POTATO & CHORIZO MINI QUICHE

Friday, December 20, 2013
Atas tu nama asal resepi ni.. tapi saya gunakan sausages biasa je, mana ada chorizo semua tu.  Kalau pegi cari pun biasanya tak halal.  Saya ni kalau jalan² suka juga masuk ke Ben's, Cold Storage dll nak tengok makanan barat yg jarang dijumpai.  Biasanya di kawasan Bangsar, Damansara dan seangkatan banyakle boleh jumpa makanan western yang pelbagai sbb area mat saleh kan.  Tapi harganya memang mahal & status halal nya pun jarang ada.  Kalau takde tanda halal yg saya yakin, saya tak beli walaupun dah lama nak merasa.  

Saya pernah try sausages  imported (dibuat dari usus kambing), memang berbeza sungguh dengan sosej yg dijual di pasaraya biasa tu.  Tapi harganya pun tak kalah la... Banyak betul flavour yg ada, sampai tak tau nak pilih.  Saya nampak ada halal Jakim, laju je saya angkut... Silapnya saya tak share pun gambarnya kat sini kan... 

Okaylah.. kita belek dulu resepi quiche yg simple ni.. 
Gorengkan sosej yang didadu kecil dengan sedikit minyak (saya guna olive)

Masukkan pula kentang yg didadu kecik jugak...

Masak sampai kentang betul² lembut (saya gunakan alumite supaya senang nak dikacau, kalau pan senang tertumpah)

Taburkan cheese dalam muffin tray (saya ada 1 size je tray ni, jadi takde la mini mana pun quiche saya ni).  Saya letak sikit aje cheese sbb tgh ctrl pengambilan cheese (ni time before pregnant)

Tambahkan sosej & potato tadi

Masukkan pula telur yg dah digaul garam & pepper, kemudian tabur cheese lagi (resepi penuhnya saya paste kan kemudian)

Kemudian bakar... saya bakar pada 180c sehingga quiche masak.. rasanya 25 minit kot sbb muffin tray saya ni agak besar 

Siaplah dinner malam tu.  Since dalam quiche ni dah ada potato, jadi we all makan Quiche dengan baked bean aje.  Tapi we all takde lah enjoy sangat... mungkin kalau guna sosej / salami yg sedap mungkin lebih ok rasanya.  Sosej yg saya guna ni stok dalam freezer (sausage ni mmg tak sedap pun, jenuh nak perabis, dahla jumbo size, brand Saudi)...

Ini full recipe dari Chef John..


Ingredients

cooking spray
2 teaspoons olive oil
4 ounces Spanish chorizo sausage, finely diced
1 russet potato, peeled and finely diced
salt and freshly ground black pepper to taste
2/3 cup grated Manchego cheese, divided
8 large eggs
1 pinch cayenne pepper, or more to taste
1/2 teaspoon salt


Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Lightly coat 24 mini-muffin cups with cooking spray.

Heat olive oil in a skillet over medium-low heat. Cook and stir chorizo in the hot oil until golden brown, about 4 minutes.

Stir diced potato into chorizo; increase heat to medium and cook potatoes until tender, about 10 minutes. Season with salt and black pepper. Transfer to a plate lined with paper towels to drain.
Sprinkle 1 to 2 teaspoons of grated cheese in the bottom of each muffin cup. Top with 1 to 2 tablespoons chorizo mixture.

Beat eggs, cayenne pepper, and 1/2 teaspoon salt in a large bowl until combined. Pour egg mixture evenly into muffin cups. Lightly tap the pans to remove any air bubbles. Transfer to a baking sheet and top with any remaining cheese.

Bake in the preheated oven until eggs golden brown and just set, about 17 minutes.

Esoknya ada berbaki lagi 2, jadi saya keluarkan dari fridge

Masukkan dalam microwave

Tutup & panaskan 20 second, jadi breakfast kami!!!
Sekian... :)


0 comments:

Post a Comment