WHOLEWHEAT PIZZA

Monday, December 11, 2017

Resepi ni dah lama saya guna setiap kali mempizza.  Cuma kaedahnya tu saya ubahsuai sikit.  Mcm yg kita maklum, asal usul pizza sememangnya dr Itali, jadi saya memang sebolehnya kekalkan kaedah pembuatan dan bahan sepertimana asal usulnya.  Based Pizza di sana hanya menggunakan bahan basic sahaja sebagaimana kita menyediakan roti pita. 

Doh pizza juga kebiasaannya dinaikkan dalam masa yang lama 6-8 jam atau 12jam -36jam di dalam peti ais. Tapi selalunya saya naikkan doh selama sejam aje.  Tak sabar nak makan kan.. hehehe..  Pastu bimbang jugak nak naikkan lama2 tu.. ye la suhu negara kita kan tinggi... bimbng cepat pulak yis tu mati.  Kalau dalam peti ais, memang biasalah.. Pagi buat doh untuk makan dinner.

Boleh juga refer post terawal saya di sini  kemudian saya post sekali lagi di sini yang menggunakan kaedah ulian tangan. Kalau lihat resepi asal gunakan air suam dan aktifkan yis.  Tapi kali ni saya gunakan BM dan gunakan air biasa aje. Bahan-bahan pizza seperti berikut :

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar (sb) yis
1/4 cawan minyak zaitun (boleh ganti dgn minyak lain juga)
2 sb gula
2 sk garam
2 cawan tepung gandum (saya guna high protein)
2 cawan tepung whole wheat (jika tiada boleh guna tepung gandum)

Masukkan air, gula, garam, tepung diakhiri dengan yis. Mulakan ulian dan masukkan minyak.  Biarkan BM menguli selama 30 minit dan naikkan doh selama sejam.  Semalam saya kesuntukan masa, slps 1/2 jam saya dah keluarkan dari BM.

*kalau guna air suam, ulian BM gunakan setting pizza yang 14minit tu.  

Uli sekejap doh, bulatkan dan bahagikan kepada 4 bahagian 

Kemudian saya agihkan kepada 3 bahagian pula... Saya rehatkan doh selama 30minit, dalam tempat bertutup.  Boleh juga rehatkan dalam tempoh lebih lama

TAburkan semolina/suji di pelapik dan mulakan proses meleperkan doh.  Tekan doh di bahagian tengah dan seterusnya k bahagian tepi sehingga mmbntuk bulatan.  Pusingkan doh dengan kedua tangan sambil menolak doh supaya meregang.  Kemudian saya angkat doh menggunakan belakang tangan dan regangkan lagi sehingga mendapat saiz yang dikehendaki.  
 Penggunaan semolina ni memudahkan kerja dan menghasilkan base yang rangup.  Kalau guna tepung, terlebih nanti keras pulak... Boleh refer video cara menebar pizza di youtube untuk lebih jelas.

Selepas proses ni, boleh naikkan doh dan bakar sekejap untuk dapatkan doh yang rangup dan mudah diurus.  Boleh juga bekukan... Next time nak buat pizza, senang je, base dah ada..

Atas faktor masa juga, semalam saya tak bakar dulu.  Saya terus mintak Tiha siapkan topping
Asalnya nak buat sos sendiri (tanpa gula) tapi takde stok tomato.  Maka Prego lah pilihan yang ada..  
Semalam Tiha tabur PArmesan, Cheddar, crabstick, mushroom, chicken ham dan diakhiri dengan Mozarella



Sebelum bakar, drizzle dengan olive oil.  Biasalah.. masakan itali, mana boleh tinggal olive oil tu kan...

Pizza ni pun sama.. parmesan, cheddar dan pepperoni dan top with mozarella 
Tiha takut-takut nak letak cheese sbb saya dah warning jgn guna banyak2.. hehehe.. Tapi sebelum bakar tu saya tambah lagi



Ni pizza ke 3.. Tuna

Biasanya saya letak 3 jenis cheese - Chilli Tuna, nanas, capsicum dan mayo. Ni hanya Tuna, fresh tomatoes and mayo.. 
 Semalam saya bakat setting grill 250c, jadi cheese akan garing. Kalau tak mau cheese tu garing, boleh bakar pada suhu 180-200c sampai base masak (20-25 minit). Atau nak lagi selamat, bakar dulu base pizza, letak topping dan bakar sampai cheese cair...
Cheese dah cantik cairnya tapi base belum betul-betul masak

Dah masak.. tpi cheese sedikit garing


Yang ni saya tutup dengan foil separuh masa bakar...
OK.. dh siap pizza.  Senang aje.. Topping tu boleh ubahsuai ikut citarasa masing-masing..

P/s : Nampak complicated bila saya taip detail sangat.  Just buat macam roti biasa tu aje kalau nak mudah.. :)

2 comments:

{ adda syuhada } at: December 12, 2017 at 11:43 AM said...

sedapnyer...

{ Kina } at: December 12, 2017 at 12:10 PM said...

Alhamdulillah.. Thx dear. Doh ni mmg serasi dgn saya, bhn simple dan rasanya pon sedap. try buat sis.. 😉

Post a Comment