Baby & Ieqa dah tak demam. Tinggal Tiha aje lagi, dari Jumaat saya bagi dia ponteng. Malam ni naik pula suhunya, jadi esok ponteng lagi lah. Bimbang suhunya tinggi time kat sekolah nanti.
Misha masih bertarung dengan alergik nya. Last week saya bawak Misha jumpa pakar coz mata kanannya bengkak & merah. Pagi-pagi mesti takleh buka sbb penuh dgn tahi mata keras. Since masa tu dia pun demam, jadi saya bimbang juga dia ni kena infection bukan². Dahla start diarrhea plak... Kalau setakat demam panas biasa, saya takde la sibuk bawak ke pakar kan...
Lepas jumpa pakar, baru dapat tau... Misha alergik kucing. Sama macam kakak-kakaknya, tapi kesan alergiknya remain walaupun dah lebih 4 hari exposed dengan kucing. Kan rumah parent saya banyak kucing, jadi esposure tu memang takleh nak elak. Patutla dia macam perangai sikit kat kampung kali ni, saya ingatkan sbb demamnya. Rupanya alahannya semakin teruk.
Akibat dari alahan tu, matanya terkena infection pulak.. since mata kanannya memang selalu berair (mmg dah lama saya pelik). Ikut kata paed, kedudukan saluran air mata dia yg buatkan matanya selalu berair & senang terkena infection tu. So now kena treat dulu alergi tu then baru le matanya akan ok. Dia kena makan 3 jenis ubat & ambil masa almost 2 minggu juga le untuk recover.
Weekend baru ni saya terpaksa balik ke Jengka semula. Walaupun memang berjaga-jaga tak bagi dia sentuh kucing, saya nampak matanya makin merah. Bengkaknya makin teruk.. dia pun nampak rimas sbb hidung mula berair. So malam sabtu tu kami terus balik KL, kesian tengok condition Misha macam tu. Sensitif betul dia dengan kucing ye...
Alhamdulillah.. after 24hours kat KL matanya dah tak merah & bengkak sangat. Still nampak sepet, tapi tak membimbangkan sangat. Ubat pun continue macam biasa. Nasib baik Misha ni senang makan ubat tak macam kakak²... hehehe...
Kali ni saya just nak share resepi agar² peach ni. Saya buat ni masa Ieqa demam tonsil, jadi senang dia nak makan. Tapi macam banyak sgt, jenuh jugakla we all nak perabih. Lagipun saya & suami lagi suka cocktail pudding... jadi for the sake of 'tak nak membazir', perabis juga la... hehehe
Saya bagi tugas kepada Tiha untuk susun peaches.. sambil tu saya masak agar-agar. |
Tuang atas peach, sejukkan & simpan dalam peti (basahkan dulu bekas dengan air supaya agar² tu senang lekang nanti) |
Dah sejuk.. sedia dipotong.. (boleh tahan huru-hara susunan peach Tiha ni..) |
Resepi : Agar-Agar Peach
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
1 tin Peach Slices in Syrup - Amie guna jenama Ayam Brand
1 tin susu krimer sejat - Amie gunakan F&N
air (campur bersama syrup peach dan susu krimer menjadi 1 liter)
3 sudu makan gula pasir
setitik pewarna kuning telur
acuan agar-agar
Cara:
1. Susun buah peach di dasar acuan agar-agar. Ketepikan.
2. Campurkan syrup peach bersama 1 tin susu krimer sejat dan tambahkan air sehingga mencapai sukatan 1 liter.
3. Masukkan campuran 2 tadi ke dalam periuk dan tambahkan serbuk agar-agar serta gula pasir dan titikkan pewarna kuning telur.
4. Masak hingga mendidih.
5. Tuangkan bahan yang dimasak ke dalam acuan agar-agar yang berisi susunan buah peach.
6. Biarkan seju dan membeku.
7. Untuk rasa lebih enak, simpan terlebih dahulu di dalam peti sejuk sebelum di nikmati.
0 comments:
Post a Comment