BUDAK KECIK

Tuesday, March 4, 2014
Kalau takde selingan kisah budak kecik banyak akal ni memang tak sah kan?.. hehehe... Mari kita tengok apa dia buat bila dia jumpa plastik diapers dia...
Tak tau lah apa yg dia nak buat... Sarung plastik then dok diam² dalam tu... (Lutut yg sama tempat luka dalam entry baru² ni... gambar ni luka kali ke 2, jatuh kat Zoo).. 

Dia mula perasan Mama & Ieqa dok gelakkan dia


Dah.. dah!.. Bak sini plastik tu, kang lemas plak dalam tu.  Adoila... plastik ni pon bleh jadi benda bahaya kalau dapat kat budak macam ni... 
Kat bawah ni plak peel baru dia.. Nak makan atas meja.  Since budak ni jenis susah makan, jadi pelbagai cara la kami guna nak bagi mood makan dia tu datang.  Jadi bila letak atas meja, elok je dia hadap makanannya, Mama & Baba biarkan je la... (janji makan....)

Kat dahi ada kesan lebam tah jatuh katne... Mama pun tak sedar, tengok² je dah ada kesan tu.  Maklumla superheroin, setakat panjat lompat katil & sofa tu memang hobi dia... Jatuh dari situ pun dia dah lali... Kak Ieqa jugakla yang terjerit² marah "don't jump!" kat adik kesayangan dia ni.  
Rasanya kalau dihitung, macam² dah luka, lebam, tersangkut, tersepit... Ni pon Mama dok pantau non-stop.  Kalau Mama tinggal lama sikitpon bila ke dapur.  Kalau nak hantar ke pengasuh ke, memang la Mama tak harap!  Syukurlah Mama boleh jaga sendiri si kecik ni.  

Nanti bila semua anak² dah besar, mesti kita akan miss moment macam ni kan??


0 comments:

Post a Comment