Domino Pizza

Monday, August 1, 2011
Mari..!! Marriii.. masih panas² ni.  Ni yg special fasal Domino ni, dalam 30 minutes gerenti sampai.  Kalau tak sampai, lagi saya suka.. dapat FREE coupon utk 1 regular Pizza!!!
Ini biasanya pilihan side order kami - Cinna Stix.  Good idea combining pizza doh, cinnamon & sugar.  Ada pencicah icing juga utk naikkan rasa.  Sebiji ni mmg skjp je kena ngap.
Ni garlic cheese onion ring (saja nak try) too oily tak mcm onion ring biasa (nyesal plak order).  Side order yg lain² plak, too expensive... not value buy beb!! 
We all ni boleh digelar loyal customer Domino Pizza kot.  Biasa kalau saya malas nak masak or baru balik dari jalan², perut plak menyanyi riang.. inilah makanan pilihan.  Saya suka dengan konsep delivery Domino iaitu 30 minutes guarantee ni.  Kalau delivery biasa, kita tertunggu² bila nak sampai. Sometimes makanan dah sejuk gedi once delivered.  Cthnya Shakey's Pizza... dah beberapa kali saya kena.  Mmg serik dah nak order.

Satu lagi saya suka sangat dgn doh pizza Domino yg lembut & yg paling best, TOPPING nya banyak & juicy.  Sbb tu dari dulu saya tak pernah masuk Pizza Hut (kecuali org belanja).  Harganya mahal, topping nya.. mak aaiii.. seciput.  Doh pizza pon agak kering.

Pizza favourite saya suatu ketika dulu Extravaganza.  Tapi sejak munculnya anak² kesayangan ni, saya dah tak order Extravaganza.  Sebabnya.. onion,olive, segala bhn² atas tu semua bertepek² kat pinggan makan.  Tiha akan makan bhgn cheese & sauce dia je. Pilihan utama Tiha & Ieqa pastinya Plain Cheese Pizza.. takde apa² atas tu, just cheese & sauce je.  Tapi agak sedap tau.  Bagi saya & husband plak, jatuh hati dengan Secret Sauce Pizza Domino. Since saya kurg suka seafood, husband lak tak suka sayur, biasanya kami pilih Classified Chicken aje.  Sebiji regular tu mmg tak cukup utk kami berdua.

Ada 3 pizza sahaja yg guna secret sauce ni - Tuna Temptation, Vegie Fiesta & Classified Chicken.
Kalau perasan, secret sauce pizza (pizza yg belakang tu) tak menggunakan tomato .. tapi rasanya mmg superb!

0 comments:

Post a Comment