SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT

Monday, March 3, 2014
Sabtu lepas, saja bawak budak² ni berjalan sikit.  Lama dah tak buat aktiviti merayap tak tentu arah sekeluarga.  Kali ni tempat kami ronda dekat aje, Hulu Langat.  Ingat nak try makan di Lontong King Hulu Langat.. malangnya masa kami sampai, jalan ke arah bandar nampak bukan main panjang kereta beratur.  Jadi kami cancel plan ke Lontong King, isi perut di sekitar jalan ke Sungai Congkak ajelah.  

Dalam tercari² simpang ke Sungai Congkak... banyakla anak sungai yang kami nampak.. very tempting... excited!  Then kami sampai kat satu area yg memang teramat ramai pengunjung.  Wahh!! Cantik betul kawasan airnya... tertera perkataan Lubuk Manggis.  Teringin juga nak pot kat situ je, tapi kami batalkan hasrat (walaupun nampak cetek, di tengahnya adalah lubuk)... Lagipun ramai orang kat sini.  Jadi kami berpatah balik mencari Sungai Congkak (rupanya kami dah miss simpang ke Sungai Congkak).
Sampai pun di area parking Sungai Congkak.  Banyak sangat kereta, tapi try our luck dulu lah... lagipun budak² ni dah tak sabar nak main air.  Caj masuk RM1 untuk yang berumur 12tahun ke atas.
 Sebenarnya sepanjang jalan nak ke Sungai Congkak tadi, banyak sangat dangau² kecil dibina di sepanjang kaki sungai.  Pondok² ni boleh disewa, kalau di Lubuk Manggis RM20 sebuah, di sini RM5 aje.. :).  Tapi kami ingat nak mandi kat bahagian atas sikit... Hopefully orangnya makin tak ramai la kan...

Selepas masuk dalam kawasan Sungai Congkak ni... memang kebanyakan tempat cun dah ada tuannya.  Kami pun bergerak nun ke atas lagi.  Walaupun ramai pengunjung namun aliran sungainya yang amat jauh memberi kita banyak pilihan.  Takde la cramp nak mandi dengan orang ramai.  Kita susur aje sepanjang sungai & pilih kawasan yang disukai.

Sampai aje, terus terjun ke air... Langsung tak ingat nak snap gambar ke apa!  Ieqa ketakutan dalam air sebab banyak sangat anak² ikan nak "yummy' dia.. hehehe... Ikan ni dok keliling we all & pagut² kaki, mana tak gabra si Ieqa dibuatnya.  Si Misha plak dah mula menggigil kesejukan... Memang sejuk sungguh airnya... padahal tengah hari buta time ni.
Mama ajak Ieqa & Baby ke daratan sebab dua² dah tak nak main air. 

Tengah duduk dengan sopan sebab nak ambik gambar...

Time ni la diorang dapat merasa makanan ringan macam ni, kat rumah is no no... Suka kemain la

Pastu Mama suh dua orang ni melepak dalam khemah.. Mama nak sambung main air.. Sapa suruh korang tak nak masuk air kan....
Si Penakut (Tiha) ni dah berubah habis, langsung tak takut main air. 

Cetek je kan airnya... memang kami pilih kawasan cetek aje, selamat untuk kanak²


Mama lepas gian floating dalam air... Mama ni kalau dah jumpa air memang boleh float sambil tido dalam tu... (cuba korang try float terbaring camni, rasa cam nak pejam mata je sambil layan air tu.. syiokk!!)






Dah puas mandi manda & perabis stok makanan merapu... Kami bergerak keluar plak.  Kami menuju ke Empangan.  Ingatkan nak melawat empangan, malangnya tak boleh masuk dengan kereta... Aisehh.. Rosak plan...

 Dalam dok termanggu-manggu kat situ, tiba² ternampak Pak Cik ni dengan pet kesayangan dia sebelah kereta kami...

Siamang!!  Tiba² rindu dekat Siamang Ayah yg mati beberapa tahun sudah... sob..sob...

Siamang ni very well behave, tak macam monyet.. memang dok diam je setempat... tangan dia aje menggagau sana sini... Sayangnya tiapkali saya snap gambar, dia toleh muka ke lain plak.  Geram je nak mintak Pak Cik tu jual kat saya je.. hehehehe... 

Geramnya... Cantik berkilat bulunya!!
Dah puas melayan Siamang, kami berpatah balik ke bandar Hulu Langat di dalam misi mencuba Lontong King.  Malangnya... kedai ditutup!!!  Dahla tengah kelaparan & keletihan sebab bukan main jam Bandar Hulu Langat ni. Aduhai... last² tukar plan... kami ke Homst Kajang  

Muka budak baru bangun tido

Siannya.. dok cakap "Akit...akitt..."... Ni la kalau tak nak bagi Mama pegang tangan time jalan, dah jatuh atas jalan tar (ni kali ketiga dia luka di tempat yang sama!)... 
 Sampai di Homst... semua orang dah kelaparan sangat.  Homst ni Restoran Cina Muslim di Saujana Impian.  Saya pernah makan sekali, Adik Ipar ku belanja.  Sekali cuba, terus jatuh hati!  Tapi lepas tu kami tak pernah datang pun sebab tau area Kajang ni jam... malasnya nak meredah jam ke sini...

Saya paling teringin yang ini!!!  Lama dah termimpi² nak makan ni... serious.. the best crab eva!  dahla tak bercengkerang, rangup dikunyah.  Boleh bagi five stars!!  


Misha tak habis² mintak diambikkan gambar...

Then... dia nak tengok terus gambarnya... heheheh...

Saya ambik menu simple aje, tomyam (sorryla kat kedai Chinese Muslim pon order Tomyam.. tapi I nak kena ada menu pedas/masam okes, nanti rasa muak), Ginger Beef & Deep Fried Soft Crab! Tiha order Sizzling Yee Mee...

Oh Softshell Crab... Daku pasti merinduimu lagi... (last time my SIL order buttered softshell crab, pon sedap!!)
Dah berkudapan, kami pun bergerak ke arah Hulu Langat semula.  Nak balik ke KL dah pon, tapi kami nak lalu ikut bukit area Ampang tu (sorry, saya tak tau apa nama bukit ni).  Saya suka sangat lalu ikut sini sebab boleh nampak seluruh bandak KL dari atas bukit ni.  

Jalan dari Kajang je Hulu Langat agak jem,  jadi lama jugakla nak boleh sampai ke area ni.  Once keluar dari Bandar Hulu Langat, jalan dah clear pun.  

Kat atas bukit ni memang dah ada satu area penjaja² berniaga.  Kami saja singgah sebab nak bagi budak² ni layan panorama bandar KL di waktu malam.  Makanan kat sini, very not recommeded!  Boleh diragui status kebersihan & tahap rasanya... Kami just makan jagung bakar, jagung rebus (BASI!!) dan otak².  Kesian saya bila perasan jagung Ieqa basi!  Patut dia dok cakap tak sedap (tapi suku batang jugaklah dia makan)... 

Pemandangan dari tempat makan




Dah siap istirehat sekejap atas ni, kami pon bergerak balik.. Home Sweet Home!






0 comments:

Post a Comment