Minggu lepas agak havoc sikit sebab bimbangkan si Misha yang mengadu sakit di bahagian lutut. Mulanya kami biarkan aje... tapi bila tengok kemain teruk dia meraung kesakitan tiapkali sakitnya datang, mulalah kami bimbang.
Isnin tu kami ke Tawakal untuk jumpa Dr Zarin Akmal since dah buat appointment dr minggu lepas lagi dah. Terkejutnya kami bila Asstnya bgtau yang masih ada berpuluh² patient lagi tengah menunggu. Geram la jugak, kenapa tak arrange betul² berapa appointment yang boleh diambil sehari. Bukannya senang kami nak datang ke sini, dengan Suami kena tinggalkan cafe, pontengkan Tiha dari sekolah dll... Jadi terpaksalah kami cancel aje sebab ikut kata Asst nya, by 7.00 pm pun belum tentu dapat turn.
Esoknya kami ke Klinik pakar di Desa Melawati. Ohh.. baru kami tau kewujudan klinik pakar ni selepas dimaklumkan oleh Prof Rohana semasa Shumaila di NICU HUKM dulu. Dia cakap kawannya ada buka klinik di Desa Melawati.. bila kami survey... Laa.. dekat aje dengan rumah kami. Dr Hasmawati namanya. Tapi Dr pun tak boleh conclude apa² coz di lututnya memang takde kesan bengkak, merah, luka dll. Dr cakap try lah perbanyakkan makan pisang untuk tambah potassium nya & bagi ubat tahan sakit serta ubat sapu.
Tapi Rabu & Khamis tu dia meraung sakit lagi. Kali ni macam makin teruk sakitnya. Saya call pula UKMSC, entah apa kenanya, telefon tak berangkat. Jadi saya call pula UMSC untuk buat appt dengan pakar. Dapatlah kami bertemu Pakar Paed & Ortopedik pada Jumaatnya. Lepas memerhati lutut Misha.. conclusionnya tetap sama... there's nothing there... Saya just tanya possibility Cancer or etc sebab cancer kan suka menyerang bahagian lutut... Dr cakap she's too young to get that.. Lega rasa... Jadi uknown pain tu tetap menjadi misteri. Cuma lega sikit since kami dah jumpa 2 pakar & dapat jawapan yang sama. InsyaAllah just 'growing pain' je la tu kot...
Lepas settle di UMSC kami bergegas ambik Tiha di rumah Wawan & berdinner sebelum bertolak ke Jengka. Oh.. set dinner kami yang kat bawah ni ialah set supper yang start jam 10.00 malam. Kalau order set ni lebih murah dari ala carte. Tiha nak kan set noodle, jadi kami tunggu set ni start. Sebelum tu kami ke Senheng mengambil barang yang dah lama saya tunggu & melayan si Ah Choon sambil membelek barang di sana.
Dah banyak kali ke sini.. tapi sebab takde entry nak letak, share ajelah dinner kami baru² ni.. hehehehe... Ehh. panjang betul intronya... nak tunjuk gambar set supper ni je pon!.. hahahaha...
Dry noodle Tiha... didatangkan dengan sup & wantan (takde dalam gambar) |
Yang Baba... Ieqa & Misha request half boiled egg aje (add on menu) sambil² share noodle Mama & Kak Tiha |
0 comments:
Post a Comment