PENAMBAH SELERA BARU

Thursday, November 27, 2014
Haa.. ni roti sarang lebah semalam.  Buat sebab nak penuhkan hajat anak² yang teringin roti ni masa saya bawak balik Jengka hari tu.  Kali ni pun saya buat 2 adunan & hantar kat MIL sikit.  Kali ni paling saya puashati sebab sosnya tak terlalu pekat macam yang saya bawak balik Jengka haritu.  Masa tu ada technical error sikit.. 
Tiapkali nak buat roti ni, mesti saya kena refer entry lama ni.  Bila tengok gambar roti sarang lebah yang mula² saya buat tu, segannya rasa!  Tah pehapa je rupanya... heheheh.. Memang nampak tak menyelerakan langsung! Dahla sosnya gelap semacam (saya buat karamel instead of guna brown sugar). Walaupun banyak perbezaannya, dari segi rasa, tetap sedap.
Bee hive bread yang tengah disejukkan sebelum bertandang ke rumah MIL

Yang ni pula untuk di rumah.. Siap tengahari, petang tu juga licin. Baba sempat makan berapa biji aje.  Nampak gayanya nak kena buat lagi dalam tempoh terdekat ni...


 Ni pula penambah selera baru saya, Budu!  Sedap betul layan nasi dengan budu.  Nak ikutkan saya suka juga sambal belacan & air asam.  Tapi malas nak membuatnya (lagi satu, saya tak terror buat sambal belacan, asyik tak sedap je... frust tau).  Pastu takde geng nak join sebab Suami memang tak makan ulam, tempoyak dan sebagainya tu.  Bila balik ke Jengka, nampak Mak makan budu, terus saya mintak sebotol!  Haaaa... bolehlah saya makan budu selalu di rumah.  Mula la rasa nak menambah² nasi.
Budu yang ditambah bawang, cili padi & perahan limau nipis.  Sedap berhantu ni... Boleh bawak mengigau... :)




2 comments:

{ Shamsiah Abdul Rahman } at: November 27, 2014 at 6:26 PM said...

Budu..
Anak K.Sham siap buat macam "kuah"..
Memang sedap berhantu..

{ Kina } at: December 19, 2014 at 3:16 AM said...

Hahaha.. ni baru betul peminat budu!!!

Post a Comment