasnya.  Bahannya pun mudah sangat, 5 bahan aje  Tu yang saya suka.  Rasanya pun light sangat... Sekali hadap boleh habis seloyang.  Saya dah pernah letak entry pasal kek ni beserta link untuk cara buatnya.  Kali ni saya share step by step proses pembuatan kek ni since saya dah tak jumpa sumber asalnya.  Bimbang saya pun lupa step ni bila lama tak buat.  Saya copypaste balik bahannya tu..

Ingredients(4 eggs for an18 cm diameter cake)
  • Cream cheese 50 g
  • Milk 50 g
  • Egg 1
  • Sugar 20 g
  • Plain flour 10 g
Ini sukatan untuk 1 biji telur.  Saya buat kali ni 4 biji, jadi gandakan ajelah berdasarkan bahan yang diberi tu ye.  Proses pembuatannya macam kat bawah ni.. :
Masakkan susu, cream cheese & separuh dari gula

Bila semuanya dah sebati, ketepikan dulu (sejukkan)..

Asingkan putih & kuning telur & pukul putih telur sehingga jadi pekat (meringue).  Kiranya tak tertumpah kalau bekas diterbalikkan...

Gaulkan pula kuning telur dengan baki gula hingga pucat

Tambahkan tepung dalam kuning telur dan gula + adunan cheese tadi.  Gaul sebati

Kemudian campurkan pula meringue tadi menggunakan kadah kaup balik (fold) & jangan dikacau kasar-kasar ye..

Saya alaskan dengan baking paper & sedia untuk dibakar

Bakar dengan kaedah bain marie (waterbath) pada suhu 160 (oven saya kena set 180) selama 1 jam atau sehingga masak (kalau buat kecik, masa pembakaran pun sekejap aje)...

Dah siap!  Bolehlah mula dibedah siasat

Waduh..waduhh... Enak banget !  Pasti ku buat lagi dan lagi.... 
Kalau nak rasa cheesecake ni, cubalah buat.  Rasanya hampir sama macam Cheesecake yang dijual kat Aeon tu (lembab-lembab cenggitu keknya).

MODEL DIAPER COVER...

Friday, May 22, 2015 2 comments
Sorry le kalau ada yang tak sanggup tatap gambar sexy baby Ila.  I baby lagi lah... sexy sekali-sekala boleh kan?  Ni Mama nak tunjuk diaper cover yang Mama buatkan untuk Ila beberapa bulan lepas.  Masa ni Mama baru terkial-kial dengan mesin jahit.  Tapak-tapak canggih pun takde lagi, jahitan pun tak kemas lagi.. hihi...

Untuk pattern nya boleh masuk ke sini Ok.  Kalau nak cara lain, boleh juga tekap mana-mana panty  yang sedap dipakai & ngam saiznya & draw pada kertas sebelum ditekap atas kain pula.  Dengan cara ni kita boleh simpan pattern tu & boleh guna lagi nanti-nanti.  Saya biasa guna kertas minyak sebab murah & tahan lasak.  Kalau pattern print dr internet, gunakan A4 paper ajelah ye...

Sukanya dapat diaper cover baru ye... 

Jangan tengok kawasan sekeliling yang bersepah-sepah tu... Dah namanya baby gorilla pun kann... Territory dia memang sentiasa macam tu.. heheheh... 

Ini pula yang Mama buat untuk dipadankan dengan baju nya ni.... 
Haaa.. simple aje kan.  Bahagian lipatan tu memang susah nak bagi perfect, jadi toksah bimbang la ye, nanti bila dimasukkan getah, takkan nampak pun kecacatan tu.  Selamat mencuba!


CHIROPRACTIC

Wednesday, May 20, 2015 3 comments
Nak story sikit pengalaman bertemu Chiropractic 'sempena' Baba sakit pinggang.  Ikut cakap Baba, pinggangnya 'meletup' masa mengalih termos nasi di cafe.  Start dari tu memang dalam kesakitan & tak boleh langsung nak menunduk or mengangkat barang.  Bila 2 hari pun still nampak tak Ok, malahan meletup semula bila Baba cuba angkat Ila... So eloklah cek apakah masalah dengan pinggangnya tu.

Lama dah dengar Chiropractic ni, ala... kalau u all tengok diorang ni terror mengepak orang kat sana-sini.. hehehe... Memang serun bila tengok gambar diorang meletupkan part-part badan kita.  So... bolehlah kami cuba...
Sementara menunggu Chiropractic.  Kami pergi di cawangan Ampang, make sure memang license Chiropractor then baru buat appointment...


Lengang aje suasananya walaupun besar kawasan treatment center nya ni.  Memang kami aje yang ada hari tu.
Bilik Chiropractor buat pemeriksaan & rawatan..
Lepas jawab soalan dari Chiropractor, buat pemeriksaan... Husband didiagnos mengalami 'mild' slipped disc.  Jumpa Therapist untuk dialirkan elektrik & tuam di kawasan terbabit & jumpa Chiropractor semula.  Lepas Chiropractor kepak (repositon)... siaplah rawatan.  So kena RM180 (rawatan susulan RM80 untuk Fisio)... ... Chiropractor ni minta Suami buat treatment dengan mesin DTS diorang (untuk regangkan kawasan tulang belakang) tapi kami cakap biar kami fikir dulu.  Kos DTS ni RM100 sekali rawatan & rawatan 8-12x diperlukan..

Actually Saya rasa treatment nya tu tak berbaloi.  I mean just consulation, aliran elektrik/demahan & sedikit teknik mengepak di bahagian pinggang... Mmm.. I'm a bit skeptikal la.. Plus cara dia diagnose pun guna sessi soal jawab & sentuh kawasan tu aje.  Untuk test teori kami tu, meh kita jumpa Pakar pulak.

Esoknya saya call UKMSC buat appointment dengan Pakar Spine (Dr Shaharudin).  Saya nak compare treatment kat Chiropractic tu.  As usual untuk consultation kali pertama RM180... ubat semua tu lain le.  Elok aje jumpa pakar, benda pertama dia mintak is buat x-tray.  So.. kami pegi buat xtray di lab bawah (bukan private wing tapi tak perlu menunggu lama).  Sementara Baba pegi xtray.. meh kita layan karenah baby gorilla Mama ni... heheheh...
Kembang kuncup hidung sebab happy dapat biskut..hehehe...

Haa... tengok.. Bukan main Over!  Padahal bukannya makan sangat pun..

Tapi bila Kakak cuba menghibur dengan nyanyian & segala bentuk hiburan, dia buat derk aje.. pandang pun tak... hahahha... Kejam betul lah baby gorilla ni kan??
 Lepas xtray, kami naik ke tingkat 7 semula jumpa Dr.  Dr cakap nothing serious, just 'inflame' camtu.  The pain will go by itself but gonna take some times. Chiro aritu cakap 'mild slipped disc' & kalau biar boleh jadi lagi teruk...(mungkin Chiro tu terdesak nak cari patient kot... uhuuu)..

Dr bagi pain killer untuk relax kan muscle tu & bagi appointment dengan fisioterapi.  After a month datang semula untuk tengok progress.  Cuma yang mengejutkan rupanya ada tulang yang bengkok kerana old injury yg Suami tak tahu.  Patutle dia selalu komplen selalu lenguh-lenguh pinggang selepas dia jatuh terduduk masa di sekolah rendah dulu.  Tapi injury tuh dah cure sendiri pun.

Sementara nak tunggu ubat, meh kita tengok pulak, apa lagi yang dilakukan oleh anak gorilla Mama ni...
Arghh..Arghhhh.... Tak suka. tak suka pakai hood... Pakai topi ke, scarf ke or apa saja yang ada atas kepala, pasti saya cabut!

Aarrgghh.. Apsal susah sangat kali ni?  Selalunya Ila cabut topi sekali hayun je, jatuh tgolek-golekkk... Aarrgghhh!!!

Mmm... nak buat apa lagi ye.. dah berminit-minit Ila try bukak ni...

Okaylah.. Ila redha ajelah.  (tapi dengan muka tak puas hati laaa..)...heheheh...
Lepas jumpa Pakar, kami sangat puashati dengan penerangan & cara Dr tu diagnos pesakit.  In fact, lepas ambik pain killer tu, kesakitan terus hilang.  Pain killer tu ada 7 tapi dr ckp ambil 3 aje (1 biji sehari).  Sakit tu bukan takat hilang masa makan pain killer tu je.. means sort of recover terus... 

Kiranya kalau dah tak pegi terapi tu pon takpe, tapi rasanya elok juga pergi belajar cara senaman & teknik yang betul nak handle masalah macam ni.  Benda ni kan boleh berulang.  Fisio di sini pun jauh lebih murah dari Chiropractic centre kat Ampang tu.  Pendek kata... Lepas ni memang kami takkan ke Ampang tu lagi dah.  Baik jumpa pakar aje terus!











HASIL SEAFOODS

Tuesday, May 19, 2015 3 comments
Antara hasil dari pembelian seafoods hari tu.  Gambar semua ambil sebagai syarat je... Saya memang selalu lupa nak ambik gambar bila dah makanan terhidang.  Memang kira nak ngap aje... Tu yg banyak gambar separuh jalan je... heheheh..

Cucur Geragau Jagung.. Sedap wehh!!  Kalau masak cucur guna udang geragau memang crispy jadinya... 

Haaa... nampak tu ada tangan dah tak sabar nak menggagau..
Saya beli jugak siput ni... Ehh.. lupa pulak apa namanya.  Memang biasa jumpa dalam Tomyam atau kedai makanan seafoods.  Saya beli di Pantai Remis... Memang pulun la Baba & Tiha makan.  
Semua ni RM8 (sepaket).. Okla kann...

Saya masak macam sambal tumis cuma saya kisarkan juga serai... Menjadi macam yang biasa saya tengok Suami makan di foodcourt Jusco AU3

Ikan Siakap di Stim Ala Thai.  Saya ikut resepi dalam blog.  Boleh search ye... 

Cucur nasi udang.  Saya guna udang putih kecil.  Ni udang favourite saya untuk buat cucur, sambal or di campur dalam bihun.  Kalau buat cucur badak pun udang ni jadi bahan wajib... 
Alahai.. time hujan macam ni, cerita pasal makan, mulalah jadi lapar.  Padahal baru aje lunch dengan Tom Yam & sotong celup tepung pun hasil belian hari tu.  Makin berkurangan stok seafoods kami ni... Nak kena bertandang ke Kuala Selangor lagi ke ni???



TERIMA KASIH CIKGU!

Monday, May 18, 2015 0 comments
Sebelum gambar ni terperam lama... baik saya ambil masa update kejap... :P
Bread pudding untuk para Guru.  Riben tu Baba yang tolong ikat... Comel tak?

Some more tengah disejukkan...
 Hari ni sambutan Hari Guru kat sekolah Tiha.  Mama plan nak buat bread pudding aje sebab mudah & cepat siap.  Tapi alasan utamanya ialah, banyak betul stok kulit roti dalam freezer tu.  Memang sesuai sangatlah dijadikan puding roti.  Masa tengah mengagih bancuhan, baru teringat saya tak buat pun untuk Ieqa.  Nanti mesti dia tanya kenapa Teacher dia tak dapat.  Adehhh.. cepat-cepat Mama asingkan bahagian untuk dimakan masuk dalam bekas foil untuk para Teacher Ieqa.  Mama tak pasti berapa orang jumlahnya, jadi Mama bagi dalam bekas besar untuk dia bawa (kiranya untuk semua Teacher la tu... heheheh).

 Mari kita tengok proses pembuatannya yang sememnagnya mudah sangat.  Kalau tak disebabkan Tiha bz study untuk exam, memang Mama suruh dia buat aje.  Dulu-dulu memang tugas dia buat puding roti untuk cafe.
Boleh tengok full recipe dekat entry lama ni.  Saya cuma buat penambahan vanilla ekstrak untuk bau yang lebih menyelerakan & gunakan telur Grade A. 

Sedang dibakar...

 
Dah masak!  Saya bakar selama 25 minit aje... Jangan panik kalau tengok puding tu naik sampai terkeluar loyang macam ni... Biasalah kalau adunan yang guna telur memang camni.  Bila sejuk nanti, turunlah tu..
Ok.. siap dah tugasan Mama kali ni.  Teringin nak buat cakes & deko mendeko tapi kekangan masa & sayang pula dengan kulit roti yang banyak tu.  Puding roti pun oklah kan...


MISSI MENCARI SEAFOODS

Thursday, May 14, 2015 2 comments
Entri blog saya ni semua entri tertangguh.  Kisah yang dah berbulan-bulan lepas, baru lah masuk ke blog.  Kami ke Kuala Selangor ni dah lama pun, malam ni baru ada kelapangan nak story.  Ini kali kedua kami ke sini dalam missi mencari seafoods.  Masa first time datang, bot belum sampai, so tak banyaklah hasil tangkapan kami hari tu.  Then kami pergi ke dua buah fishery aje, kali ni kami nak try ke Fishery lain pula.  Kali ni kami tuju ke Ah Heng fishery (kami masih belum tahu di mana letaknya tempat nelayan kecil turun).  Di Ah Heng Fishery ni, ada beberapa kedai kecik yang menjual hasil laut.  Haaa... memang best lah memilih... Macam-macam ikan pun ada.  Walaupun saya bukanlah pemakan ikan, tapi daku tetap memborong pelbagai jenis ikan.  Masak untuk Tiha & Baba ajelah... Mama tukang seronok aje tengok diorang makan dengan nikmatnya.  Meh kita tengok apa yang ada dijual di sini...
Banyak ikan bersaiz besar kat sini - kerapu, siakap, pari, tenggiri dll... Teringin juga nak beli tenggiri & pari, tapi bimbang tak muat freezer.  Takde yang bersaiz kecik.. huhu...

Haaa... baru sampai dari bot ni... 

Tengok saiz Tenggirinya tu.. besar kan?
Since dah lama pun kisahnya... saya dah lupa harga-harga ikan kat sini.  Tapi kalau tak salah, harganya masih sama macam first time saya datang hari tu.
Nelayan sedang asingkan hasil tangkapan
Kat sini ada ikan, udang, sotong & ketam.  Tapi masa kami datang ni ketamnya kecik bebeno... Terbantut hasrat saya nak membeli...
So saya belilah Pelaling (yang ni paling banyak sbb saya suka ikan ni), Siakap, Cencaru, Kerapu, Bawal putih & sotong aje.
Inilah jetinya.. di belakang tu aje.. Nelayan akan drop ikan-ikan di sini..

Lepas membeli ikan di Fishery Ah Heng, kami ke Fishery lain yang berdepan dengan Tokong Cina.  Saya memang suka beli udang di sini sebab udangnya nampak segar sangat, harganya pun Ok.  Di Fishery lain saya tengok tak semuanya betul-betul fresh macam kat sini.  Cumanya kat fishery ni memang tak banyak pilihan & cepat habis.

Bila sampai... saya nampak Pak Cik-Pak Cik ni tengah mencedok garam & dicampak ke dalam mesin.  Haa.. mulalah saya nak menyemak & temuramah ni.  Dr kecik lagi memang habit saya suka berjalan sambil perhati sana-sini & akan temuramah orang yang berkaitan sampailah saya puashati.  Cumanya bila berumur ni, kena cover la sikit.  Takde lah keluar soalan-soalan cepu emas macam zaman kanak-kanak dulu... hihihi...
Ehh... diorang tengah buat apa tu ekkk... Laju je saya pergi menjengah...

Nampak pulak diorang sibuk mengangkat bakul-bakul berisi fiber ni & dicampak ke dalam mesin tadi... Fiber apa pulak tu??? Makin musykil ni...

Bila datang dekat.... Laa... Udang Geragau!!!! Terus saya jerittt.. "Pak Cik nak beli boleh????"... Terpinga-pinga & tesengih-sengih pak cik-pak cik tu tengok saya sibuk mengejar bakul geragau tu... 
Manalah saya tak excited... dah terlalu lama saya teringin makan udang geragau.  Tapi tak pernah lagi saya jumpa yang fresh.  MAsa ke Melaka hari tu saya ada ternampak orang menjual geragau ditepi jalan, tapi susah nak simpan sebab tiada coolbox & bimbang busuk sebelum sampai di rumah.  Bila saya nampak ada geragau segar di sini, memang seronok habislah.  Nelayan yang tengah menaikkan udang tu dok tergelak-gelak & cakap.. "Mau makan, kasi ambiklah"... Saya nak bayar pun dia still refused... Dapatlah saya hampir dua kilo geragau segar dari laut FOR FREE!  Cedok dari atas bot lagi tu...hihihi... Suka..suka..sukaa....

Udang geragau dan garam dimasukkan dalam mesin ni, digaul & dijemur... Jadilah BELACAN!  
Masa kecik dulu saya biasa tengok Tok buat belacan.  Tok guna udang yang halus & ditumbuk dengan lesung padi tu.  Rupanya geragau pun dibuat belacan juga ye...  nampak pure belacan kat sini, takde pewarna & bahan campuran.. tapi saya tak jadi nak beli bila teringatkan di kawasan banyak sungguh anjing-anjing liar berkeliaran.  Jadi sedikit khuatir tahap kebersihannya sebab belacan ni perlu dijemur dahulu kan.... (Yang kat kedai tu pun kita tak tahu tahap kesuciannya tak??.. hihi..).  Tapi yang ni betul-betul depan mata boleh nampak anjing-anjing kurap berkeliaran, so memang geli lah...

Kat fishery ni saya beli udang besar & udang kecik(lupa nak ambik gambar gara-gara excited dengan geragau).  Harga udang besar RM35 sekilo & udang kecik putih tu RM13 sekilo.  YAng buat saya frust tu, sotong pun ada!  Keras & segar!  Saya dah terbeli di Ah Heng tadi... sotongnya taklah secantik kat sini.  Next time saya nak serbu fishery ni dulu lah... lepas tu baru ke Ah Heng... hihi..

Dah jenuh membeli seafoods, kami ajak budak-budak minum di kedai Gelas Besar di tepi jalan tadi.
Mama & Baba order coconut shake.. tapi taklah sesedap yang di Klebang Melaka tu... Bolehlah melepas gian...

Mama order Tomyam , saja je sebab teringin nak menghirup something sambil minum.  Tomyamnya pun tak kick mana..

Budak-budak share ABC... Very plain ABCnya... tak macam ABC di Utara nun...

Oder jugak aiskrim goreng... Budak-budak ni tak makan pun.  Last-last Mama yang kenyang!  Coconut shake, aiskrim goreng & tomyam.. semua Mama balun!


Terpaksa lipat kerusi belakang coz nak letak coolbox besar.  Mujurlah Misha tak kisah duduk sorang-sorang kat belakang bertemankan ikan!... 
Kemudian kami ke Pantai Remis pula.  Kat sini katanya banyak juga hasil-hasil lautnya.  Masa ni saya turun sorang-sorang je, susah sikit nak ambik gambar sebab sambil mengusung barang.
Kebetulan pula ada pasar malam di sebelahnya ni.. so meriah lah suasananya.  Tu yang saya malas angkut budak-budak.. Lagipun suami pergi cari parking.

Belangkas hidup... first time saya tengok.  Gambar agak bergegar sbb tahan berat... 

Belangkas ni tengah menggelupur nak melepaskan diri.... 
Di Pantai Remis ni tak kurang banyaknya hasil jualan.  Kat sini peniaga-peniaga kecil melayu yang menjual hasil laut (tapi harganya lebih mahal dari fishery).  Jadi saya ke sini untuk membeli jenis kerang-kerangan... Ada banyak sangat pilihan - kerang pelbagai saiz & jenis, pepahat, remis, siput sedut dll.  Ada juga dijual ikan masin (mungkin lebih bersih dari di fishery kerana buatan kampung) & juga sayur-sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, bunga kantan, daun kesum & lain-lain.  Mana tak jenuh saya memborong!  KAlau ada rezeki, saya share gambar yang proper sikit ye...

Dah siap tu.. kami cari tempat makan... Mula-mula nak try Aroma Ikan Bakar yang famous tu.  Tapi ramai lah pulak orangnya.  Sampailah saya terjumpa tempat ikan bakar ni... Oh.. Inilah tempat makan seafoods yang pernah kami try masa Tiha masih baby dulu!  Lokasinya bersebelahan aje dengan Aroma Ikan Bakar.... KAli ni pun tak banyak gambar sebab perut dah berkeroncong sakan... Walhal dah macam-macam saya balun petang tadi.. budak-budak ni & Baba aje yang belum lunch.

Ni aje gambar yang ada... saya order Sup ayam, butter prawn, sotong celup tepung, kembong masak pedas, pari bakar & ketam cili.  Masakannya okaylah cuma ketam & kembong tu kurang Ummphh... PAri bakarnya pun cuma digaul garam kunyit aje & diberikan cili kicap sebagai pencicah.  Tapi still okaylah kalau sekali sekala nak try...
Oh ye.. kalau tak salah, Medan Selera Ikan Bakar namanya...  Total kami kena malam tu RM98.00.  Saya rasa agak reasonable dengan apa yang kami pilih.  Banyak juga yang kami bungkus cthnya macam ketam tu saya bawak balik & ubahsuai jadi masak lemak cili api digabung dengan pucuk ubi... hihi... Ikan pari tu pula saya gaulkan dengan rencah ikan bakar portugis & masak semula.  Wahhh... Ni sudah kalah kedai seafoods!

Fuuhh... tamat sudah kisah misi mencari seafood kami kali ni...

P/s :  Di area Kuala Selangor ni kebanyakan tempat makan menyediakan surau & tandas yang selesa.  Saya salute mereka dari segi tu.