![]() |
| Gemuk-gemuk sikit rupa pretzelnya.. ni masa batch mula-mula, tak tau nak agak lagi.. |
Sebelum ke Fraser's Hill haritu, saya try buat pretzel. Ini antara favourite we all sekeluarga. Kalau pergi KLCC biasanya we all akan grab a few pretzels & lepak² sambil makan di KLCC park atau saya suap dua kanak-kanak ribena ni makan sambil main air kat sana. Doh pretzel boleh guna mana-mana doh pizza aje, cuma cara membelit & penyudah pretzel ni lain sikit. Pretzel yg dah siap mestilah dicelup dalam larutan baking powder & air panas (1/2 cup baking powder + 2 cups hot water). Selepas dicelup, bolehlah disapu butter cair & ditaburkan apa-apa bahan kegemaran di atasnya sebelum dibakar.
![]() |
| Doh yg baru dikeluarkan dari peti ( saya biasa menyimpan dulu doh di dalam peti sejuk) |
![]() |
| Saya bahagikan doh kepada 2 bahagian, separuh bhgn lg saya bekukan |
![]() |
| Doh dipotong mengikut saiz yg dikehendaki |
![]() |
| Gelekkan doh dgn tangan sehingga menjadi halus & panjang. Semakin halus, semakin cantik & rangup hasilnya |
![]() |
| Doh dibentukkan |
![]() |
| Belitkan dua kali |
![]() |
| Dilekatkan hujungnya |
![]() |
| Celupkan ke dalam larutan soda tadi (sepatutnya tunggu hingga doh kering sedikit) & disapu butter yg telah dicairkan. |
![]() |
| Saya bakar pada suhu 230c selama selama 15 minit atau sehingga bahagian atas bertukar warna keemasan. Pretzel kali ni saya buat 3 jenis - cinnamon +sugar, almond & garam. |












0 comments:
Post a Comment