ALUMITE

Sunday, October 27, 2013


Pernah dengar fasal periuk ceramic ni tak?  Dah lama saya dapat voucher RM80.00 untuk periuk ni dari Senheng tapi tak berminat pun nak beli.  Walhal dah lama saya berkira-kira nak beli periuk.. dalam kepala ni nak beli pressure cooker or vision ke... heehhe...

Sampai lah satu hari ni, masa tengah tunggu hubby kat Mid Valley, saya ternampak demo masakan menggunakan periuk ni.  Lepas satu demi satu demo ditayang, saya makin jatuh hati!.  Jadi tanpa berlengah, terus saya called Manager Senheng booking 1... hehehehe..!!

2 hari lepas beli terus saya testing keberkesanan periuk ni.  Saya masak daging korban.  Masak kurma aje... combine dengan kentang.  Memang mudah memasak sbb tak bimbang masakan hangus & sekali-sekala aje saya buka penutup nak tengok daging dah empuk ke belum.  Saya sengaja potong daging & kentang besar² nak tengok kemampuan periuk ni.  Lepas daging empuk, saya letak kentang, kejap aje dah empuk.  Waahh.. ini sudah bagus!!

Kebetulan Mak Mertua tumpang bermalam kat rumah, jadi dinner tu sempatle dia merasa kurma daging periuk Alumite.  MIL siap tanya apa petua saya pakai sampai daging lembut macam tu!  My husband pun puji daging kali ni lembut semacam, boleh dicarik²... Puas hati rasanya saya boleh masak daging lembut macam tu.

Kalau ikut demo masakan yang saya tengok tu memang byk sgt kelebihannya.. salah satunya non stick, tak perlu scrub semua tu.  Panasnya juga lebih sekata & penutup yg berat berkaca tu membantu lagi proses memasak dengan lebih baik.  Kalau nak buat bubur nasi ke, kejap je dah siap...  Isshh.. banyak lagi le benefit yg saya nampak.  Mana la saya tak terpengaruh untuk beli... heheehe...

Cumanya saya kena extra careful & takleh kasar² guna periuk ni.. maklumlah, sadurannya adalah seramik!  Bimbang crack u!!

P/s :  Saya beli periuk ni pada harga RM139.00.. rasanya murahla tu kan?


7 comments:

{ Aisy Nasiha } at: October 28, 2013 at 7:18 AM said...

Wah...menarik tu kina.. harga pun mampu milik.. saya pun berminat juga ni... yg kena extra hati hati tu saya risau juga ni.m dua ahmad ni cukup suka main dengan periuk belanga saya... kalau beli kena simpan temoat tinggi ni.m

{ Kina } at: October 31, 2013 at 2:08 PM said...

So far okay.. puashati la jugak.. tapi mmgla kena simpan elok² sikit walaupun tak warning menda ni akan pecah sbb saya tetap bimbang.. Naim tak boleh test memasak guna periuk Aisy la lepas ni.. heheh

{ umi alya } at: November 2, 2013 at 10:33 PM said...

cam teringin jer nak miliki periuk spt ni..

{ Kina } at: November 3, 2013 at 3:27 AM said...

try le ushar... harga mampu milik... hehehe...

{ nuranis farzana } at: September 9, 2015 at 11:51 AM said...

assalamualaikum, saya ada menjual periuk seramik / tanah liat, boleh hubungi saya untuk dapatkan details dan jenis periuk. periuk yang mampu milik dari harga RM 99 - RM 145 mengikut saiz.
email : nuranis_farham@yahoo.com
kita jual ikhlas harga telus.
promote sebentar. :)

{ Amir M Salim Amir } at: August 17, 2017 at 4:01 PM said...

Nak crik periuk tanah.. kt mane ada jual

{ Kina } at: August 23, 2017 at 11:48 PM said...

Saya ada beli di chowkit. Kedai nama one houseware, x jauh Dr hotel International. Dia ada cawangan dalam viva home juga tp rasanya harga kat situ mahal sikit.

Post a Comment