Hummus & Lebanese Bread di Tarbush, Bukit Bintang |
Resepi ni saya cilok dari sini http://www.mediterrasian.com/delicious_recipes_hummus.htm or
(cara tradisional) http://humus101.com/EN/2006/10/14/hummus-recipe/
2 cloves garlic—roughly chopped |
¼ cup lemon juice |
¼ cup water |
14 oz (400g) canned chickpeas (garbanzo beans)—rinsed and drained |
½ cup tahini (bijan- nanti saya bgtau cara membuatnya) |
1 teaspoon sea salt |
PLACE all ingredients in a food processor or blender and process until smooth, scraping the sides occasionally.
Variations: Drizzle a little extra virgin olive oil over the hummus and sprinkle with a small amount of paprika. And If you like a spicier hummus, add a small red chili (chopped) or a pinch of cayenne pepper, or try a little cumin for a more exotic variation.
Tip: Prepare extra quantities of this hummus—it can be refrigerated, covered, for up to 1 week and frozen for up to 3 months.
Saya gunakan chickpeas/garbenzo beans (kacang kuda) dlm tin jenama Kimball (buang airnya). Then masukkan semua bahan² tadi dalam food processor & kisar. Dah siap, renjis²kan olive oil di atasnya. Ready dimakan....
Tahini ni sebenarnya sesame seed paste. Masa mula² jumpa resepi ni dulu puas saya pusing merata shopping complex cari Tahini. Last² terjumpa di Bangsar. Sebotol kecil (sekitar 300gm) harganya lebih RM25!!! Mak aiii... baik pegi beli hummus yg dah siap kat kedai arab aje... Tak jadilah nak beli. Ye lah, beli mahal² nak gunanya sikit aje. Menjadinya belum tentu. Tak berani ambik risk, kang berkulat macam tu aje...
Selepas dirisik sana sini barulah saya tau, senang aje nak buat tahini ni. Caranya :
Roast / panggang bijan dalam oven 180c selama 5-8 minit (hingga perang)
atau
Goreng tanpa minyak dalam kuali
Blend bijan tadi bersama minyak zaitun. Utk anggar minyak zaitun, cukuplah sekadar utk jadikan bijan tu pes. Sikit or banyak tak kisah sgt, janji senang dikisar. Siap! Boleh dicampur di dalam hummus & simpan dalam peti kalau ada baki.
Jangan ragu² nak gunakan minyak zaiton. Minyak ni amat menyihatkan jika dimakan mentah berbanding minyak² lain. Olive oil ni nak makan byk² pun takpe, takde health risk tau. Tapi tidak sesuai utk deep fry sebab molekul minyaknya tak sama macam minyak sawit tu. So kalau nak masak atau menumis, gunakan api perlahan aje. Time buat salad or sandwich renjiskan olive oil ni dalam salad tu utk lg sedap.
Kalau ragu² akan rasa hummus ni, try dulu makan kat mana² restoran arab. Restoran yg biasa saya pergi ialah Saba seberang LRT Setiawangsa. Makanannya memang sedap. Baru² ni saya sempat ambil gambar semasa menjamu selera di sana. Nanti saya korek dr hp husband. Harap² dia simpanlah.
Tarbush Bukit Bintang tu pula ok juga, tapi harganya tak berapa ok.. hehehe.. secangkir kopi Arab harganya RM10. Set spring chicken (half), fries & lebanese bread dah dekat RM30... hehehe.. tapi kalau nak rasa sama taraf dengan Agong, Siti Nurhaliza, Chef Wan... dtgla sini sbb muka dorg ni terpampang² jadi customer kat sana.
2 comments:
Salam,
Bijan yang perlu dipanggang ntu berapa gram ye? TQ Sis
salam.. saya agak2 aje. nak pakai beberapa sudu aje, try anggar dlm segenggam or 1/4 cup. kalau sikit sangat bimbang susah pula nak kisar. Agak-agak boleh jalan mesin kita tu.. :)
Post a Comment