STEAMED FISH (CHINESE STYLE) / IKAN KUKUS ALA CINA

Thursday, November 20, 2014
Semasa ke fishery baru² ni, saya hanya beli satu jenis ikan aje.  Memang tak banyak pilihan pun yang ada.  Tapi bila pekerja kat fishery tu dok cakap... "U try dulu kasi tengok, sekali U makan pasti teringat².  U tak mau makan ikan pasar lagi dah tau!".  Amboii.. kempen sakan nooo... 

Alang² dah sampai pun kan, jadi saya beli lah jugak Ikan Bawal Putih ni sekilo.  Saya ni bukan makan ikan pun, beli untuk Baba & Tiha.  Kalau tiba² saya terasa terigin nak rasa, bagus jugak.  Dah lama saya paksa diri belajar makan ikan, tapi susah betul tekak ni nak terima.

Dekat fishery kedua ni saya 'terbeli' juga udang lipan (yang sudah dikopek kulit RM20.00) dan juga udang kering yang kelihatan amat segar RM10.00.  Masa beli ni, Chinese guy yang entertain saya tu siap pesan, ikan tu masak stim untuk dapat rasa keenakannya.  Udang tu pula disuruh celup tepung.  Okaylah Tan (rasanyalah namanya Tan.. heheeh).. Nanti saya cuba ye..

3 ekor ikan bawal putih yang sudah disiang & dibuang sisik.. Ehh.. macam ikan cermin pulak ye.  Ikan ni langsung takde bau hanyir.  Kurang pasti lah sebab ikan ni fresh or spesis ikan ni memang takde bau.  Tapi si Tan asyik highlight ikan di pasar tu dah letak ubat, tekstur & rasanya takkan sama kalau beli direct di fishery.
Saya refer video bawah ni untuk buat ikan stim.  Boleh juga refer blog Kak Azie yang memasak ikan stim yang hampir sama dengan video tu, cuma dalam youtube tu tak letak bawang putih. 

Saya susun halia & sedikit daun bawang atas pinggan kukusan

Susun ikan & susun lagi halia untuk hilangkan hanyir ikan tu.  Kukuskan selama 8-10 minit aje.  Dah siap kukus, buangkan air yang terkumpul di bawah ikan.  Jika mengikut panduan para blogger Cina, air tu tak sedap pun untuk dimakan, malahan ianya adalah kesan hanyir yang turun dari ikan. 
 Kemudian siramkan sedikit minyak masak yang sudah dipanaskan di atas ikan untuk menghasilkan ikan yang cantik berkilat.

Siramkan pula campuran kicap yang telah disediakan & tabur daun bawang serta hirisan cili jika suka.  Siap!
Kicap cair yang dicampur halia, sedikit gula & lada sulah.  Dalam resepi asal dicampur juga 'chinese wine' tapi bolehlah diganti dengan stok ayam (saya letak sedikit sos tiram).

Ikan yang dah siap dimasak.  By rite kena taburkan daun bawang segar untuk nampak lagi menarik.  Tapi tak nak bazirkan daun bawang, buat apa letak kalau tak nak makan daun tu kan... :P
Resepi ni nampak simple tapi sedap!  Elok je masak, saya panggil Suami, minta dia rasa sementara masih panas.  Lepas menyuap ke mulut, dia diam aje... suspense jugak saya... tiba² dia cakap.. "Mmmm.. sedapnya.. really² sedap.. memang manis ikannya.  Setakat 2 ekor selamba aje Baba ratah ni".  Kemudian saya panggil pula Tiha rasa... terjerit² dia cakap sedap sambil dok cakap tak sabarnya nak makan nasi.  Dan pastinya seekor bawal tu habis dibalunnya seorang! Tak dinafikan isi ikan tetap kenyal walaupun sudah dimasak, tidak mudah hancur mcm ikan² yang saya biasa masak tu.  Harap² kami berpeluang lagi ke sana untuk memborong seafoods segar.

Saya pula?  Pastinya mencuba juga secubit.  Memang takde hanyir, tapi tetap tak suka ikan.  Bilalah agaknya saya akan berjaya makan ikan ye.. :(



2 comments:

{ Unknown } at: November 26, 2014 at 11:28 AM said...

As Salam. Fishery tu kt mana? Saya nk try pergi. Tq lin

{ Kina } at: November 26, 2014 at 6:07 PM said...

Wsalam.. Fishery ni di area Sg Yu Kuala Selangor. Saya tak pandai nak bgtau detail ttg lokasi. Nanti saya cuba paste kan koordinatnya ye..

Post a Comment