PROJEK CUTI SEKOLAH

Friday, November 28, 2014 0 comments
Tiapkali last day, Tiha mesti bawak balik brochure kelas masakan.  Mama tau dia teringin nak join.  Tapi Mama ni kedekut sikit, dp bayar yuran kelas masakan tu, baik belajar masak dengan Mama kat rumah aje.  Mama pun belajar masak ikut pemerhatian dan melalui blog² aje Tiha oiitt, tak kuasa nak pi kelas bagai...hehehe..

Kononnya buat sugar cookies then suruh diorang melorek.  Mama pun tak tau mcm mana rasanya sugar cookies tu.  Main buat ikut resepi aje... 


Kat rumah ni takde cookies cutter so Mama guna acuan tart silang dengan donut saiz kecik.. heheheh..



Dah baked, kita hias pulak...

Siannya.. Icingnya teramat cair, langsung takleh mendeko.. meleleh aje.. Punyala banyak pakai gula... eeii.. manisss..

Ini ajelah antara hasilnya.. Mujurlah ade jugak rupabentuk sikit² walaupun icing tu cair meleleh.. Okaylah tu, janji diorang happy.. Resepi takyahla ye sbb saya tak minat pun kuih manis² macam ni..
Sedang kami 3 beranak melayan cookies.... Babanya pula...

Baba hantar gambar bukti dia tengah sibuk melayan server...
Projek TUDM Baba dah start.. tapi malang sungguh sebab ali ni Baba just station di Cyberjaya aje, tak perlu pergi ke setiap Pengkalan TUDM untuk install server... UUuwaaaa... Frust oo.. Dah terbayang² dapat ke Sarawak & Tok Aman Bali Resort... In your dream ajelah ye.. Cuti sekolah kali ni Mama buat kelas masakan untuk Tiha & Ieqa ajelah nampaknya... 


PENAMBAH SELERA BARU

Thursday, November 27, 2014 2 comments
Haa.. ni roti sarang lebah semalam.  Buat sebab nak penuhkan hajat anak² yang teringin roti ni masa saya bawak balik Jengka hari tu.  Kali ni pun saya buat 2 adunan & hantar kat MIL sikit.  Kali ni paling saya puashati sebab sosnya tak terlalu pekat macam yang saya bawak balik Jengka haritu.  Masa tu ada technical error sikit.. 
Tiapkali nak buat roti ni, mesti saya kena refer entry lama ni.  Bila tengok gambar roti sarang lebah yang mula² saya buat tu, segannya rasa!  Tah pehapa je rupanya... heheheh.. Memang nampak tak menyelerakan langsung! Dahla sosnya gelap semacam (saya buat karamel instead of guna brown sugar). Walaupun banyak perbezaannya, dari segi rasa, tetap sedap.
Bee hive bread yang tengah disejukkan sebelum bertandang ke rumah MIL

Yang ni pula untuk di rumah.. Siap tengahari, petang tu juga licin. Baba sempat makan berapa biji aje.  Nampak gayanya nak kena buat lagi dalam tempoh terdekat ni...


 Ni pula penambah selera baru saya, Budu!  Sedap betul layan nasi dengan budu.  Nak ikutkan saya suka juga sambal belacan & air asam.  Tapi malas nak membuatnya (lagi satu, saya tak terror buat sambal belacan, asyik tak sedap je... frust tau).  Pastu takde geng nak join sebab Suami memang tak makan ulam, tempoyak dan sebagainya tu.  Bila balik ke Jengka, nampak Mak makan budu, terus saya mintak sebotol!  Haaaa... bolehlah saya makan budu selalu di rumah.  Mula la rasa nak menambah² nasi.
Budu yang ditambah bawang, cili padi & perahan limau nipis.  Sedap berhantu ni... Boleh bawak mengigau... :)




CHICKEN STOCK

Wednesday, November 26, 2014 0 comments
Sebelum tengok projek membuat chicken stock, meh saya tayang brownie last minute yang saya buat utk parti kelas Tiha minggu lepas.  Pada awalnya saya tak prepare apa² utk partinya coz dia yang beria² kata, Cikgu yang sediakan semuanya.  Walaupun pelik, tapi saya biarkan je la.  Lagipun memang ada gurunya minta sedikit duit sumbangan untuk parti tu.  Tiba² pada hari kejadian, dia sibuk dok cerita kawan²nya nak bawak pizza lah, cupcakes dll.. Masa tu saya cakap le, "Ehh.. aritu kata takyah bawak apa².  Mama langsung tak prepare apa² untuk parti hari ni.". 

Nampak terkejut beruk budak tu.  Adoii laa.. dah pukul 11.00 pun ni.. By 12.00 vannya sampai.  Kalau tak bawak apa², kesian pula sebab selama ni memang kawan²nya akan sibuk bertanya apa yang dibawanya sebab memang dia selalu bawak makanan ke sekolah.  Dalam last minute tu, terus saya sediakan brownie kat bawah ni.  Bayangkan le, tak sampai sejam pun masa yang ada.  Mujurlah sempat.  Tapi sepanjang proses tu, terpaksa pekak kan telinga tengok si baby melalak nak kan susu... Ingatkan sempat siapkan brownie sebelum si baby bangun.  Sian baby Mama kemain teruk meraung sementara menunggu Mama siapkan brownie.  
Elok je siap, dan² tu jugak saya potong.. Memang berasap²lah brownie dibawa Tiha ni.  Mujurlah tak hancur walaupun masih panas.  Bakinya saya simpan sikit untuk kami² di rumah ni. 
 Bawah ni pula proses membuat stok ayam.  Stok ni buat dari saki baki rangka dari peti.  Tiapkali beli ayam, saya asingkan bahagian kaki, hujung kepak, leher dll.  Bila dah banyak terkumpul saya buat stok or sup. 
Rangka² yang dikumpul dari beberapa ekor ayam

Saya tambah celery, carrot & lada hitam biji.  Masukkan air sehingga hampir penuh periuk & reneh dengan api perlahan.  Saya reneh hampir 6 jam & sauk minyak yang terbit dari rebusan ni.  Minyak tu ialah lemak ayam yang mencair.

Stok yang sejuk saya tapis & bekukan dalam bentuk kiub & bekas kecil.  Stok ni kalau dimasukkan dalam peti, ianya akan membeku & membentuk jeli. 
Senang aje nak buat stok ayam ni kan.  Bila nak masak sayur air ke, gravy apa² ke, bolehlah campurkan stok ayam ni. 


ROTI SARANG LEBAH

Monday, November 24, 2014 0 comments
Jumaat lepas gigih membuat roti sarang lebah / bee hive bread untuk bawak balik Jengka.  Dah lama Adik Ipar dok tanya macam mana rasanya roti ni & nampak macam teringin sangat nak merasa.  Sebenarnya tak susah nak buat roti ni.  Tambah² kalau guna BM :) .  Tapi buat masa sekarang ni,  memang saya susah nak berlama² di dapur since ada 2 baby notti yang tiba² je nak perhatian.  Saya memang kurang suka kalau time memasak, ada gangguan sana-sini,  kadang² boleh hilang mood jadinya.  Tu yang saya tak ke dapur sangat kalau Suami takde menjaga anak².  

Jumaat lepas, memang 'bercinta' jugaklah nak siapkan roti ni, mujurlah berjaya jugak siap tanpa terjadi incident yang bukan².. hehehe.. (selain dari Misha yang terkencing atas katil time tidur.. Uuuwwaaaa)..
Saya buat 2 adunan & bahagikan kepada 3 bekas ni.  Bekas ni saya beli di Bagus, RM3.90/5 pieces.  Memang praktikal sangat sebab lepas diuli terus naikkan & ditutup dengan penutup, kemudian bakar.  Bekasnya pun comel, sesuai untuk diberi kepada orang. 

Lepas setengah jam.. dah naik pun

Sementara naikkan tu, saya sediakan butterscotch sauce.  Kali ni saya ikut resepi, takbuat karamel macam sebelum² ni.

Dah masak pun rotiku.  Tak letak kekacang pun.. Since tak dimakan terus, jadi saya tak siram butterscotch tu dulu

Untuk kekalkan kelembapan roti, semasa roti tengah panas, saya sapukan butter.  Ini taktik untuk elakkan permukaan roti mengering.  Senang ajekan...
Alhamdulillah... semua orang enjoy dengan rasa roti ni.  Adik Ipar pun berkali² makan.  Tiha pun sibuk nak, tapi saya tak bagi sebab nampak everybody makan dengan bersungguh.  Kakak Ipar dengan anak² siap makan 3 ketul seorang!  Bila tengok macam tu, rasa berbaloi saya bersilat di dapur hari tu.  Kalau ikutkan tiapkali balik Jengka saya nak buatkan roti or dessert yang best untuk family coz di sana susah diorang nak merasa benda² macam ni.  Tapi kena tunggu si Shumaila tu besar sikit,  kalau tak memang Baba takde masa nak rest plak.

Kalau nak try kesedapan roti sarang lebah ni boleh refer pada entry lama saya di sini ye. 


KEBOSANAN

Saturday, November 22, 2014 0 comments
Dah lebih seminggu saya tak boleh buat lawatan sambil belajar ke blog2 lain.  Kalau bukak blogger kat android memang selalu ada masalah ni ke?

Harap2 cepatla Google ni fix kan problem ni.  Rasanya dah byk kali jadi.  Blogger oh blogger..

PRODUCT REVIEW - KENWOOD SANDWICH MAKER SM650

Friday, November 21, 2014 4 comments
Dah berbulan sandwich maker ku rosak.  Walaupun usianya dah pun 9 tahun, tapi tetap ada sentimental value nya coz hadiah kawin kan.  Bila takde sandwich maker, mula lah masing² request roti cheese favourite diorang tu.  Maka kenalah saya mencari sandwich maker baru.  Lagipun harganya takde lah mahal mana kan.

Sebelum² ni saya pernah ternampak 3 in 1 sandwich maker dekat Milk A Deal.  Tapi brand yang saya tak familiar (China punya kot).  Kurang sikit tahap confident nak membelinya.  LAgipun berdasarkan pemerhatian saya, harga barang² kat Milk A Deal tu cekik darah.  Kalau tak caya korang cek barang yang sama dekat Mr DIY, sometimes beza dekat 3x ganda tu.  Saya compare ni brand yang sama tau, dah berpuluh product saya cek, sah.. harga diorang memang jauh lagi mahal dari MR DIY.

So saya start surfing mencari sandwich maker... sehinggalah terjumpa yang Kenwood  ni...(gambar saya google)..

Sandwich maker ni boleh juga dibuka begini kalau kita nak menggril apa²...
Haa.. menarik tak?  Bila survey harga secara online.. semuanya sekitar RM139.00 tak termasuk delivery kecuali di Senheng RM129.00.  Jadi laju aje saya call Choon untuk menempah.  Saya ambik warranty yang ganti baru kalau rosak tu untuk 2 tahun.  So extra another RM5, maka belilah saya pada harga RM134.00.  Yabedabeduuuu!!!
 
Haaa.. ni bukan gambar google.. gambar waffle yang saya buat weekend lepas.  Saya tak share resepinya sebab waffle ni tak sedap!!! Hahahaha...  Nanti la saya buat semula, entah mana la silapnya coz semua org yang pernah buat resepi ni kata hasilnya best. 
So far saya dah guna semua jenis plat yang dia bagi tu.  Memang ok, takde masalah.  Rasa berbaloi lah dengan apa yang saya bayar SEHINGGALAH bila saya belek katalog terbaru Senheng, diorang offer Sanwich maker ni untuk point redemption for RM100.00!!! Uuuuwwaaaa... gara² tak sabar, tak dapat harga tu.  RM30.00 wwooo bezanya.  Dahla point kad Senheng ku banyak kemain... rugi²..

P/S :  Washer Dryer Samsung Ecobubble pon tengah offer tau, harga lepas offer below RM3,000 (kalau member)!!  Murah tu tau.. Saya beli aritu RM3,200+.  Agaknya Senheng nak habiskan stok kot sebab di web Samsung memang model ni takde lagi dah.




STEAMED FISH (CHINESE STYLE) / IKAN KUKUS ALA CINA

Thursday, November 20, 2014 2 comments
Semasa ke fishery baru² ni, saya hanya beli satu jenis ikan aje.  Memang tak banyak pilihan pun yang ada.  Tapi bila pekerja kat fishery tu dok cakap... "U try dulu kasi tengok, sekali U makan pasti teringat².  U tak mau makan ikan pasar lagi dah tau!".  Amboii.. kempen sakan nooo... 

Alang² dah sampai pun kan, jadi saya beli lah jugak Ikan Bawal Putih ni sekilo.  Saya ni bukan makan ikan pun, beli untuk Baba & Tiha.  Kalau tiba² saya terasa terigin nak rasa, bagus jugak.  Dah lama saya paksa diri belajar makan ikan, tapi susah betul tekak ni nak terima.

Dekat fishery kedua ni saya 'terbeli' juga udang lipan (yang sudah dikopek kulit RM20.00) dan juga udang kering yang kelihatan amat segar RM10.00.  Masa beli ni, Chinese guy yang entertain saya tu siap pesan, ikan tu masak stim untuk dapat rasa keenakannya.  Udang tu pula disuruh celup tepung.  Okaylah Tan (rasanyalah namanya Tan.. heheeh).. Nanti saya cuba ye..

3 ekor ikan bawal putih yang sudah disiang & dibuang sisik.. Ehh.. macam ikan cermin pulak ye.  Ikan ni langsung takde bau hanyir.  Kurang pasti lah sebab ikan ni fresh or spesis ikan ni memang takde bau.  Tapi si Tan asyik highlight ikan di pasar tu dah letak ubat, tekstur & rasanya takkan sama kalau beli direct di fishery.
Saya refer video bawah ni untuk buat ikan stim.  Boleh juga refer blog Kak Azie yang memasak ikan stim yang hampir sama dengan video tu, cuma dalam youtube tu tak letak bawang putih. 

Saya susun halia & sedikit daun bawang atas pinggan kukusan

Susun ikan & susun lagi halia untuk hilangkan hanyir ikan tu.  Kukuskan selama 8-10 minit aje.  Dah siap kukus, buangkan air yang terkumpul di bawah ikan.  Jika mengikut panduan para blogger Cina, air tu tak sedap pun untuk dimakan, malahan ianya adalah kesan hanyir yang turun dari ikan. 
 Kemudian siramkan sedikit minyak masak yang sudah dipanaskan di atas ikan untuk menghasilkan ikan yang cantik berkilat.

Siramkan pula campuran kicap yang telah disediakan & tabur daun bawang serta hirisan cili jika suka.  Siap!
Kicap cair yang dicampur halia, sedikit gula & lada sulah.  Dalam resepi asal dicampur juga 'chinese wine' tapi bolehlah diganti dengan stok ayam (saya letak sedikit sos tiram).

Ikan yang dah siap dimasak.  By rite kena taburkan daun bawang segar untuk nampak lagi menarik.  Tapi tak nak bazirkan daun bawang, buat apa letak kalau tak nak makan daun tu kan... :P
Resepi ni nampak simple tapi sedap!  Elok je masak, saya panggil Suami, minta dia rasa sementara masih panas.  Lepas menyuap ke mulut, dia diam aje... suspense jugak saya... tiba² dia cakap.. "Mmmm.. sedapnya.. really² sedap.. memang manis ikannya.  Setakat 2 ekor selamba aje Baba ratah ni".  Kemudian saya panggil pula Tiha rasa... terjerit² dia cakap sedap sambil dok cakap tak sabarnya nak makan nasi.  Dan pastinya seekor bawal tu habis dibalunnya seorang! Tak dinafikan isi ikan tetap kenyal walaupun sudah dimasak, tidak mudah hancur mcm ikan² yang saya biasa masak tu.  Harap² kami berpeluang lagi ke sana untuk memborong seafoods segar.

Saya pula?  Pastinya mencuba juga secubit.  Memang takde hanyir, tapi tetap tak suka ikan.  Bilalah agaknya saya akan berjaya makan ikan ye.. :(



MASJID CONTOH

Wednesday, November 19, 2014 0 comments
Tiapkali travel pelbagai jenis masjid yang dah kami singgah.  Sorry to say, walaupun rumah ibadat... ramai yang tak bertanggungjawab dari segi kebersihan.  Sampaikan saya phobia nak singgah masjid di luar bandar or yang nampak usang.  Biasanya kami memang pilih masjid² yang baru & cantik di luaran kerana biasanya masjid baru ni keadaannya terjaga sikit.  Sedih kan, kat rumah ibadat pun ada yang suka tinggal souvenir or tak reti bersihkan sisa sendiri.  Kalau masing² pandai gunakan toilet sebaik mungkin, takde lah pelbagai sisa yang bukan² boleh jumpa di tandas tu.  Hairan betul saya dengan orang macam ni.  Patutnya ke rumah ibadat buat pahala, silap² dapat dosa pulak kan.  

Jadi baru² ni bila nak mencari masjid, saya ingat nak singgah di Masjid Kuala Selangor yang nampak besar & bersih tu.  Tapi sebelum tu, kami terjumpa masjid ni pula.  Since rupanya boleh dikatogeri masjid lama, jadi saya minta Suami periksa dulu keadaan tandasnya sebelum kami decide untuk solat di sini or the next masjid. 
MAsjid Ar Raudhah Sabak Bernam
Bila suami bagitau nampak keadaan tandasnya OK, terus saya usung anak² turun sekali.  Di perkarangan masjid ni ada kedai makan, kedai menjual tudung & satu lagi kedai menjual pelbagai barangan dibuka.  Masa menuju ke ruang solat wanita, saya ternampak ramai orang membeli air di vending machine, di sebelahnya pula ada massage chair.  Oh.. bagusnya AJK masjid ni, pandai mengumpul dana untuk masjid mereka. 
Massage chair & vending machine

Sebaik masuk... ada ruang untuk ibu & anak pula!  kawasan bertirai tu pula ialah laluan nak ke tandas wanita, ada cermin

Saya duduk di ruang ibu & anak sementara menanti Baba solat
Sebaik Baba solat, saya passkan baby, terus ke tandas... Elok je masuk, kat ruang sebelah kiri terdapat tempat menukar lampin bayi!  First time saya jumpa kemudahan ni di masjid... (dan tiada diapers yang dah ada isi terbiar di sini)..

 

Ruang Wudhuknya siap berhias dengan bunga.. 

Bila masuk ke ruang solat pula, ada bilik khas untuk memakai telekung serta terdapat cermin sekali...
Di ruang solat juga terdapat rak berkunci yang boleh digunakan jika nak simpan barang berharga.  Sejadahnya pun tersusun elok.
Selesai solat, saya baru perasan ada 2 orang pekerja sedang membersih masjid.  Memvakum & mengelap kipas² syiling.  Alhamdulillah.. sejuk hati tengok keadaan masjid ni.  Walaupun lokasinya bukan di bandar, tapi susun aturnya betul² saya kagum.  Cara masjid mengumpul dana juga patut menjadi contoh kerana ianya boleh digunakan untuk maintenance masjid tanpa mengharap dana kerajaan & derma 100 %.   

Kalau sesiapa ke Sabak Bernam, singgahlah di masjid ini.  Sebagai tanda support, bolehlah hulurkan sumbangan.  Kalau tak mampu menghulur pun takpe, cukup sekadar jaga kebersihan masjid dengan tak meninggalkan pelbagai souvenir yang tak patut di sana!

Antara tandas masjid terkotor yang pernah saya jumpa ialah masjid India Muslim di Sungai Siput & Masjid Kemaman...Ya Allah.. terkejut sungguh saya hampir nak termuntah tengok keadaan tandasnya.  Najis di hampir semua tandas & diapers kotor ternganga sana-sini..   Moga pihak² yang bertanggungjawab insaf... (mohon terasa kepada sesiapa yang tak reti membuang di lubang yang sepatutnya & tak reti nak simbah bekas kencing sendiri.  Yang ada anak pula tak reti² nak buang diapers anak tu dalam tong sampah agaknya).

Pihak AJK masjid juga patut lebih kreatif dengan mengguna pakai ruang masjid bagi mengumpul dana macam yang masjid Ar Raudhah buat.  Dengan adanya income, dapatlah mengupah pekerja pembersihan melakukan tugasan membersih & memantau masjid. 

P/s :  Tak dapat menahan emo melihat tahap sivik rakyat kita!



FISHERY & BUKIT MALAWATI

Tuesday, November 18, 2014 2 comments
Pagi Sabtu yang lepas, kami anak beranak menuju ke Kuala Selangor.  Lokasi kami ialah Fishery sekitar Sungai Yu.  Ini kali pertama kami ke sini, dapat tau pun melalui kawan yang biasa membeli seafoods segar dari Fishery sekitar ni.  Lepas lama dok terfikir² nak ke sini, akhirnya hasrat saya tercapai juga pada Sabtu lepas... :)

Nak ikutkan saya boleh order aje seafoods dari Suami yang akan ke pasar seawal jam 3.00 pagi setiap Jumaat.  Tapi saya prefer memilih sendiri coz baru senang nak tengok kesegaran & nak decide menu masakan.. (Iyolah sangat...)..

Ok.. menurut kawan, ada a few Fishery kat sini, saya pergi ke dua tempat aje.  Ini pengalaman pertama, jadi saya tak boleh share banyak info lagi.  Bila dah mahir dengan selok belok kawasan ni, bolehlah kita story panjang lagi ok.  Entry kali ni saya just browse serba sedikit apa yang kami buat Sabtu lepas.  Oh ye, gambar very limited coz tak semua gambar ada di Google plus saya, so saya share mana yang ada ajelah ye... 
 
Kami sampai ke Fishery pertama ni sekitar jam 1.30.  Masa sampai, ehh.. lengang aje.. ingatkan meriah dengan pembeli dengan pemborong.  Tapi alang² dah sampai, saya turunjugaklah survey apa yang ada...


Dalam fishery & pastinya berbau fish!
 Ohh.. rupa²nya bot² belum sampai.  Ada seorang Apek menyapa saya dengan ramah.  "Hai Amoi... apa pasai ambik² gambar?"... then sibuk suruh saya ambik gambar aktiviti diorang kat situ.. mengopek udang.


Banyaknya stok garam..

Inilah Apek yang peramah tu.. Ehh.. saya tak ambil gambar penuhnya.  Dia sedang sibuk mengopek udang sambil sibuk menanya itu ini kat saya.  Katanya udang ni dikopek untuk dibuat keropok. 
 So.. terus saya tanya harganya.. RM13.00 katanya.. kalau yang dah siap kopek RM26.00.  Kemudian saya tanya apa yang ada lagi.  Cuma ada Udang besar (sila tengok gambar paling bawah untuk lihat saiznya) & ikan bawal aje.  Jadi saya beli Udang putih & Udang besar serba sekilo aje.  Harga udang besar memang murah, RM38.00 sahaja!

Kemudian kami ke fishery kedua pula.. Bot kat sini pon belum sampai lagi.  Tapi ada a few jenis seafoods dijual.  I guess baki² yang semalam punyalah kot.
Ada ikan yu & a few jenis ikan yang bercampur aduk...

Saya beli bawal putih RM30.00 sekilo.. entahlah murah ke tak sebab saya kurang tahu harga ikan.  Kalau ditanya suami, lagilah tak tau.  Kalau membeli, dia ikut list saya bagi, tak pernahnya dia cek harga.  Mahal ke murah ke, janji ada dlm list, dia borong aje...

Saya beli juga sotong RM6.00 sekilo (kecik² comel aje sotongnya)...
 Frust juga saya sebab tak dapat melihat seafoods yang betul² turun dari bot.  Takpelah.. takde rezeki lah namanya tu kan..

Lepas membeli kami ke masjid & cari tempat untuk lunch.  Masa ni teringat ada satu kedai Mee Udang yang pernah kami makan 4 tahun yang lalu.  Ohh.. makin meriah kedainya..



Ieqa & Tiha layan Mee Udang

Baba makan Nasi goreng Udang


Saya pula ambil mee goreng udang
 Rasanya biasa² aje.. so tak yah la saya share nama kedainya ye..

Lepas makan, barulah turn anak² beraktiviti pula...
Baby Shumaila yang suka makan angin...
 Dah sampai sini... Bukit Malawati lah yang jadi pilihan.  Kami naik tram aje... lagipun jam dah pun 5.30 petang masa ni. Mujur masih ada tram yang beroperasi.  Tiket untuk 2 dewasa & 2 kanak² ialah RM10.00 .  Kalau nak bagi makan monyet² di atas bukit ni, bolehlah beli/bawa makanan monyet siap² ye. Kat bawah ni gambar dari dalam Tram...  




Nun di sana kelihatan lautan membiru.. kami tak turun pun dari tram sebab bimbang ini tram yang terakhir.  Lagipun nampak langit macam makin mendung..
 
Ada budak mengamuk tak nak duduk dalam carrier.. Ohh.. nak nikmati pemandangan rupanya.  Dalam carrier dia terpaksa mengadap Baba aje, mana best!


Sempat layan playground pulak...
 Kalau datang sini hati² sikit... banyak sangat monyet.  Jgn sekali² pegang makanan di tangan kalau tak nak dirampas.. Monyet² sini memang tak makan saman sikit.  Ingat lagi masa Tiha kecik, diterkamnya Tiha yang tengah pegang makanan.  Mujurla ada sorang pak cik sempat halau monyet tu.  Masa tu saya tengah dukung Ieqa yang sebaya Shumaila sementara menanti Baba yang ke tandas.
Haa.. notti monyet ni tau...
 Dari kecik saya memang dibesarkan dengan monyet, musang, kuas, kucing dll.. Jadi memang saya tak takut or geli dengan haiwan² ni.. TAPI saya tahu apakah risk kalau berdepan dengan binatang ni.  That's y saya seram kalau tengok parent yang bagi anak² kecil dekat denga monyet liar macam ni.  Sedangkan monyet ayah saya yang jinak (tidur pun nak beriba dengan kami) akan attack kanak² kalau tak kena moodnya.  So berhati²lah.. binatang ni memang tidak dijangka moodnya.. Tambah² jika diusik atau diacah²... Oh ye.. binatang biasanya suka menyerang kanak² berbanding yang dewasa coz they know that kids are weak. 
Apapun.. mereka juga makhluk Allah yang berhak untuk hidup atas mukabumi ni.. Jangan pula kita khianati or sakiti mereka ok.  Didik anak² kita untuk sayang sesama makhluk.. :)
 Lepas tu kami meronda sekitar bandar Kuala Selangor.  Saja je nak pusing², manalah tau terjumpa tempat yang best untuk menyinggah ke kan... Dah pusing², kami pun bertolak balik..

Dalam kereta, Tiha asyik merungut lapar.  Isshh.. bela hantu ke apa.. makin kuat makan budak sorang ni.  Jadi kami singgah di gerai Cendol Bakar.  Kalau dari Kuala Selangor, gerainya di sebelah kiri jalan.  Besar signboard nya.. InsyaAllah takkan termiss kedai ni.  Boleh juga dibeli dengan cara 'drive thru'.. Biasanya memang ramai yang beratur membeli.  Jadi bila nampak kedai ni lengang aje, bolehlah kami cuba..
Saya order 2 cendol biasa & 2 cendol vip & saya belikan Tiha kepak ayam.  Sedap cendol kat sini, tak macam di Shell berdekatan MRR2 berdekata rumah saya tu.. Tapi kawan saya yang biasa ke sini ada bgtau, ikut nasib juga.. Kadang² ok, kadang² cair...

Haa.. siap masuk dalam JJCM
 On the way balik, husband diserang migrain yang teruk.  Aduuhh... makin kerap dia diserang migrain sekarang, mostly time travel.  Jenuhla saya nak settlekan seafoods tu nanti sorang²... uuuwaaaaa...

Lepas tidurkan Shumaila & Misha... barulah saya berjaya curi² ke dapur bukak coolbox untuk simpan seafoods yang dibeli.  Hanya 5 jenis seafoods & sedikit udang kering.  Saya tak snap gambar pon.. hanya gambar udang ni aje yang saya snap utk tunjuk saiznya...
RM38.00 sekilo...

Haa... ini saiznya.. 5 ekor telah ditomyamkan oleh saya Ahad yang lepas.. sedap!!!!
Cuma satu saya nak bagitau kat sini.  Ikan & Udang ni langsung tak berbau!!!  Maksud saya, sedikit hanyir pun tidak.  Tumpahan air ikan kat lantai, saya lap gitu aje sebab langsung tak berbau.  Saya kopek udang putih 1kg, tangan tak busuk.  Biasa kalau saya kopek udang tu, walau disabun, baunya kekal seharian. 

Oh.. kalau ini bezanya seafoods fresh & tidak, saya sanggup ke sini lagi!  Padahal saya & Suami dah berbincang² kononnya macam tak nak datang sini dah.  Tapi lepas saya bukak kotak & tak de berbau hanyir/busuk langsung, terus kami tukar fikiran.  Saya yang sensitif dengan hanyir ikan ni pun berkali² angkat ikan tu & hidu² nak make sure memang langsung takde bau ke... heheheh... Memang jakun tau!