MASJID CONTOH

Wednesday, November 19, 2014
Tiapkali travel pelbagai jenis masjid yang dah kami singgah.  Sorry to say, walaupun rumah ibadat... ramai yang tak bertanggungjawab dari segi kebersihan.  Sampaikan saya phobia nak singgah masjid di luar bandar or yang nampak usang.  Biasanya kami memang pilih masjid² yang baru & cantik di luaran kerana biasanya masjid baru ni keadaannya terjaga sikit.  Sedih kan, kat rumah ibadat pun ada yang suka tinggal souvenir or tak reti bersihkan sisa sendiri.  Kalau masing² pandai gunakan toilet sebaik mungkin, takde lah pelbagai sisa yang bukan² boleh jumpa di tandas tu.  Hairan betul saya dengan orang macam ni.  Patutnya ke rumah ibadat buat pahala, silap² dapat dosa pulak kan.  

Jadi baru² ni bila nak mencari masjid, saya ingat nak singgah di Masjid Kuala Selangor yang nampak besar & bersih tu.  Tapi sebelum tu, kami terjumpa masjid ni pula.  Since rupanya boleh dikatogeri masjid lama, jadi saya minta Suami periksa dulu keadaan tandasnya sebelum kami decide untuk solat di sini or the next masjid. 
MAsjid Ar Raudhah Sabak Bernam
Bila suami bagitau nampak keadaan tandasnya OK, terus saya usung anak² turun sekali.  Di perkarangan masjid ni ada kedai makan, kedai menjual tudung & satu lagi kedai menjual pelbagai barangan dibuka.  Masa menuju ke ruang solat wanita, saya ternampak ramai orang membeli air di vending machine, di sebelahnya pula ada massage chair.  Oh.. bagusnya AJK masjid ni, pandai mengumpul dana untuk masjid mereka. 
Massage chair & vending machine

Sebaik masuk... ada ruang untuk ibu & anak pula!  kawasan bertirai tu pula ialah laluan nak ke tandas wanita, ada cermin

Saya duduk di ruang ibu & anak sementara menanti Baba solat
Sebaik Baba solat, saya passkan baby, terus ke tandas... Elok je masuk, kat ruang sebelah kiri terdapat tempat menukar lampin bayi!  First time saya jumpa kemudahan ni di masjid... (dan tiada diapers yang dah ada isi terbiar di sini)..

 

Ruang Wudhuknya siap berhias dengan bunga.. 

Bila masuk ke ruang solat pula, ada bilik khas untuk memakai telekung serta terdapat cermin sekali...
Di ruang solat juga terdapat rak berkunci yang boleh digunakan jika nak simpan barang berharga.  Sejadahnya pun tersusun elok.
Selesai solat, saya baru perasan ada 2 orang pekerja sedang membersih masjid.  Memvakum & mengelap kipas² syiling.  Alhamdulillah.. sejuk hati tengok keadaan masjid ni.  Walaupun lokasinya bukan di bandar, tapi susun aturnya betul² saya kagum.  Cara masjid mengumpul dana juga patut menjadi contoh kerana ianya boleh digunakan untuk maintenance masjid tanpa mengharap dana kerajaan & derma 100 %.   

Kalau sesiapa ke Sabak Bernam, singgahlah di masjid ini.  Sebagai tanda support, bolehlah hulurkan sumbangan.  Kalau tak mampu menghulur pun takpe, cukup sekadar jaga kebersihan masjid dengan tak meninggalkan pelbagai souvenir yang tak patut di sana!

Antara tandas masjid terkotor yang pernah saya jumpa ialah masjid India Muslim di Sungai Siput & Masjid Kemaman...Ya Allah.. terkejut sungguh saya hampir nak termuntah tengok keadaan tandasnya.  Najis di hampir semua tandas & diapers kotor ternganga sana-sini..   Moga pihak² yang bertanggungjawab insaf... (mohon terasa kepada sesiapa yang tak reti membuang di lubang yang sepatutnya & tak reti nak simbah bekas kencing sendiri.  Yang ada anak pula tak reti² nak buang diapers anak tu dalam tong sampah agaknya).

Pihak AJK masjid juga patut lebih kreatif dengan mengguna pakai ruang masjid bagi mengumpul dana macam yang masjid Ar Raudhah buat.  Dengan adanya income, dapatlah mengupah pekerja pembersihan melakukan tugasan membersih & memantau masjid. 

P/s :  Tak dapat menahan emo melihat tahap sivik rakyat kita!



0 comments:

Post a Comment