BEKAL TIHA

Friday, March 7, 2014
Since Tiha ni sukakan roti... jadi memang itu le selalunya modal saya untuk decide apa bekalnya.  Tiha ni tak cerewet, apa yg saya letak dalam bekal, biasanya habis licin dibedalnya.  Kali ni saya prepare egg sandwiches.  Since tengah rajin nak ambik gambar, maka wujudlah entry ni... hehehehe..

Saya rebus 2 biji telur, letak 1 sudu besar butter

Picitkan mayonis & renjiskan white pepper... Mayo tu lagi banyak lagi best...

Gaul rata, perasakan dengan garam jika perlu

Sapu je direct atas roti.. tak perlu sapu butter dah sbb dah letak siap² dalam intinya (inila teknik shortcut namanya...).  Dua biji telur size A ni boleh dapat 4 set sandwiches (8 keping roti)

Saya buat 3 set aje sebab roti habis plak.  Then saya potong kulitnya then potong empat.  Senang sikit dia nak makan nanti...

Dua set saya masukkan dalam bekal& satu set lagi tu untuk adik² (pun saya letak dalam bekas)... 
Sapa yang baca blog saya mesti perasan yang saya suka simpan apa² makanan dalam bekas bertutup.  Jadi bila dah siap saya letak aje atas meja.  Anak² yg lapar, boleh panjat meja & ambik bekal untuk makan.  Diorang pun excited sebab ada bekal sendiri macam Kakaknya.. hehehe... Sebenarnya ni trick saya nak elak roti tu mengering & boleh simpan dalam peti kalau tak habis.  Plus sandwich ni lebih sedap dimakan sejuk tau... :)


2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: March 7, 2014 at 6:48 AM said...

Wah.. sedapnya sandwich ni. Saya baru je makan sandwich ikan bilis .... mmg jadi amalan kina kan..simpan dlm bekas bertutup, saya nak apply jugalah, dua beradik ni dah makin suka panjat meja cari makanan...suka makan sekarang.

{ Kina } at: March 10, 2014 at 1:45 AM said...

Wah.. sandwich ikan bilis? macam best je... Budak² sedang membesar, macam tu la.. tu yg kena ready dgn stok makanan selalu...

Post a Comment