DONUT GEBU TANPA WATER ROUX

Friday, November 7, 2014
Sejak suka meroti, pantang betul saya nampak resepi donut yang gebu, gatal je tangan ni nak mencuba.  Donut tergebu yang pernah saya buat ialah jenis water roux ni.  Cuma kalau terasa malas nak buat water roux, ada alternatif baru.  Resepi donut ni saya dapat dari dapur Rima.  Kalau uolls tengok rupa donut Rima ni, tau lah korang kenapa saya nak cuba jugak resepi ni walau dah pelbagai resepi saya dah cuba. 

Masa buat ni, saya tengah menanti kawan lama saya semasa belajar di UUM dulu.  Dia datang dengan anak².. since masa tau dia nak datang tu agak last minute, ini ajelahkuih yang saya rasa mdah pun.  Untuk berat, saya jamu dengan Nasi Lemak sambal sotong.  Lepas makan nasi lemak, saya panggil Tiha minta dia menerap donut.  Saya nak kemas² dapur sambil layan tetamu.  Inilah hasilnya....
Yang ni saya celup dengan coklat, coklat ni tak begitu shining coz dah berkali² dicairkan (baki dari peti)..

Donut yang dah goreng... Lupa nak snap gambar, banyak yang dah kena kidnap, tu yang dah rompong...

Donut sedang dinaikkan... Hasil tangan Tiha nampaknya makin cantik, tak senget macam selalu.. hehehe...
Sebaik aje donut siap, terus saya goreng & mintak Tiha hidangkan sementara saya settlekan urusan dapur.  Memang banyak hasil donut ni (500gram tepung kan), jadi saya goreng separuh aje... tapi tak lama lepas tu saya dengar suara² dari living.. "Nak donut...Nak donut..."... then baru dengar Tiha jerit beritahu donut dah hampir habis!  Ehhh... 1/2kilo donut korang baham?.. hahaha... Riang hatiku.. Dengan bersemangatnya saya gorengkan kesemua baki donut tu, habis cerita!  Bakinya saya bungkuskan untuk kawan saya bawa balik.  Seronok tengok anak²nya kemain suka dengan donut ni. 

Kalau siapa nak cuba, boleh ikut resepi di bawah ni ye.... (saya copypaste dari blog Kak Yatie resepinya)...

Bahan :

  • 500gm tepung roti
  • 100gm gula halus
  • 11gm instant yeast
  • 4 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 100gm magerine / butter
  • 1 sudu kecil garam
Untuk Hiasan :
  • 200g Chocolat masakan - cairkan
  • 100g kepingan Almond
Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang.
  5. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  6. Rehat doh semula 20 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  8. Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera. 
*  Jangan terkejut dengan penggunaan 4 kuning telur dalam resepi ni.  Resepi ni hampir sama aje dengan donut water roux tu.  Baki putih telur tu jangan dibuang, biasanya saya campurkan dalam sayur atau semasa menggoreng mee dsbgnya.

0 comments:

Post a Comment