Chicken Gravy

Friday, October 7, 2011
Roasted Chicken & gravy
 Seperti biasa saya suka perapkan ayam dengan garlic (diketuk), black pepper, thyme & perahan lemon.  Perap ayam at least 1/2 jam  sebelum dibakar.  Saya bakar pada suhu 190c selama 45 minit

Saya susun carrot, onion & kentang yg dipotong di bawah ayam & bakar (boleh letak sayur lain jika suka).  Ini utk mendapatkan rasa  utk  gravy ayam nanti
Gravy... selepas dibakar, ambil air ayam yg terhasil.  Air ayam ni dah ada rasa bawang & spices tadi tu just tambahkan sedikit tepung gandum utk pekatkan (jika bimbg beketul, gaul dgn sedikit air).  Saya suka tambah bay leave & renjiskan mixed herb di dalam gravy ni.  Kalau bimbang kuah tak cukup, tambahkan stok ayam & air & perasakan dengan garam & blackpepper. 
Cara paling shortcut nak buat kuah ni macam entry dulu²... gunakan stok ayam yg direbus dgn air bagi gantikan air ayam asli ni.  Tapi pastinya cara ini lebih sedap & lebih berlemak (maklumlah terhasil dari lemak² ayam yg cair).. hehehe...

Ohh.. hampir lupa nak bagi pesanan.  Teknik potato saya ni tak menjadi.. saya ingatkan boleh shortcut buat macam ni.  Malangnya potato saya ni agak kurg empuk.  Nampaknya kena buat whipped potato or wedges juga lah...

0 comments:

Post a Comment