CUCUR MANIS KEMBONG

Tuesday, November 4, 2014
Sebelum share resepi, nak tayang rupa Spaghetti Baba... 
Naik muak menengoknya... banyak betul cheese ditaburnya... 
My husband memang hantu cheese, jadi menurun dekat anak².  Saya sukalah jugak dengan cheese, tapi takde lah over sampai cenggitu.  Dahla badan masih belum turun ke berat ideal lagi, gara² suka sangat makan benda manis & berlemak sepanjang mengandung hari tu.. Haaa.. terima lah akibatnya kan..

Hari ni nak share cucur manis kembong yang saya ternampak dari blog Kak Ita Masam Manis yang meletops tu.  Ikut kata Kak Ita cucur ni jadi fenomena kat FB.  Ohh.. ye ke?  Saya dah jarang bukak FB tu yg asyik ketinggalan zaman.  Sebelum ni saya biasa buat Cucur Manis guna fresh milk untuk anak² macam ni .  Kali ni saya saja nak try resepi ni pulak...

Cucur Manis Kembong... Saya tak bulat²kan.. just goreng macam jemput² sbb anak² suka gigit bhgn yg berkerak tu...
Bahannya pun mudah aje :

CUCUR MANIS KEMBONG
Resepi Oleh : Noraslinda Bugal

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam

Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
Tuangkan air panas, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
Biarkan doh sejuk

Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat

1. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

2. Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.
Sedia di nikmati.


Oh ye.. saya buat ni untuk anak² sbb saya kurang suka cucur manis or something yang manis untuk sarapan.  Untuk diri sendiri, saya buat cucur bilis.  Bila dah siap, saya tumpang sekaki makan sebab macam best la plak.  Kenyal² & tidak terlalu manis.  Saya buat 2 cawan aje.. Tu pun dah banyak dapatnya.  Tapi my husband prefer cucur manis yang biasa saya buat tu lagi sebab dia memang tak suka benda² yg kenyal.  Tak kisahla tu... dia takleh komplen lebih² coz I'm the cook & the majority wins!  Hehehe... 




0 comments:

Post a Comment