KUIH BELIMBING

Monday, November 17, 2014
Kuih belimbing yg saya buat ptg tadi sambil melayan movie dgn anak2.  Skrg ni cuaca mendung, sejukkk je.. Alhamdulillah, nyaman sangat.  Bila cuaca sejuk mcm ni, mood minum petang pon datang. Biasanya kami jrg minum petang sbb lunch pun dah lewat.  

Tadi pun kami lunch dah hampir jam 4 ptg, patutnya perut masih full lagi.  Tp bila fikir dah byk kali plan nak buat, saya teruskanlah hasrat tu.  Lagipun simple aje proses buat kuih ni.

Oh ye.. Saya agak terkejut bila blogger ckp kuih ni berasal dr Terengganu sbb kuih ni sebijik macam churros (Mexican fritters).  Proses pembuatannya pun sama.  Pelanduk dua serupa agaknya.. Hehehe..

Kuih ni saya sadur dgn gula yg diletak sedikit cinnamon powder.  Separuh lagi saya tak letak apa2 coz nak cicah dgn salted caramel.  Hahh.. Apa lagi, tak lakulah yg bersalut gula tu.  Semua berebut yg kosong sbb mmg sedap bila dicelup dgn salted caramel tu.

Resepinya simple sgt.. Uoals google lah ye.. Lps mkn, saya takde lah enjoy sgt dgn kuih ni.  Kami prefer cream puff lg kot (proses pembuatannya sama je).

Oklah.. Esok kalau ada kerajinan dan kelapangan, saya nak share aktiviti kami Sabtu yg lepas.  Dah lama juga kami tak merayap kan.  Jadi Sabtu lepas kami buat aktiviti keluarga di... Ehh.. Rahsia dulu.  Tunggu aje next entry ye.. :)..


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: November 17, 2014 at 6:38 AM said...

Wah.. sedap tu kina..saya tok sah kata senang ke apa, sb lagi suka kalau beli..mmg senang sangat kalau beli, mmg bab kuih ni saya malas sangat nak mencuba.. masakan lain sikit, selalu rasa berminat...aktiviti apa? apa rahsia tu?

{ Kina } at: November 18, 2014 at 1:59 AM said...

Saya ni ada mood juga Aisy, datang rajinnya, saya sendiri pun kagum. Tapi rajinnya tu sekali sekala berbanding kemalasan.. hehehe.. Haaa.. rahsia la sangat, rahsia takat sehari je pun. Hari ni saya dah kantoikan rahsia tu.. :)

Post a Comment