UKMSC KAMI DATANG LAGI...

Thursday, March 20, 2014
Tiapkali pregnant... inila tempat kami berkunjung... my monthly check up!  Cuma a bit stress sebab untuk dapat Dr kat sini bukan senang... long que (mostly gynae perempuan).. dah dapat appoint pon, masalah lain pula.. waktu menunggu yang amat panjang!

Banyak jugakla perkara yang buat saya rasa leceh nak ke sini, bab jam, masa menunggunya dll.. tapi lepas difikir².. saya stick jugaklah kat sini.  Lagipun rekod kelahiran ketiga² anak ada di sini... plus, facilities yg digunakan lengkap (pengalaman melahirkan anak sulung dengan complication banyak membuka mata saya supaya berhati² dengan pilihan hospital).  Walaupun Tiha perlu dimasukkan ke NICU untuk pemantauan, tapi kami bernasib baik kerana NICU adalah di bawah kelolaan HUKM bukan UKMSC jadi kadar yang dikenakan adalah kadar separa kerajaan... Kalau tak, entah berapalah bil kami masa tu.

Jadi kami lupakanlah sikit soal menunggu lama dsbgnya tu... Dulu masa Prof Seri Suniza, masa menunggu kejap je.. hati pula berbunga riang bila disapa oleh Dr Seri yang teramat ceria tu.  Masa 2nd daughter (2010), masa menunggu makin bertambah... Masa Misha pun sama... So tadi... sendiri boleh agakla... 4 jam kami berkampung di sana... Lepas ni kami cuba taktik lain plak.. Tadi silap saya jugak, skema sangat... pergi makan dulu instead of register nama...

Okayla.. sudah mau beradu.. memang penat sungguh sampai tak berselera nak dinner malam ni...

Menunggu lama tu ok lagi.. Yg tak berapa nak ok, nak bagi budak kecik ni duduk diam! Malu Mama & Baba tengok dia berlari macam kena histeria sepanjang masa.. Kakak²nya dulu kalau kena warning, elok je duduk diam.. Yang ni.. lagi dia sengih sambil lari & jerit² riang ada la!!!

0 comments:

Post a Comment