MAC & CHEESE SHORTCUT (FOR THE KIDS)...

Tuesday, July 16, 2013
Jelousnya tengok blogger² lain rancak update blog masing² dengan menu berbuka & biskut raya.  Bulan puasa kali ni memang saya kepenatan sikit sbb melayan pulut udang untuk bazar Ramadhan.  Walaupun tiap² hari masak & tidak membeli pun juadah luar, tapi kemalasan nak snap gambar.  Lagipun menu simple aje.  Tiapkali Ramadhan saya hanya sediakan 1 menu ringan (kuih) & 1 menu berat (nasi, pasta, mee dll).  

Sejak kawen boleh kira dengan jari je berapa kali kami keluar membeli makanan walaupun waktu saya bekerja dulu.  Biarlah simple pun, janji puas hati & tak perlu berebut² di bazaar nun... hehehee.. 

Tapi bila ada anak² kecik, kena sediakan makanan jugak untuk diorang macam biasa.  Aiyaakk... makin banyak kerjanya.  Dahla kanak² rumah ni jenis memilih sikit,  jadi takleh la bagi diorang makan leftover hari sebelumnya.  

Tengahari tadi, saya kebuntuan nak bagi makan apa.  Hari ni saya ingat nak berbuka dengan kuih bronok / sagu semalam yg still banyak dalam peti & menu berat saya nak sediakan chicken wings, salad & whipped potato aje.  Jadi kemungkinan la kanak² ni tak nak makan nanti.  Chicken wing ni favourite Kak Tiha aje.. Jadi Mama sediakan menu ringkas ni untu Ieqa & Misha (pastinya Kak Tiha sibuk nak jugak).  

Namanya macam gempak aje, tapi resepinya langsung tak mencabar tau.  Kalau tak caya cuba u all try... frankly saya kurang suka pun rasanya yg plain.  Tapi untuk kanak².. hhmmm.. memang licin diorang balun.

Rebuskan pasta dengan sedikit garam sampai lembut

Toskan & pindahkan dalam bekas tahan panas.  Gaulkan dengan dengan sedikit butter & cheese.  Renjiskan juga dengan blackpepper.. siap!!! 
Butter & cheese tu akan cair once terkena macaroni yang panas tu.  Jadi gaul je la rata².  Kalau guna parmesan pon best.  Ini ikut tekak budak² ni la... Mama lagi suka hati sebab senang kerja!!



2 comments:

{ Aisy Nasiha } at: July 17, 2013 at 12:36 AM said...

Tak pernah saya cuba buat macam ni utk naim. Dia pun suka makan yang mudah2 juga.. Spagetti atau yee mee letak kicap pun habis semangkuk dia makan.. mungkin lain kali cuba bagi naim makan macam makanan resepi kina ni juga

{ Kina } at: July 17, 2013 at 1:33 PM said...

Ye la.. budak² rumah ni bukannya nak makan makanan Mama & Baba, kena buat menda² simple macam ni. Pasta ni memang diorang suka, jadi saya letak apa pun diorang telan.. try le Aisy buat, kalau ok bolehlah simpan stok pasta banyak²... hehehe

Post a Comment