Tumis Tempoyak

Tuesday, October 11, 2011
Weekend baru² ni balik Jengka.  Dalam banyak² masakan, ini aje yg saya ambil gambarnya.  Inipun nasib baiklah terajin sikit.  Nama masakan ni saya tak pasti.  Saya jatuh hati dengan masakan ni selepas jiran hantar ke rumah mak.  Masakan ni kepunyaan orang Pahang, jadi tempoyak pastinya bahan utama.  Nak buatnya senang teramat, makannya pula sedap teramat.. hehehe..

Bahan² - cili padi, kunyit, tempoyak, ikan bilis, petai (jika suka) & bawang besar.

Tumbuk cili padi (5-10 biji ikut tahap kepedasan masing²) bersama kunyit hidup (1cm).  Kalau takde guna je kunyit serbuk. Then masukkan tempoyak 3 sudu besar & tenyeh² dengan lesung utk hancurkan sebarang ketulan..
Tumiskan dengan sedikit minyak... agak² sampai wangi.
Masukkan ikan bilis, petai & bawang besar.  Boleh juga gantikan petai dengan terung pipit. Jangan lupa perasakan dengan garam & juga gula jika suka. 
Senang sangat kan?  Oh ye.. satu tips masakan dari orang Pahang - mereka tidak gunakan bawang dalam masakan tempoyak (just cili padi & kunyit aje).  Cara ni juga diguna pakai utk Masak Tempoyak cara Pahang.  Simply rebuskan cili, kunyit & tempoyak (ditumbuk macam tadi) & tambahkan asam keping serta daun kesum.  Masak tempoyak ni boleh gunakan apa saja sebagai bahan, selain pelbagai jenis ikan, ayam pun ok.  Kalau di area Temerloh ni pastinya ikan Patin jadi pilihan!!

2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: October 12, 2011 at 6:01 AM said...

saya pernah makan lauk ni versi tapah....tapi tak ada petai, tu je beza..bg saya ok la sebab sy mmg tak suka bau petai...tapi ape pun menarik makanan ni...

{ Kina } at: October 12, 2011 at 11:16 PM said...

kalau tak suka petai boleh ganti terung pipit or guna bilis aje. saya memang hantu petai... kalau boleh semua nak letak petai. tapi husband x suka baunya, so sy hanya makan kalau balik kg aje laa..

Post a Comment