MEDAN SELERA BANGSAR

Monday, March 10, 2014
Area Medan Selera Bangsar ni pernah menjadi port saya makan nasi lemak & char kue teow sekitar tahun 2003.  Masa tu gerainya hanya di kaki lima & suasananya cukup meriah.  Hampir setiap malam saya makan di sini sebelum ke Ampang untuk ke tempat kerja part time.  Masa tu gigih kumpul duit untuk ke Gunung Kinabalu (walaupun sponsored by Celcom, tapi perbelanjaan & persiapan barang mendaki tetap kena spend sendiri).  Jadi bila dapat offer buat akaun di Ampang, terus je saya setuju.  Memang full la schedule saya masa tu, siang ke pejabat, petang training (jogging & swimming) untuk kekalkan stamina mendaki nanti & kemudian terus ke Ampang.  Mujur swimming pool Hillpark tu lengkap dengan shower, surau dll.  Jadi senang lah saya mandi & bersolat di situ.  

Tapi sekarang ni gerai nasi lemak tu dah dipindahkan ke Medan Selera Bangsar.  Walaupun sambutannya masih ok, tapi suasananya tak semeriah dulu dah.  No more char kue teow stall, no more otak² semua tu.  Tapi selepas sekian lama tak merasa, saya ajak juga suami ke sini.  Dulu dia & kawannya si Acai selalu menjadi peneman jadi memang banyak memori kami di sini.  

Kebetulan lepas makan, saya ajak kanak² yg terlebih cas baterinya pusing².  Diorang ni kalau tengah energetic, tak boleh duduk diam.  Kita yang stress jadinya.  Jadi Mama ajak diorang berjalan sekitar Medan Selera ni (Baba tak habis lagi membelasah nasi lemak).  Tak disangka² nun di belakang Medan Selera (bersebelahan Bangsar Village) terdapat lagi satu gerai yang penuh sesak dengan pelanggan.   Deep inside, saya nak try makan kat sini sebab nampak semua pinggan pelanggan licin tanpa bersisa!  Sedap sangat ke?? 

Jadi Jumaat malam Sabtu lepas, hajat saya dipenuhi.  My hubby tahu benar perangai saya yang suka try makan di sana sini.  Saya suka sangat mencuba sambil memerhati setting kedai, cara makanan disaji/penyediaan, servis dll.  Semua ni boleh dijadikan panduan untuk kami juga.  Jadi tak hairanlah kalau saya pantang sangat tengok kedai yang meriah,  tumpang excited untuk mencuba.

Lama juga menunggu... baru dapat pesan makanan.. tu pun staf tu dah bagitau, makanan siap dalam sejam lagi... Nak tunggu ke tak?  Uiisshh.. biar betul?  Tapi alang² dah sampai, kami pun tunggu ajelah. Harap² penantian kami berbaloi la.. Since anak² nampak macam kelaparan sangat, we all bungkus nasi lemak & suap dulu kat diorang.  

Less than one hour lepas tu, makanan pun sampai... Suspense ni... sedap sangat ke sampai orang sanggup menunggu lama?  Oh ye.. menu kat sini western aje ye...
 Frankly.. lepas merasa steaknya.... "SEDAPLAH, BERBALOI TUNGGU!" Laju je saya cakap kat suami.  Dah lama saya tak makan steak sedap macam ni!  Harganya pun ok, less than RM20 per set.  Saya order Sirloin Steak( Blackpepper sauce) with broccoli, carrot & corn (RM19), Hubby dengan Lamb Chopnya (RM19+-), Tiha saya order beef strip steak (RM14) & Ieqa chicken cop dengan brown sauce (tak ingat harganya)...

Chicken Chop Ieqa... Bukan main suka diorang.  Tak henti² cakap sedap.  Tiha sampai hari ni dok cakap teringin makan chicken chop ni lagi.  Saya sendiri yang dah lama berikrar tak lalu makan chicken chop (muak sangat sbb dulu selalu buat sendiri) pun rasa sedap sangat.
Dengan apa yang kami nikmati pada malam tu.  Pastinya kami akan datang lagi!  Happy sangat dapat jumpa tempat makan steak yang sedap & tak terlalu high class (maklumla, poket tak berapa tebal).  Cumanya kena pandai timing, avoid weekend sebab pastinya kena menunggu lama!

P/s :  Kalau uolls perasan, di seberang jalan (belakang Ieqa) ialah Bangsar Village.  Boleh juga tanya orang Medan Selera Bangsar.  Jangan terkejut kalau tengok macam Medan Selera tinggal aje sebab hampir semua kedai dah tak beroperasi!  Hanya gerai Nasi Lemak (sebelah depan) & Gerai Western ini yang ramai pengunjung walaupun kawasan Medan Selera ni besar sangat.

0 comments:

Post a Comment