Lontong Semarang

Thursday, October 18, 2012
Pc ku dah sihat!!! Yeaayy!!! Cepat aje superhero saya ni bertindak kan?  Harap-harap pc ni betul-betul recover lah kan.. tak buat hal lagi .... Oklah jom cerita pasal makanan pulak..


Teringin nak rasa lontong ni, last-last buat jugak (lama dah pun).  Resepinya saya ambik dari dapur Kak Jee.  Thanks for sharing... :).  Cara kuahnya saya ikut resepi, tapi sayur-sayurnya saya kekalkan macam lontong biasa.  Yg kaler merah tu udang tau, bukan carrot.. hehehe.. Ok, kalau nak cuba ini resepinya :


BAHAN2
Nasi impit (kjee beli jenama adabi dan rebus 2 jam)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
2 batang serai
terung
petola
daun belinjau
kobis
nangka (dipotong kecik2 dan rebus. kjee tak makan)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam

CARANYA:

Nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. Daging dipotong kecik2. Kalau guna ayam, potong sama jugak. Pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak. 
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. Daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
Susun nasi impit diatas pinggan dan tuangkan kuah lontong.
Itu sahaja. Tidak ada lauk lain sampingan. Kjee pernah buat Lontong Singapura dan Lontong Semarang untuk open house hari raya satu ketika dulu. Lontong Semarang habis dulu! Semua kata rasanya lain dan cukup sedap.

0 comments:

Post a Comment