Kari Ayam Yogurt

Tuesday, February 5, 2013
Makin lama tak update, makin malas jadinya.  Mostly bila gambar semua still dalam hp.  Last-last surf lebih kurang, baca news, cek e-mail, log off.. abis cerita.  Tu yang asyik takde entry baru.  Lagipun sekarang ni ada tugas baru, everyday kena buat roti benggali untuk cafe.  Supplier roti tu dah stop manufacturing, jadi terpaksa lah buat roti sendiri.  Sedih juga sebab owner syarikat tu agak close dengan saya, dah berumur orangnya and highly educated. Saya kenal dia sejak 2003 lagi, zaman kerja dengan orang dulu. Selalu juga datang lepak & berborak kat cafe jumpa saya or husband tapi lately ni saya dah tak dapat reach dia.  Harap-harap En. Ismail & isteri dikurniakan kesihatan yang baik. Try cari supplier ganti, tapi semua non-muslim je yang sanggup deliver.  Jadi saya agak keberatanla sebab status halalnya tak dapat dipastikan. Takpelah, saya buat sendiri aje.  Buat takat yang larat la kan..

Entry kali ni fasal kari.  Saya nak makan kari ayam yang sangat pekat tapi tak nak berlemak?  Cane tu?  Letak rempah kari banyak-banyak nanti Ieqa tak nak makan pulak.  Lagipun saya control juga dari segi pengambilan santan, sebulan 2, 3 kali aje masak bersantan.  Jadi kali ni saya try masak kari gunakan yogurt.  Hasilnya memang bestlah! Okey, bahan-bahan kari saya simple aje

1  biji Bawang besar (ditumbuk / dimayang)
2  ulas bawang putih (ditumbuk / mayang)
1 inci halia (ditumbuk/dimayang)
sedikit daun kari (jika ada)
- saya tumbuk jika nak kari extra pekat
1  paket rempah kari ayam 
1  biji tomato di potong 
4  sudu besar yogurt
Setengah ekor ayam
Sedikit air & garam

Saya tumiskan bawang-bawang dan daun kari sampai wangi, masukkan rempah kemudian kacau-kacau sedikit,  tambah tomato .  Tambah air sikit kalau nampak terlalu kering, nanti hangit pula. 

Then bolehlah masukkan ayam & yogurt.  Saya suka tutup periuk semasa memasak ayam. Biarkan sehingga ayam masak kemudian boleh lah tambah garam dan serbuk perasa jika suka.  Bila semua dah set, tambah air sebanyak mana yang dikehendaki sebagai kuah.   Didihkan, cek semula rasanya kemudian bolehlah dihidang.  Kari ni saya makan dengan roti naan, memang kena sangat la... 

Tak sabar sangat nak makan sampai dah tak peduli pinggan tu ada kesan comot semua, janji sempat snap gambar.. heheheh
Kalau perasan saya memang tak letak rempah penumis sebagai bahan kari ayam.  Saya suka kari yang simple macam ni aje.  Jadi kalau nak kari yang ada bau rempah-ratus tu, bolehlah tumiskan sekali rempah-rempah (sama set macam tumisan sup tulang) semasa menumis bawang.

Oh ye, yogurt ni berfungsi untuk lembutkan daging juga.  Kalau masak ayam diletak yogurt, memang boleh rasa isinya lebih lembut dari biasa.  So bolehlah try memasak ayam dengan yogurt plak ye...

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: February 5, 2013 at 8:45 AM said...

Menarik masak kari guna yogurt ni.. Saya nak cuba juga lah nanti...

{ Kina } at: February 6, 2013 at 12:50 AM said...

A'ah.. simple aje, cuma gantikan santan dengan yogurt. Ada juga tip yg saya dapat, kari dimasak tanpa santan & kisar 2-3 biji almond utk naikkan rasa lemak. Saya tak pernah try lagi ni...

Post a Comment