Sampailah suatu ketika dulu kami ke Melaka. Suami nak try asam pedas Melaka. Memang dia dah lama request asam pedas ni. Tapi saya was² nak buat sbb rasa asam pedas ni pon saya tak tau, macam mana nak buat? Kalau ikut resepi, pelbagai cara asam pedas saya jumpa. Which one yg betul? Lagipun mungkin cara org tu buat dah betul, just tak kena dengan selera kami ke kan... bila saya rasa asam pedas Mona di Melaka ni, barulah saya dapat agak serba sedikit macam mana nak buat & rasa asam pedas yg digemari suami.
Kombinasi terbaik - Asam pedas, telur masin & timun (saya suka guna timun jepun sbb extra crunchy & tak berbiji sgt) |
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan cili kisar (agak² segenggam cili kering)
1 genggam asam jawa (diramas dengan 1 cawan air)
1 biji tomato (jika suka)
6 tangkai bendi
Sedikit daun kesum
1 -2 cawan air
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak & wangi. Masukkan ikan (saya biasa guna ikan pari), ikan dah separuh masak, masukkan air asam jawa & air. Biarkan menggelegak sebentar masukkan tomato, daun kesum & bendi. Rasakan dengan perasa & garam. Tambah asam jawa jika perlu (asam pedas ni makin sedap kalau kuat masamnya).
Air tu hanyalah anggaran aje. Biasanya saya memang guna cili yg amat banyak sebab saya suka asam pedas yg betul² pekat. Boleh dikatakan saya gunakan cili kisar & bwg hampir separuh periuk jika kuahnya ingin dijadikan penuh periuk. Mak Mertua saya juga cukup suka asam pedas ni, dia akan request saya masak banyak² & akan dipack semula utk sekali masak. Bila teringin nak makan dia just panaskan & tambahkan ikan & bendi aje.
2 comments:
kite suke nie...nak try jgklah..
Sila cuba sis..
Post a Comment