DONUT SEGERA

Friday, March 28, 2014
Ingat nak start buat entry tentang percutian kali ni... Tapi masa agak terbatas plak... Pagi² buta esok nak kena berkejar ke HUKM untuk buat detail scan, kang ada yang terbabas tido nanti ni...

Donut ni saya gelar donut segera sebab tak perlu dinaikkan macam doh biasa tu... Kalau last minutes baru decide nak makan donut, bolehlah guna resipi ni... Gebus macam donut biasa tu jugak (menggunakan telur)...
Mama terap sikit je, pastu sibuk dengan hal lain, minta Tiha sambungkan... Yang bentuk semacam tu, hasil kerastangan Tiha le...

Tiha tengah tekun mendonut.  Walaupun hasilnya sadis, tapi okaylah untuk santapan diorang... hehehhe.. (Mama & Baba makan burger Malaysia - dari doh yang sama)...
Saya tak bagi Ieqa & Misha tolong sebab tak nak melambatkan lagi kerja.  Everybody dah kelaparan ni...

Resepi ni saya copy paste dari blog Kak Yati...

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin/butter
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: March 28, 2014 at 7:26 AM said...

Alahai lawanya donut kina.. nampak berkenan dengan resepinya tapi kat rumah tak ada shortening..tak boleh buat jugalah nampaknya.. dah abis ke? Nak sikit

{ Kina } at: March 29, 2014 at 1:00 PM said...

Habis dah.. 2x goreng aje licin! Shortening boleh ganti dengan butter/marjerin... kalau resepi guna minyak, butter, shortening... boleh ganti each other, cuma akan berbeza rasa sikit... biasa untuk buat roti saya suka gantikan shortening dengan butter/minyak zaitun.. Aisy cubalah ye...

Post a Comment