The Curve

Wednesday, May 8, 2013
Lama dah tak pegi The Curve... biasa kalau ke sini asyik ke IKEA aje.  Lagipun budak-budak ni tak penah sampai ke sini lagi.  Mama & Baba dah biasa sgt dgn area ni dulu².  Macam biasa, Jumaat petang hari santai & shopping kami.  Nak elak orang ramai & boleh bermalas-malasan kat rumah aje sepanjang weekend...

Berjalan-jalan sambil mencari makan
Panas rupanya bejalan kat luar ni sesiang camni.  Bahang semacam... 

Lepas mundar-mandir, last-last layan O'briens aje... kebanyakkan kedai takde tanda halal or tak menarik perhatian kami.. hehehe...
Lepas makan, masuk meronda serata alam.. tup-tup dah nak malam... budak-budak ni nampak pokok berlampu-lampu.. haa.. kemain excited.  Nak cari tempat dinner, macam takde pot yg kami suka.  Jadi kena cari kat tempat lain le nampaknya...


Dalam syok berlari tengok lampu, dengar alunan muzik Scotland.  Ala-ala tema Brave Heart gitu... makin laju la budak-budak ni berlari sambil mencari
Rupanya ada live performance.  Band ni berpakaian tradisional Scotland sambil bermain alat muzik Scotland.  Macam kat oversea plak...




Dah habis performance baru semua org berganjak.  Ala sempat layan kejap je... agaknya dah lama they all perform, kitaorg yg tak sedar. 
Sibuk nak bergambar depan fountain... Your wish is granted!!
Ada lagi satu sebab kami berjalan kat sekitar ni.  Kononnya nak cari cereal & cheese yg pelbagai sikit.. tapi betapa sengalnya sbb tak tau dekat The Curve ni takde jual barang-barang cenggitu.. hehehe... Jadi tukar plan...

Kami nak try menyopping dekat Tesco la plak lepas ni.  Tesco kat area ni bukak sampai 1 a.m, boleh shopping sampai midnite.. I suka sangatlah... heheheh...

So park dekat Tesco, jalan kaki makan kat Mc D (semua kedai makan dalam Tesco dah tutup!!).  Harap maklum, Tesco aje yg tutup lewat tu ye. Kedai yg lain tutup macam biasa.  Hampeh!! 

Lepas makan, semua kanak² ribena habis bateri.  Awal betul bateri korang weak arini ye.  Jadi kami campak Ieqa & Tiha dalam trolley, lapik Diapers pek besar tu.  Tido la korg.  Misha lak ada stroller sendiri, so no hal... hehehe

Shopping la Baba & Mama dengan aman.  Takde gangguan orang ramai & juga anak-anak!!! Sukaaa.. (tapi sebenarnya Baba & Mama pun pancit jugak,  time shopping tu dah macam zombie.. main grab je barang tanpa perasaan.. tup..tup dengar announcement Tesco dah nak tutup!!).

Adehh.. tak mau le shopping kat sini lagi.  Frankly saya kurang suka shopping kat Tesco Mutiara Damansara ni sebab kat tempat barang basahnya teramatlah sadis.. semuanya dah rosak or kosong aje raknya.. tak syiok!

0 comments:

Post a Comment