Takpelah.. alang-alang dah gatal tangan masuk blogger, saya nak update satu lagi resepi baru. Pudding ni teramatlah sedap & senang nak buat. Walaupun saya tersangat suka, rasa macam nak buat lagi dan lagi je.. tapi kena kontrol beb. Takutlah nak makan benda-benda manis & berlemak byk-byk. Layan seminggu sekali je ke okle.. Sbb tu tak banyak makanan manis² dlm blog ni sbb saya jarang buat. Tukang makannya ada aje (saya & suami), tapi fikirkan kesehatan bersama, berjaga-jaga jugak la kan.
Kalau teringin sgt nak mengunyah, layanlah epal, pear or orange aje le. Saya memang sentiasa pastikan stok buah tak putus dalam rumah ni. Pengganti makanan manis & berlemak gitu..hehehe
kak ita . Kalau nak tengok gambar makanan cantik-cantik pergilah blog Kak Ita. Saya tempekkan resepinya kat sini ye..
CARAMEL CHEESE PUDDING
By : Yani
Rujukan : My Resepi
Karamel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
Puding
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon
By : Yani
Rujukan : My Resepi
Karamel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
Puding
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon
Sediakan karamel
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih.
Panaskan susu sehingga hampir mendidih.
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air.
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.
Sejukkan sebelum dihidang.
Thanks kepada Kak Ita & pastinyaYani yg sudi share resepi yg sedap sgt ni.
0 comments:
Post a Comment