TIP MENYIMPAN SAYUR

Friday, November 14, 2014
Ehh... Sayur lagi?  Rasanya dah pernah bagitau tentang cara terkini saya simpan sayur ni kan...  

Sebenarnya still ada a few tips yang saya rasa amat berguna untuk mereka² yang suka buat stok sayur macam saya.  Setakat ni, menyimpan sayur dalam bekas salad yang dibeli di pasaraya ni adalah teknik terbaik.  Sayur kekal segar walau pun dah berminggu² (bergantung kepada jenis sayur).  Contohnya macam gambar di bawah..
Carrot ni dah berusia sebulan di peti, still very fresh macam baru bawak balik dari pasar.  Untuk elak carrot dari tumbuh, potong bahagian kepalanya sebelum disimpan.  Bendi tu pula baru berusia 2 minggu.  Saya kurang pasti berapa lama jangka hayatnya, biasanya dihabiskan sebelum tu.  Setakat 2 minggu memang langsung tak terjejas! 

Brokoli ni juga berusia 2 minggu!  Jika sebelum ni brokoli cepat kuning jika disimpan di peti, dalam bekas ni, dah 2 minggu pun still nampak fresh!  Brokoli ni dah habis dimasak kelmarin, jadi saya kurang pasti berapa lama saya boleh simpan & masih kekal segar macam ni...
Sekarang ni fahamlah saya kenapa sayur² yang senang rosak atau tinggi kualitinya disimpan dalam bekas ni cthnya salad, tomato cherry, cendawan butang dll.  Sayur hijau juga tahan lama jika disimpan dalam ni.  Biasanya saya potong siap² dan simpan dalam bekas ni.  Jangan dibasuh dulu ye, nanti habis lembik pula sayur² tu sebab terendam dalam air.  Basuh semasa nak guna nanti. 

 Satu lagi perkara baru yang saya terbaca, tomato lebih baik disimpan di luar bukan di peti.  Oh.. Jimat sikit ruang peti sebab stok tomato saya simpan di laundry/pantry aje.  So far memang bertahan lama. 

Itu aje antara tip yang saya nak share.  Kalau ada sesiapa nak share teknik masing² dialu²kan sangat²... Saya yakin lain orang lain caranya.  Sama²lah kita berkongsi ilmu ye.. :)

P/s : Setakat ni saya dah cuba simpan pucuk paku, sawi, timun, carrot, brokoli, kobis, bendi serta tomato dll.. memang tahan lama.  Saya nak try simpan cendawan pula, sebelum ni saya try method paper bag (terbaca tip somewhere) malangnya oyster mushroom saya mengecut & jadi sedikit!!.. hehehehe.. Maybe teknik tu sesuai untuk mushroom jenis lain kot.




0 comments:

Post a Comment