Princess Doll Cake

Wednesday, October 3, 2012
Doll cake ni sebenarnya last minute decision.  Mana taknya, nak deco kek biasa pun saya ragu-ragu.. Inikan pula nak buat kek pelik-pelik.. saya bimbang aje kek tu akan jadi rupa makhluk lain.  Tambah-tambah sblm tu saya dah heret Tiha ke Bagus Melawati untuk beli barang-barang deco cake, yg semestinya pilih & tampal aje.. hehehe..

Balik Jengka, berborak dgn adik.. dia lah beria-ia suruh saya buat cake princess tu.  Walaupun saya ragu-ragu, dia masih tetap mengapi-apikan saya.. akhirnya.. balik ke KL saya beranikan diri beli bahan-bahan untuk buat cake ni (tanpa pengetahuan Tiha tau).  Bukan tak nak bgtau awal², takut tak menjadi, kesian pulak dia.  So kek ni mmg surprised untuk birthday dia kali ni.

Saya gunakan 3 biji kek untuk dijadikan skirt doll ni.  Kek-kek ni takde la tebal sangat.  Kebetulan resepi Super Moist Eggless cake ni memang untuk kek yg kecik, sesuweeyy sangatlah.. Nak buatnya pun sng, takyah pukul bagai.. kacau-kacau aje dah siap... hehehe..

Untuk bhgn atas skirt, bakar kek dalam apa² bks yg berbentuk kubah bila diterbalikkan
Ini untuk bahagian atas kek

Dua lagi kek yg bakal jadi mangsa

Saya tindihkan semua kek & disapu frosting kek untuk melekatkan ketiaga-tiga bahagian.  Saya cucuk juga dgn lidi / buluh kecil di bhgn tgh kek utk keselamatan

Kemudian trimkan kek menjadi bentuk skirt

Dah siap, bolehlah sapu cream (saya terlupa letak colouring),  since dah tersilap warna & susah nak cover warna kek yg gelap, saya bekukan sekejap

Lepas keluar dari peti beku, kek makin senang dikerjakan, saya sapukan pula dgn cream yg dah diwarnakan pink.  Untuk ratakan frosting ni boleh gunakan spatula ataupun kertas dgn cara menarik frosting dr bawah ke atas (boleh refer video yg saya sertakan kat bwh)
Dah siap tu, saya pacakkan princess doll bhgn atasnya.  Doll ni saya beli di Bagus juga, RM5.50 aje.  If nak guna doll biasa pon boleh, cuma kena lubangkan bgh tgh kek dgn cookie cutter sblm ditindih & disapu krim.Balutkan dulu badan doll tu dgn plastik & masukkan di bhgn tgh kek tu (spt cth video di bawah). 

Angkat tangan doll & ikat rambutnya supaya sng dihias

Dgn piping bag, saya paipkan satu demi satu krim ke badan doll sebagai baju.  Lagi mudah jika ada cake turntable semasa menghias kek ni..

Kemudian hiaslah ikut citarasa masing-masing.  Saya ni tak kreatif sgt, jadi buat ala kadar ajelah... janji Tiha happy!!
 Lepas buat sendiri, rasanya takde lah susah mana nak buat bendalah ni.  Cuma nak cantikkan frosting kat skirt tu agak mencabar utk org yg 'kerastangan' mcm saya ni.  Kemudian cream yg asyik nak cair aje... jadi kena buat cepat-cepat kalau tak nak cream tu meleleh.  Time Birthday Tiha cream tu dah mula separate, abis luruh gula-gula love dkt skirt princess dia tu.. hehehe.. Nasib baiklah semua acara dah selesai... kalau tidak, naya!! Kalau nak kerja mudah sikit, bolehlah gantikan dgn buttercream icing.  Cuma kena kompromi sikit dgn rasanya yg tak sesedap whipping cream ni.. :).

Paginya sblm bwk kek ni ke kindergarten, tangan rasa gatal nak tambah sikit deco cake ni.  Maka inilah hasilnya..

Ini ada a few videos yg boleh dirujuk untuk menghias princess doll cake ni...

http://www.youtube.com/watch?v=vwqaF8f3VW0
http://www.youtube.com/watch?v=y7xwMgL2qlk&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=A-39XI-cN30
http://www.youtube.com/watch?v=5yqTRSUWgzI&feature=related

2 comments:

{ Rohah } at: October 3, 2012 at 8:01 AM said...

cantik...

{ Kina } at: October 3, 2012 at 10:53 AM said...

thx rohah.. :)

Post a Comment