Sebagaimana Mama dan Baba, anak-anak jugak banyak projek DIY diorang. Tapi cuti kali ni Tiha banyak ke Kina Kitchen cover kedai yang kekurangan staff. Memang lembik dia sebab dari Subuh ke Maghrib kena kerahan tenaga.. hehehe. Seriously keje kedai makan ni memang memenatkan sangat-sangat. Siapa yang alami sahaja yang faham.
|
Ni checklist diorang |
So bila free sikit, saya keluarkan Gingerbread Cookies yang kami beli di IKEA sblmcuti lalu. Dah lama diorang request. Asalnya Tiha nak bake sndiri cookies tu. Tapi bimbang jugak tak sedap ke, nanti membazir. So why dont try yang IKEA aje dulu.
|
Simple aje rumahnya ni |
|
Royal Icing saya yang sediakan.. Yang lain saya tinggalkan Tiha dan adik-adik buat. Mama sambung projek menjahit! |
Royal Icing :
Pukul 2 biji putih telur hingga berbuih dan ayakkan 3 cup gula aising. Pukul hingga menjadi icing yang pekat. Siap! Jangan dedahkan dengan udara sebab icing ni akan mengeras dengan cepat. memang sesuai utk deko atas cookies dan juga sebagai gam utk gingerbreadhouse.
|
Yang ni dok terliur tengok gula-gula.. tak habis-habis dia menghidu sambil cakap.. "Aahh.. sedapnyaa.. " |
|
Tiha cakap takleh nak buat pokok sbb lollipop asyik jatuh.. hehehe.. Gulale tu pulak asyik mencair. Tu dia cancel nak letak snow banyak2 |
|
Anak-anak miaww pun sibuk jugaa |
Sessi makan-makan dan meruntuhkan gingerbreadhouse! Ajak kawan-kawan sekali, baru meriah. Sayangnya anak jiran rumah bawah ni takde pulak... So Rayyan sorang ajelah yang join.
|
Kekenyangan makan gula-gula la korang hari ni! |
|
Projek pistol |
|
Kedai diorang hari-hari bertukar barang jualan... heheheh... |
0 comments:
Post a Comment