Bersawang...

Friday, May 31, 2013
Alahai. kembali bersawang la blog saya.  Memang schedule huru-hara sikit 2-3 minggu kebelakangan ni.  Saya tengah usahakan sesuatu untuk dapatkan balik hak saya.  Saya ni tak suka orang yang ambil mudah bab wang ringgit & harta benda orang lain.  Walaupun nilainya sesen, tapi ianya tetap hak kita.  Saya yakin tuhan akan memberikan jalannya, cuma usahanya mestilah dari pihak kita.

Esok saya akan ke Fraser's Hill bawak kanak-kanak kaki jalan ni ke sana.  Asalnya langsung takde plan nak vacation ke mana-mana cuti ni.  Nak kurangkan sikit aktiviti bercuti jauh² ni, mostly dah dekat nak masuk Ramadhan.. budget kena jaga beb.  Bulan puasa cafe ditutup,  setakat bazar takde la lumayan mana,  lepas bayar gaji staf je pon.. :( ..

Tapi nak jadi cerita, parent in law ajak ke sana beramai².  As usual, father in law la jadi tukang sponsor.  Asalnya nak pergi 2 hari, tapi ada plak yg tak available, jadi pegi le sehari aje.

Lepas bincang² dengan suami, we all plan pegi awal sehari dari orang lain.. hehehe.. kesian plak budak² ni tak sempat membuas sangat nanti.  Baru je booking Shahzan Inn Fraser's Hill.. dalam dok jimat, bedebuk caj RM211.00 dalam kad.. hehehe.. jimat la sangatkan.

Actually nak booking Puncak Inn sebab cheaper & hotel pon cantik sebab masih baru .  Tapi penuh beb!  Takpelah.. kita try hotel lain pulak.  Entah² jatuh hati dengan hotel ni pulak ke kan.. (tapi harganya tak berapa nak jatuh hati..)..

Apapon kita tengok servis yg ditawar dulu rite..  Berbaloi tak dengan rate nya tu.. Lepas vacation, struggling study law & cari resolution terbaik untuk kes saya ni.  Moga semuanya dipermudahkan.


0 comments:

Post a Comment