Dalam minggu lepas kami menerima berita yang amat mengejutkan, jiran sebelah kami telahpun menghadap Ilahi. Innalillah to my neighbour or Uncle Shah panggilan anak² kepada arwah.
Ya Allah, terjawablah kenapa Suami tak dapat hubungi arwah sejak sebulan dulu. Saya sendiri ada ' bad instinct ' bila Shah tiba² aje menghilang. Biasanya jika dia ke mana² atau meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama, pasti dia maklumkan kami. Jadi bila tengok rumahnya berkunci dari luar, kami mula tak sedap hati. Suami pun ada menghantar sms, Wassap & call, langsung tak dapat reach.
Sebenarnya kami memang sentiasa memantau keadaan arwah. Beberapa bulan yang lalu, Suami menjadi rapat dengan arwah. Jika sebelum ni, kami hanya sekadar bersapa jika berselisih & sekali sekala menghantar makanan ke umah Arwah.
Selama ni kami tengok walaupun bujang, life nya serba lengkap (ye lah mampu memakai kereta mewah & lifenya cukup stabil). Arwah juga nampak lebih muda dari usia, kami sangkakan umurnya sekitar 30an, rupa²nya dah 51 tahun! Memang tak disangka sungguh! Bertambah jelous bila tengok Arwah hanya bekerja di rumah (jelous yang baikle, bukan dengki tau). Arwah ni kerjanya Interrior Designer, jadi hiasan dalaman rumahnya tersangatlah cantik. Anak² saya bukan main jakun lagi bila berpeluang masuk rumah Uncle Shah. Ieqa tak berhenti² bagitau rumah Uncle Shah macam hotel.. Ieqa²... bab² over, bagilah kat dia.
Tapi
beberapa bulan yang lepas, Arwah buat pengakuan yang dia jatuh sakit. Malahan dia tidak larat pun nak ke mana², hanya sekadar berlegar
di dalam rumah. Memang kasihan betul kami mendengarnya. Jadi kami Suami Isteri berbincang untuk menawarkan diri membantu dia seboleh mungkin. Di antaranya Suami tolong panaskan enjin keretanya, menghantar makanan hampir setiap hari, buangkan sampah (rumahnya sentiasa bersih kerana ada Cleaner datang sekali sekala). Sebelum ni dia tak pernah minta tolong, mungkin segan agaknya tapi kami boleh agak sendiri apa yang dia perlu & tawarkan diri untuk menolong.
Pernah juga satu malam tu tiba² dia call Suami minta datang ke rumah, kelam kabut Suami tekan loceng rumahnya. Bila saya tanya "kenapa Shah panggil malam² ?", rupa²nya Arwah minta suami setkan alat suntikan insulinnya kerana dia tak nampak dengan jelas. Panik juga kami. Iyelah.. Suami cakap Arwah memang nampak weak, berjalan pun seakan² menyeret kaki. Yang paling kami runsing, dia tinggal bujang di rumah tu.
Jadi sepanjang kehilangan arwah, kami memang tertanya² ke mana arwah pergi. Sehinggalah minggu lepas bila kami nampak banyak kasut di depan pintu rumah arwah. Saya minta Suami ketuk rumahnya & tanya keadaan Shah. Rupa²nya ahli keluarga arwah datang untuk mengemas barang²nya. Keluarga arwah maklumkan arwah meninggal dunia lebih sebulan lepas. Diabetes arwah di tahap teruk, tanpa dia sedar sebelah ginjalnya dahpun rosak. Doktor juga dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan jantungnya. 4 hari selepas dimasukkan di IJN, arwah pun meninggal.
Semoga Uncle Shah tenang di sana... Al Fatihah
Hargailah mereka² di sekeliling kita selagi ada...
2 comments:
Banyak nampaknya kematian dalam masa terdekat ni. Keluarga saya dah ada 4 kematian dalam masa 3 bulan ni, sungguh menginsafkan..
Ajal.. tidak seminit awal dan tidak seminit terkemudian..
Innalillah.. Al-Fatihah
Post a Comment