PERCUTIAN 2014 - 2

Monday, March 31, 2014
SENTOSA VILLA, TAIPING PERAK


Selepas bersarapan & menyepahkan rumah Mak Ndak lebih kurang, kami pun bergerak ke Taiping.  Memang tak sabar nak tengok rupa bentuk villa ni.  Kalau dalam web memang nampak cantik sangat!  Ratenya agak berpatutan & kedudukannya amat dekat dengan Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Bukit Larut & juga bandar Taiping.  Nak datang ke sini bolehlah gunakan GPS, atau pergi ke arah Taman Tasik Taiping & carile signboard nya... 

Our room/house... Deluxe Villa - Bilik H1 (aras bawah..)...

Laluan tepi villa... di bawah villa ada air mengalir... 
 
Misha tido sepanjang K.Kangsar ke Taiping & langsung sambung membuta... Kalau tak, mesti dia yang paling over!

Luas kan? Ada living lagi... Ratenya RM228 (shoulder rate inclusive breakfast), kalau bukan public holiday tak sampai RM200.  Berbaloi tak?? 
 Kat bawah ni pemandangan sekitar dari tingkap bilik kami.. Saya bukak satu² tingkap & snap gambar.. sebab semuapun cantik!!!
Room's View

Room's View

Room's View

Room's View

Room's View
 Lepas tinggalkan barang dalam bilik, kami keluar luch di Port Well... Story pasal makan, next entry pulak ye... Kali ni cover Sentosa Villa aje... cantik oitt.. Tak tau nak pilih gambar mana nak letak!

Lepas lunch, kami pusing² sekitar Villa ni... Ada berbagai jenis katogeri bilik kat sini sama ada hotel (biliknya sebesar apartment kami! - 1000 kaki ++), Banglo (saya tak survey) & Villa (Biliknya sebesar living apartment kami)...

Masa jalan² ni, semua orang dah berpakaian mandi sebab dah ready nak berkubang... hehehe.. dalam ni airnya datang dari bukit.  Bukan buatan/swimming pool...


Banglo.. 


Sebelah kanan, berdinding kaca ialah hotelnya... Di seberang sana ialah Receiption...







Lepas berpusing sekitar Sentosa Villa yang amat besar ni... kami decide untuk main air kat banglo ini aje coz kemarau teruk, sungainya semua cetek sangat, mmg tak sesuai nak main... huhuhu... 

Stream dalam villa yang kekeringan....

Terbantut aktiviti main air kami....
 Sebenarnya sebelum sampai di Sentosa Villa, kami lalu tepi Taman Tasik Taiping.  Ini antara tempat yang teringin sangat saya nak lawat sebab dikatakan antara Taman Tasik tercantik di Malaysia.  Alangkah terkejutnya saya bila nampak dari dalam kereta, air tasik kering kontang.  Hinggakan saya menyangka ianya padang golf!  Lepas terbaca signboard, baru tau, inilah Taman Tasik Taiping.  Tasiknya kering, hanya nampak tompokan pasir putih di sana sini seperti padang golf!  Tak sangka Taiping/Bukit Larut yang dikatogerikan sebagai kawasan terlembab di Malaysia & kaya dengan kehijauan hutan ni pun dilanda kemarau.

Mama kemalasan, snap gambar dari atas hammock aje...

Maybe tak berapa syok main air, kejap je diorang berkubang... pastu datang menyemak.  Baby mintak duduk atas hammock, Ieqa pula tukang hayun... 

Sambil.....

Mendengar dendangan suara Ieqa yang amat sumbang itu (ekspresi Mayesha, menceritakan segala-galanya).. hehehe....
 Villa ni cuba mengekalkan identiti kampung lengkap dengan suasananya sekali.  Dekorasinya amat menarik... saya kagum dengan kegigihan pemilik resort ni menjaga persekitaran dengan baik sekali... Kat sini banyak juga binatang yang dibiarkan berkeliaran...
Ayam.... 

Itik....

Ayam Belanda....


Arnab..

Angsa...

Burung, kura-kura.... 
 Pendek kata, untuk budak² yang tinggal di bandar, memang jakun habis.  Ikan pula toksah cakapla... macam² jenis... KEbanyakan haiwan ni dibiarkan berkeliaran sekitar resort aje...


Jongkang Jongket & Ting Ting pon ada... 
Malam tu kami dinner di luar.. lepas dinner, kami tapau lagi makanan untuk makan lewat malam.. lagipon nak lepak luar vila untuk nikmati suasana malam di sini.
Ruang makan/lepas di luar bilik
Ini pula ruang lepak di tepi rumah...setiap rumah memang ada, jadi takyah susah hati nak berebut okey.. hehehe...

Sejak anak² makin membesar & bertambah, wajiblah kami mencari hotel yang besar ruangnya... (korang tido la reramai kat sini ye...)... Siap bawak toto & sleepong bag lagi tu... hehehe... 
 Esoknya kami pun bersedia untuk sarapan.  Sarapan kat sini agak lambat, 8.30-10.30 pagi.  Biasanya di hotel lain jam 7.00 dah start.  Pengunjung tak ramai, jadi pilihan makanan adalah ala carte (local atau western).  Di sediakan jem, roti, cereal serta teh/kopi/air strawberry ... yg ni unlimited.

Tapi makanan di sini bagi saya not recommended.  Dahla masa check in staf sibuk suruh saya beli voucher untuk anak², RM15 sorang, tak kira age.  Walaupun dia ckp kena beli masa tu jugak, saya decide untuk tengok menu dulu then baru decide nak breakfast kat sini ke tak.  Syukurlah saya tak bayar breakfast untuk budak² ni... memang tak berbaloi sangat. Air tehnya pekat (sama color dengan kopi!)... Lepas saya inform pun, tehnya masih pekat & kelat!.. Mujur juga budak² di cafe tak kisah anak² join breakfast.  Lagipun budak² ni sah² makan roti & butter aje... bukan ada pilihan lain pun kan...


Cafe...

Western menu - omelette... Misha makan baked beannya aje... Tiha & Ieqa langsung tak nak... 

Saya ambik menu local - mee goreng beserta cucur udang.  Okayla jugak.. & macam biasa Tiha tukang perabis & dok cakap sedap.  Mama malas nak komen... bab rasa, kita jangan tanya Tiha...
 Lepas makan, lepak² dalam bilik, kami pun bersiap ke destinasi berikutnya pula.  Bagi saya Sentosa Villa adalah hotel/resort terbaik dari segi persekitaran, kebersihan dan juga kadarnya.  Saya amat berharap Sentosa Villa boleh kekalkan kecantikan villa yang sarat dengan keaslian suasana tempatan & tumbuhan menghijau.  Untuk maklumat lanjut boleh ke web Sentosa Villa ...

P/s : Kadar di Agoda adalah RM238 sebelum tax & service charge... Saya booked over the phone direct dengan Sentosa Villa & bayar RM228.00 nett time check in. Biasanya saya akan call resort dulu untuk tanya rate & compare dengan Agoda utk check mana lagi murah...





2 comments:

{ Real Life in Malaysia } at: April 1, 2014 at 9:13 AM said...

Assalamualaikum Kina,

dijemput kemari oleh taman tasik taiping dalam preview mu ... yes one of my best boarding school trips memory ... masa tu terpegun sangat dengan pokok-pokok melentur rendang shading you as you walked around ... i don't remember the tasik much ... only the trees :)

thank you for the cerita :)

{ Kina } at: April 1, 2014 at 7:20 PM said...

W'salam...

Itula.. ramai yang claim cantik.. sayangnya saya terlupa nak turun survey dari dekat. Next time kena datang semula nampaknya...

You're welcome!

Post a Comment