PRODUCT REVIEW - FOOD PROCESSOR

Tuesday, March 18, 2014
Hari ni cuaca masih lagi mendung & diselang seli dengan hujan... bestnya.. sejuk je... Harap² catuan air akan berakhir tak lama lagi.  Walaupun air di tangki mencukupi untuk kegunaan sekeluarga, namun pressure nya... teramatlah slownya.  Nak mandi pun tak puas!.. Lagi pula sink dapur tak di sambung ke tangki, jadi memang susah la nak membasuh pinggan mangkuk... Tu yg malas nak memasak sakan... heheheh..

Kali ni saya just nak share tentang produk yg pernah saya guna.  Saya memang suka cari maklumat di internet dulu sebelum membeli sesuatu barang.  Tak nak menyesal sesudah membeli nanti.  Pastikan juga apa yang nak dibeli tu memang dipakai, bukan setakat jadi pekasam je kat almari tau...

Kali ni nak story sikit fasal Food Processor Phillips Viva ni.  Sebelum ni saya pernah pakai Panasonic... Bagi saya tidak begitu memuaskan dari segi rupabentuk, praktikaliti dll.  Saya dah jual pun FP tu.  Lama juga saya decide untuk beli FP lain, ye la nak make sure akan betul² dipakai guna ke tak... Kebetulan pula saya dapat voucher Tunai dari Senheng yang dah nak luput tarikhnya... jadi saya pun beli lah FP yang dah lama saya idamkan ni.

Cuba tengok set Food Processor ni... Manala saya tak geram... Tapi memang berbaloi sangat sebab at least seminggu sekali FP ni akan menyediakan khidmat yang superb kat saya
Food Processor ni takde lah mahal sangat, harganya bawah RM300.  Since saya guna voucher, harganya jadi tak sampai RM200 pun.  Tu yg saya kata berbaloi²...

FP ni di sediakan sekali dry mill (pengisar kering), blender jug, 5 mata pisau untuk grating & slicing, 1 whipping, 1 chopping & 1 untuk mengadun. Jadi, FP ni memang banyak sangat fungsinya... Di antara tugasannya yang pernah saya berikan :

1.  Slicing (Ada 2 thickness). Saya guna mata yang tebal sedikit untuk memotong rebung!  Letak aje, terus beres!  Jauh lebih mudah dari FP Panasonic saya dulu.  Nanti² saya nak try buat kerepek pula dengan mata pisau yang lebih nipis tu, tak sabar nak tengok hasilnya!

2. Blender - Biasalah untuk kisar cili, bawang dll... boleh juga digunakan untuk smoothie sebab blendernya mampu mengisar ais.  Blender Tefal yang saya guna tu teramatlah bising & bingit, mata pisaunya kecil, jadi selalu tersangkut².  Saya simpan as backup untuk cafe sebab di cafe blender memang selalu rosak.  Jadi memang kena sentiasa ada backup.

3. Dry mill - sama seperti pengisar biasa, tapi saya happy sangat sebab blender Tefal saya tu tak menyediakan pengisar kering ni!

4. Chopping - Kalau malas melenyek keledek rebus, mencincang daging dll.. inilah jawapannya.  Sekejap aje dah beres.  Juga senang digunakan untuk membuat kulit pastri (mudah untuk digaul terutamanya jika menggunakan butter sejuk).  Baru² ni masa buat based trifle, saya gunakan yang FP ni aje.  Masa nak gaulkan cheese & susu pun saya gunakan function ni... Sekelip mata dah siap.

5.  Pengadun.  Kalau malas menguli roti, bolehlah suruh FP ni buatkan.  Tapi dalam kuantiti yang bersesuaian la ye.  Kang jahanam pulak FP tu.  Kalau setakat doh pizza tu, senang aje le dia kerjakan.  Nak tau dia punya readiness... eerrr yang tu kena ada skill meroti la sikit.  Takpe.. praktis dulu, lama² tau le cane nak agak.

Itu je antara function yang pernah diguna pakai oleh saya.  So far FP ni menjalankan tugasnya dengan amat cemerlang.  Pendek kata I lap u lah!  Cuma tak syoknya takde pemotong potato (potong panjang)... kalau ada, saya anggap dah perfect!


6 comments:

{ Prihatin } at: June 7, 2016 at 10:15 PM said...

wah.. info yang membantu sangat2.. saya memang tercari2 FP ni.. tp sebelum tu nak tau testimoni macamana .. lepas baca ni rasa dah hampir pasti FP ni jadi milik saya.. hehehe..

{ Kina } at: June 9, 2016 at 11:34 PM said...

Beli jangan tak beli.. :P

{ xie sEnsE! } at: December 31, 2016 at 9:42 PM said...

Boleh ke blender cili kering tanpa air, macam primada hi speed blender??

{ Kina } at: January 2, 2017 at 1:04 PM said...

Tak boleh sis.. Food processor fungsi dia mencincang.. Jd cili akan jadi kasar2.

{ J.Syazwana } at: March 21, 2017 at 2:24 PM said...

Boleh tau x model dia? HR??

{ Kina } at: March 22, 2017 at 9:56 PM said...

Oh sorry.. Saya ingatkan viva ni ada 1 model aje.. Bila masuk web Phillips ada byk rupanya. Saya agak model HR7761/01 sbb dah lama beli.

Post a Comment