Dah takde benda sangat nak dijadikan entry... koleksi gambar lama yang menjadi mangsa. Ni kisah tahun 2004 masa saya bekerja di KL Sentral & berekspedisi bila berkesempatan. Saya memang sukakan nature, dari UUM lagi memang tak lepaskan peluang kalau diajak.. hehehe... Tapi hanya aktiviti yang DITAJA atau DIBAYAR sahaja akan saya sertai... nak spend duit mak ayah (masa belajar) untuk buat benda² cenggini, rasa cam tak patut je kan...
Kalau kat U, untuk ekspedisi yang ditaja, banyaklah sikit tugasannya - latihan stamina, surat menyurat, proposal, meeting dll. Nak dapat sponsor, kena pandai² la kan. Tapi lepas kerja, saya dibayar untuk setiap XPDC yang diikuti, sometimes as fasilitator, tukang masak dll. Since time XPDC banyak melibatkan aktiviti mandi sungai, maka tugas saya lah menjaga peserta perempuan (jika ada) yang bermain air. Biasanya saya akan ready dengan life jacket berwisel in case terjadi kecemasan seperti lemas dll.
Berkelah ni adalah aktiviti pertama saya dengan ARUS. Jemputan dilakukan oleh chatmate saya Topoy. Frankly saya hanya rapat dengan Topoy di alam cyber sejak tahun 1999 & ada la sekali sekala jumpa bersama kawan². Masa berchatting dengan dia, banyakla we all share pengalaman XPDC jadi diapun tau lah saya ni sukakan nature. Mula² was² juga bila diajak join XPDC ni sebab kesemua peserta adalah lelaki! Saya akan jadi wanita tunggal dalam XPDC. Peserta pulak ialah bakal² Tok Imam, Tok Bilal dll... hehehe.. macam kelakar je kan.... Entah kenapa, atas keinginan yang kuat, saya terima tawaran tu. Sebelum bertolak saya SMS adik destinasi saya, nama penuh Topoy, no. phone & tempat kerjanya in case la tiba² saya hilang tanpa dikesan ke kan... hehehe... (kalau Topoy tau mesti dia gelak guling² ni)...
Lama jugak pendakian kami ni.. adalah 2-3 jam kot (ingat² lupa dah).. Paling saya suka, group ni langsung tak bagi special treatment kat kami yang pompuan ni. Diorang buat derk aje kalau setakat tengok we all tergelincir ke apa. Peserta² yang semuanya lelaki mulanya agak skeptikal dengan saya & Linda. Maklumla para Ustaz semuanya.. Alhamdulillah... Lama kelamaan diorang tak pandang negatif lagi kat kami. Ada seorang Ustaz yang agak berumur datang meminta maaf kepada saya & Linda pada malam kedua kami di sini. Ustaz ini ada memerli kami semasa ceramahnya pada malam pertama. Saya & Linda pekakkan telinga aje, walaupun rasa hurt sebab dia tak tau penatnya kami menyediakan makanan untuk semua 60 orang peserta dengan kelengkapan yang minima. Mungkin diorang ingat kami ni nak menggedik kot ikut group lelaki. Mujurlah dia sedar kesilapan tu & datang minta maaf dengan kami & siap tolong kitorang masak lagi!
Apapun.. dari first XPDC ni, geng ARUS - Farid, Abang Nas, Ustaz Rizal & Ustaz x (aiiyaakk.. lupa nama) terus menjemput saya untuk XPDC seterusnya. Banyak jugaklah aktiviti saya dengan diorang sehinggalah saya bersara pada tahun 2005 (dah nak kahwin). Linda masih lagi aktif dengan aktiviti hujung minggunya, tapi kini bertukar kepada Golf pula (lately slow sikit selepas ligamen lututnya koyak setahun lepas). Geng² ARUS yang lain dah tak saya hubungi, cuma si Topoy masih berhoi dengan saya sekali sekala di FB. Apapun, kenangan dengan ARUS memang takkan saya lupakan....
2 comments:
Dulu suka jugak berkelah di Ulu Bendul.. sebab dekat ngan rumah kan.
Tapi sejak kes trajedi "kepala air", kami dah tak diizinkan pergi sana lagi especially kalau musim hujan.
Itula Kak.. sekarang ni kena hati²... Banyak kes kepala air.. Dulu tak tau, main redah aje. Once dah tau ni memang kena cek jugakla tempat tu selamat ke tak... Saya pun jarang berkelah dengan anak² sekarang ni, atas faktor keselamatan jugak...
Post a Comment