Masak Nasi

Thursday, October 18, 2012
Zaman sekarang ni jarang dah orang masak nasi manual.  Tapi baru-baru ni, kebetulan periuk nasi tak available, saya pon masak nasi atas dapur macam zaman dulu-dulu.  Teringat-ingat lagi masa kecik-kecik dulu, almost everytime saya masak nasi mesti terhangus.. hehehe.. sian satu rumah kena makan nasi bau-bau hangit.  Ini semua gara-gara saya leka membaca.. bila ada bau hangit baru kelam kabut nak tutup periuk nasi & perlahankan api.

Kadang-kadang teringin nak makan pulut durian, saya masak dgn cara ni jugak.  Rasanya tak padan nak masak pulut seciput dalam rice cooker.  Lagipun masak dengan cara ni pantas lagi menjimatkan.. ahakkss.. mcm promote barang pulaks!!

Kalau ikut cara ni, insyaallah nasi cantik aje lerainya & takde kerak walaupun sedikit.

Sampai dasar periuk memang tak berkerak.  Kalau nak tanak pulut pun caranya sama cuma sukatan utk pulut ialah 1:1 (1 cawan pulut : 1 cawan air).  Air utk pulut boleh kurgkan sikit lagi jika nak pulut nampak sebiji-sebiji.
Cara nak dapatkan nasi macam ni mudah aje.. semasa memasak, tutup periuk & buka api gas seminimum mungkin (api rata, bukan api tengah aje).  Sebaik aje nasi mendidih, jenguk-jenguk dalam periuk.  Jika airnya dah takde / kering terus tutupkan api.  Jangan alihkan nasi dari dapur, biarkan nasi betul-betul kering dgn sendirinya.  Kemudian apa lagi... ngap ajelahh..

Tutupkan periuk rapat-rapat & biarkan kering.  Api yg perlahan dapat elakkan air meruap & dari nasi masak mengejut.. 
Simple kan??

4 comments:

{ najiahs } at: July 15, 2013 at 3:11 PM said...

thanks dgn petua:D nk mencube ni

{ Kina } at: July 15, 2013 at 6:05 PM said...

sama-sama.. in case termeruap juga, regangkan sedikit penutup.. kalau nasi mcm mentah, tambah air sikit & buka api semula.. insyaallah ok jadinya.. :)

{ { ~` Nur Abqariyyah *~ } } at: October 21, 2016 at 6:41 PM said...

Sukatan untk masak nasi atas api sama je mcm masak atas rice cooker ke?

{ Kina } at: October 23, 2016 at 9:01 PM said...

Kalau saya, sukatan air masak atas api lebih sikit. Kalau tak nasi mentah. Sukatan utk rice cooker biasa 1beras: 1.5 air kalau api pula 1 beras: 2 air.

Post a Comment