|
Indahnya ciptaan tuhan... Sayangilah alam kita! |
Malam ni nak bukak topik tentang percutian kami baru² ni... Percutian yang dirancang last minutes, mujurlah penginapan ada walaupun booked last minutes.
Kami bertolak ke Kuala Kangsar pada Ahad lepas & bercadang bermalam di rumah adik di sana. Kami saja bermalam di sini dulu sebelum check in di sebuah hotel keesokkannya. Alang² dah ke arah sini, eloklah kami check in di rumah adik sekali kan..
On the way ke Kuala.. kami singgah makan di Capati Corner Temoh. Kami pun takde tempat makan tertentu di kawasan ni, jadi tak nak ambik risiko 'termasuk' kedai yang tak sedap, kami layan capati ajelah.. hehehe...
|
Saya & suami sukakan kuah sardin. Budak² ni layan kari aje... |
Masa bergerak ke Kuala, kami mintak bantuan GPS (waze) untuk mengelak laluan Ipoh. Betapa seronoknya kami sebab berpeluang melalui jalan baru yang amat cantik! Kami melalui kawasan Kampar, Batu Gajah, Bota, Parit & Tanjung Belanja seterusnya Kuala Kangsar. Cantik sungguh pemandangan di kawasan laluan ni. Pasti kami akan datang kembali untuk menikmati keindahan alam ini. Lagipun saya rasa rugi sebab tak snap gambar sepanjang jalan ni sebab was² dengan jalan ni. Jadi memang kami bergantung sepenuhnya pada map masa tu.
|
Perjalanan yang amat indah.. sayangnya saya tak sempat snap gambar gunung ganang & juga sungai yang amat mendamaikan. InsyaAllah jika panjang umur, kami akan kembali ke sini.... |
Kami tiba dia rumah adik ketika hari hampir Maghrib. Jadi sepanjang malam just beristirehat & adik belanja kami makan di tebing Sungai Perak. Saya tak snap gambar kerana suasana agak gelap. Lagipun saya ni kena tunggu mood juga bila nak ringankan tangan snap gambar.. hehehe...
|
Baby yang tak berapa nak baby suka menyemak dalam rocker Zarah.. Nasib baikla berat budak ni less than 10kg, kalau tak jgn hrp Mama kasi melepak dalam ni! |
Malam tu, tak di sangka² si Misha tak boleh tido. Sepanjang malam bangun & berjalan keliling bilik & gelisah habis... Rupa²nya dia kepanasan! Saya sendiri pun tak boleh nak lelap tengok dia tak duduk diam. Last² kami angkut kipas extra & pasang maximum direct pada dia, barulah dia tido! Mujurla Ieqa & Tiha tidur nyenyak awal² lagi sebab Mama & Baba pun join Misha kat kipas tu (tak tahan bahang). Padahal kipas syiling bukan main kuat lagi. Ingatkan KL aje panas macam ni... semakin panas kan cuaca Malaysia sekarang...
Esoknya Adik bawak kami breakfast pula. Kedai yang dia bawa ni banyak betul pilihannya & menunya pula tak seperti menu sarapan biasa. Malangnya, hampir kesemua makanan sudah 'yilek'.. Jadi kami sempat merasa beberapa jenis makanan aje..
|
Pak Ndak melayan Tiha & Ieqa sementara menunggu makanan. Di belakang kedai ni ada kebun getah... sukala budak² ni... |
|
Antara makanan kami - Mee Kari & Nasi impit kuah kacang... |
|
Set Mee Kicap (nak order wantan kicap, tapi dah habis). Bukan main suka Tiha makan.. dia memang sukakan noodles... any kind of noodles dia boleh telan.. |
|
Budak² jakun tengah berebut biji getah! |
Asalnya kami nak bawak kanak² ni memancing. Boleh pinjam pancing Pak Ndak.. hehehe... Malangnya masa agak suntuk, nanti muncung pula bibir masing² kalau tak dan dapat ikan. Jadi kami minta adik tunjukkan kami port memancing yang sesuai di kawasan ni.
Sebaik sampai... Ya Allah.. cantiknya kawasan ni. Betul² berhampiran Istana Kuala Kangsar (dekat dengan rumah Adik)... InsyaAllah.. kami akan datang semula... Hari ni takleh.. dah ada plan lain plak...
Sebenarnya ada lagi satu pot mudah untuk memancing... Tapi curam skit, Mak Buyong macam saya tak boleh join... perati kan aje lah.. Lagipun saya takde la minat memancing.. boring sioott.. Kalau suruh terjun kuak lentang ke dalam air tu, okla jugak.. ni menunggu dediam kat tepi sungai.. aduhh.. stresss.. heheheh...
|
Pot paling senang.. belakang umah adik aje.. hehehehe.. |
Lepas teasing budak² ni lebih kurang dengan pot memancing yang cun tu.. kami bersiap² ke destinasi seterusnya. Yang ni kena buat entry khas... sebab banyak sangat gambar nak share.. Cantik tau tempat ni... tungguu!!!!...
0 comments:
Post a Comment