Sejak berkenalan dengan basic dough yang sedap ni, mood meroti kembali membara. Dengan doh tu pelbagai jenis roti saya buat antaranya berintikan sambal bilis & read bean. Anak² of course la suka roti sosej, memang tak sempat simpan untuk sarapan pun.
Basic dough yang sedap tu saya gunakan untuk habiskan inti red bean dalam freezer. Bila Ieqa & Misha tanya, saya kata pau (diorang ni tak makan roti red bean tapi sukakan pau red bean...). So bila dikatakan pau, laju je diorang makan.. hehehe.. Tapi memang rasanya setanding pau.. boleh kata lagi sedap dari pau pun tau. |
Karipap tak sukup sifat saya ni menjadi rebutan. Somehow semua anak² makan! Karipap yang sebelum² ni saya & suami aje yang tukang perabis. Kali ni, Mama & Baba berpeluang makan sikit aje. Maybe sbb kulitnya yang very buttery tu buatkan anak² suka. Cuma saya agak 'seram' sikit melihatkan tahap minyak yang dikumpulkan dari doh ni. Tu yang buat doh ni sedap & rangup semacam kot. Resepinya saya ambil dari blog CMG. Thx for the recipe ye :
BAHAN-BAHAN KULIT KARIPAP :-)
400 gram tepung gandum
2 camca besar marjerin
1/2 cawan minyak masak, dipanaskan
1/2 cawan air ais yang dingin*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan kacau rata)
Memang sedap sangat doh ni. Cuma next time saya nak kurangkan sikit kandungan minyaknya. Saya ingat nak cukupkan marjerin & minyak tu jadi setengah cawan aje. Hopefully kesedapannya tak terjejas.
2 comments:
Orang kalau dah expert ni.. modify macam mana pun.. okey jer..
Mana ada Kak Sham.. Ada2 aje Kak Sham ni
... Hehe...
Post a Comment