ROTI BAM-BAM SAVOURY STYLE

Thursday, December 21, 2017
Assalamualaikum... Kali ni nak share projek meroti saya kali ni.  Macam biasa resepi saya ialah campak-campak.  Jadi tiapkali buat, saya akan test dengan bahan yang berbeza.  Buat pertama kalinya saya buat doh roti menggunakan marjerin pelangi dan improver.  Hasilnya amat memuaskan hati.  Doh amat elastik, cuma agak menghairankan doh agak lembik walau berkali-kali saya tambah tepung.  Ni resepi saya guna kali ni (anggaran) :

(saya guna penyukat metrik)

Telur + air sejuk + ais = 300ml
1sk garam
5sb gula
3 sb susu tepung
1sk improver (boleh abaikan)
1 cup tepung gandum
3 - 31/2 cup tepung roti
3/4 sb yis
3sb marjerin

Masuk kesemua dalm BM dan uli sehingga elastik/extensible (saya uli 2x)

Keluarkan doh, timbang 45gram dan rounding.  Saya terus masukkan dalam cup.  Dah siap rounding semua, saya tekan doh yang dah cukup rest 10minit dan masukkan topping.  Tean-tekan aje dengan jari di bahagian tengah doh.  Topping saya kai ini

1.  Cheesy scramble eggs - Gaul telur dengan sedikit susu dan blackpepper.  Panaskan butter dan sedikit minyak, masukkan telur dan kacau bersama cheese slice.  Hampir kering tutup api sambil terus mengacau.  Telur jgn dimasak lama.. biar basah2 sedikit..

2. Chilli Tuna dalam tin dan potongan cili benggala

3. Baki topping pizza - saya panaskan butter dan minyak, masukkan mushroom gaul rata sampai masak.  Masukkan pepperoni, chicken ham, crabstick dan terus memasak.  Saya perisakan dengan sedikit garam, blackpepper, garlic powder dan paprika.  


Tiha yang mekapkan roti.  yang ni inti ke 3 tu

Ni inti Tuna


Ni scramble eggs

Sblm bakar tabur cheese dan picit mayo.  Yang scramble eggs tak tabur cheese dah sbb dah letak masa masak tadi..

Dah ready dibakar
Saya preheat oven 200c kemudian turunkan ke 180c dan bakar selama 20-23minit

Roti kali ni memang naik dengan jayanya (mungkin dengan bantuan improver) dan hasil pembakaran amat sekata.
BAhagian bawah pun cantik





Selamat mencuba!!!



2 comments:

{ adda syuhada } at: December 21, 2017 at 11:29 AM said...

sedapnyer....

{ Kina } at: December 21, 2017 at 7:58 PM said...

Thx dear.. 😘

Post a Comment