Jumaat lepas gigih membuat roti sarang lebah / bee hive bread untuk bawak balik Jengka. Dah lama Adik Ipar dok tanya macam mana rasanya roti ni & nampak macam teringin sangat nak merasa. Sebenarnya tak susah nak buat roti ni. Tambah² kalau guna BM :) . Tapi buat masa sekarang ni, memang saya susah nak berlama² di dapur since ada 2 baby notti yang tiba² je nak perhatian. Saya memang kurang suka kalau time memasak, ada gangguan sana-sini, kadang² boleh hilang mood jadinya. Tu yang saya tak ke dapur sangat kalau Suami takde menjaga anak².
Jumaat lepas, memang 'bercinta' jugaklah nak siapkan roti ni, mujurlah berjaya jugak siap tanpa terjadi incident yang bukan².. hehehe.. (selain dari Misha yang terkencing atas katil time tidur.. Uuuwwaaaa)..
|
Saya buat 2 adunan & bahagikan kepada 3 bekas ni. Bekas ni saya beli di Bagus, RM3.90/5 pieces. Memang praktikal sangat sebab lepas diuli terus naikkan & ditutup dengan penutup, kemudian bakar. Bekasnya pun comel, sesuai untuk diberi kepada orang. |
|
Lepas setengah jam.. dah naik pun |
|
Sementara naikkan tu, saya sediakan butterscotch sauce. Kali ni saya ikut resepi, takbuat karamel macam sebelum² ni. |
|
Dah masak pun rotiku. Tak letak kekacang pun.. Since tak dimakan terus, jadi saya tak siram butterscotch tu dulu |
|
Untuk kekalkan kelembapan roti, semasa roti tengah panas, saya sapukan butter. Ini taktik untuk elakkan permukaan roti mengering. Senang ajekan... |
Alhamdulillah... semua orang enjoy dengan rasa roti ni. Adik Ipar pun berkali² makan. Tiha pun sibuk nak, tapi saya tak bagi sebab nampak everybody makan dengan bersungguh. Kakak Ipar dengan anak² siap makan 3 ketul seorang! Bila tengok macam tu, rasa berbaloi saya bersilat di dapur hari tu. Kalau ikutkan tiapkali balik Jengka saya nak buatkan roti or dessert yang best untuk family coz di sana susah diorang nak merasa benda² macam ni. Tapi kena tunggu si Shumaila tu besar sikit, kalau tak memang Baba takde masa nak rest plak.
Kalau nak try kesedapan roti sarang lebah ni boleh refer pada entry lama saya di
sini ye.
0 comments:
Post a Comment